HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, October 27, 2009

KOSMO Mesti Minta Maaf

1. Dewan Pemuda PAS Pusat menyanggah sekeras-kerasnya tulisan di dalam akhbar KOSMO bertarikh 26 Oktober 2009 bertajuk Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat yang mengaitkan Peristiwa Memali dengan ajaran sesat di musa surat 11.

2. Pemuda PAS Pusat sangat kesal kerana artikel tersebut yang jelas berunsur fitnah yang melampau dan berniat jahat terhadap PAS dan perjuangan murni rakyat yang menolak undang-undang zalim ISA.

3. Tulisan tersebut jelas bertujuan menghasut dan dengan niat menanam kebencian terhadap perjuangan PAS kepada masyarakat umum. Maklumat yang disampaikan juga tidak tepat bahkan jauh tersasar daripada fakta kejadian sebenar yang berlaku.

4. Peristiwa Memali tahun 1985 adalah suatu peristiwa hitam yang sangat bersejarah, apabila kerajaan telah menggunakan kekerasan ketenteraan melampau terhadap rakyat yang tidak bersenjata. Rakyat biasa yang mempertahankan hak mereka untuk menentang penggunaan undang-undang zalim ISA sehingga sanggup syahid.

5. Artikel ini juga telah turut menghina Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam shah yang telah mencemar Duli menyiram air mawar di pusara para syuhada. Al Marhum Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Pondok Lanai Kedah telah mengeluarkan fatwa bahawa Al Marhum Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya adalam syahid.

9 comments:

Anonymous said...

Salam....pada semua pejuang2 Islam yang ikhlas...

Tuan, saya nak sentuh sedikit bukan saya tidak terima tulisan tuan. Saya akui ianya benar, tetapi tuan kena buat banyak penyelidikan banyak...seperti seorang siswa untuk mendapat segulung ijazah perlu buat study...begitu juga seorang pemimpin kena banyak buat banyak penelitian dan pandangan ramai orang...

Tetapi tuan tahu tidak? bekas Ketua Ulama kita yang sebelum ini sendiri juga (sebelum Haron Taib)pernah mengatakan yang Al Marhum Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya adalah tidak syahid.....sewaktu itu beliau belum masuk PAS dan bertanding dan menjadi Ketua Ulama...

Pernahkah , dia membuat kenyataan meminta maaf dan memperbetulkan kenyataannya...???

Aku said...

salam,

boleh tolong suruh tok guru ko minta maaf kat seluruh syed syed di dunia tak?? sebab dia dah menghina semua keturunan syed dengan kenyataan berbalas dia kpd dato wira syed ali al habshee.. kalau nak main politik pun, takkan sampai mengheret keturunan org sekali!!!!!

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Apa beza dengan perjuangan pakatan yang mahu kemerdekaan Malaysia pada 16 september?

Siapa yang mula ubah sejarah?

Ku ingat Taqwa said...

salam. sedikit pembetulan. bukan 'ketenteraan' tapi 'kepolisian' kerana tentera tidak terlibat dalam operasi tersebut. wassalam

Pembela said...

Tuan..

Pastikah Kosmo nak minta maaf?
Tak perlu pening2. Saman je Kosmo tu sebyk RM50juta kerana mengaibkan dan memalukan keluarga simati.

John said...

Kepada saudara aku, jangan emosi sangat. Kita orang Islam kan ada budi bahasa.

Dalam kes ini, memang jelas Kosmo terbuat salah. MUngkin sengaja, mungkin kesilapan penulis. Semoga dapat diperbetulkan sebab kita tak nak pembaca dapat maklumat yang salah

Anonymous said...

Wahai Aku, Sebelum suruh tok guru minta maaf, minta syed kamu minta maaf pada tok guru dulu. Tok guru hanya kata tak semua keturunan syed tu baik. Maknanya disini ada baik dan ada jahat. Kamu yang melenting ni dari keturunan yang mana. Kalu syed dalam UMNO sama la dengan syed UMNO mekah zaman Rasulullah.

mat tam said...

apa komen ustaz terhadap tulisan terbaru prof Abdul Aziz Bari .http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/10/28/26253/termenung jugak saya baca.macam ada benar dan wajarnya.

Aku said...

kepada anon,

syed zaman rasulullah di mekah? engkau cakap pakai hujah apa? kau tahu tak datangnya syed ni daripada mana? Zaman Rasulullah syed wujud hanya dari benih hassan dan hussein RA. mana ada waktu tu syed di makkah!

hak keturunan Rasulullah jangan engkau orang pertikaikan.Ini termaktub di dalam Quran mahupun hadeeth..hatta dia seorang fasiq, engkorang harus membawanya kembali secara elok. bukan dengan mencerca keturunannya faham? Professor abuya hamka pun tahu menghormati syed syed walaupun ada suatu ketika ternyata syed itu kurang enak akhlaqnya.Tapi katanya, Tidak aku akan melangkah rumah tangga Rasulullah! iaitu dengan tidak memperlekehkan atau memalukan diri syed itu!

Saya harap tuan penulis blog akan luluskan komen ini demi maruah Rasulullah. banyak orang ramai sudah menjauhi hak ahlulbait malah tidak berasa segan menghina keturunan ahlulbait dengan sendaan..

sekian..

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive