HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, October 13, 2009

Pilihanraya Kecil Terlampau .. siri 1

GANAS DAN PROVOKASI

1. Pengalaman saya menyertai pilihanraya umum dan juga pilihanraya kecil sejak 1985 yang lalu , rasanya inilah kali pertama [ prk Bagan Pinang ] saya menyaksikan sebuah pilihanraya yang paling kotor dan cemar . Ianya dikotori oleh aksi ganas dan dicemari oleh provokasi yang melampau .

2. Saya biasa mendengar cerita orang - orang veteran parti bagaimana pergaduhan sering tercetus antara PAS dan UMNO apabila melibatkan musim pilihanraya . Namun ianya tidaklah menghairankan saya kerana pendidikan politik pada waktu itu tidaklah seperti hari ini .

3. Sungguh menyedihkan apabila university tumbuh seperti cendawan selepas hujan , graduan pula merata di seluruh negara dan negara telah mencapai kemerdekaan lebih setengah abad tetapi tahap berpolitik masih ditakuk lama iaitu menggunakan hujjah kekuatan bukan kekuatan hujjah .

4. Saya mengharapkan selepas ini PAS dapat melakukan sesuatu setelah sekian lama berpengalaman menyertai pilihanraya .

5. Bertindak ke atas UMNO dan BN agar mereka merubah cara dan gaya pendekatan mereka , tentunya sukar kerana PAS tidak mempunyai hak ke atas parti mereka . Namun nasihat dan harapan terus dihulurkan agar mereka juga mampu melakukan sesuatu yang lebih positif ke arah menyediakan medan berpolitik yang tenang , aman , sejahtera dan harmoni .

6. Saya mahu tumpukan kepada PAS agar selepas ini , PAS berusaha lebih keras untuk menyediakan satu suasana politik yang matang , berhemah dan hikmah serentak itu mendorong wujudnya satu keadaan yang aman , sejahtera dan harmoni .

7. Mengelak diri dari terpengaruh dengan provokasi musuh adalah jauh lebih sukar dari menahan diri agar tidak mencetus provokasi . Maka inilah antara yang perlu PAS beri tumpuan . Biarpun berbuih mulut pimpinan PAS memberi nasihat kepada ahli agar jangan terpengaruh dengan provokasi UMNO dan BN , ternyata masih ramai ahli yang sukar mengawal perasaan dan keadaan lalu bertindak balas dan mencetus insiden yang tidak diingini .

8. Terutama apabila berdepan dengan provokasi melampau dari UMNO dan BN . Hati menjadi panas , jiwa tersinggung , mulut menjawab akhirnya tangan dan kaki bertindak . Tidak mudah untuk bertahan dan bersabar berdepan maki hamun dan balingan batu yang mencederakan .

9. Pun begitu saya masih mengkagumi sebahagian besar ahli PAS yang mampu mematuhi arahan pimpinan agar segera meredakan ketegangan tatkala ia tercetus . Jelas terbayang di wajah mereka kesukaran menahan rasa , namun mereka berundur apabila di arah berundur , yang saya kira mereka ini jugalah orang yang sanggup mara apabila di suruh mara ke hadapan .

10. Hakikatnya , suasana politik aman , tenang , selamat , sejahtera dan harmoni ini tidak akan tercapai tanpa kematangan dari kedua - dua belah pihak dalam membawa pendekatan politik . Pilihanraya kecil N . 31 Bagan Pinang boleh dijadikan bahan muhasabah [ post mortem ] bagi semua pihak ke arah mendepani suasana politik yang bijak dan hikmah di masa hadapan .

11. Terlebih wajar bagi PAS sebagai sebuah Gerakan Islam untuk melihat dari pelbagai sudut pendekatan yang telah diambil agar hadhirnya PAS ke tengah gelanggang politik tidak sekadar untuk memenangi kerusi pilihanraya tetapi membawa mesej perjuangan suci sekaligus menawan dan menambat hati seramai mungkin madu'u [ pengundi ] agar mereka menerima perjuangan suci yang kita dokong .

12. Wajah PAS sebagai sebuah Gerakan Islam sekali - kali tidak boleh dibiarkan pudar apalagi bertukar menjadi hanya sebuah parti politik yang memburu kuasa . PAS mesti kekal dengan wajah asalnya sebagai sebuah Gerakan Islam yang berjuang untuk membebaskan manusia dari neraka Allah swt , menyelamatkan mereka dari perhambaan sesama hamba dan menolak ideologi ciptaan manusia .

13. Kemenangan tetap dicari dalam setiap piliharaya yang disertai demi melestarikan intipati perjuangan PAS dan mendaulatkannya , namun untuk menang bukan bermakna kita mesti memudarkan cahaya perjuangan Islam yang didokong dan tidak mengapa kalah asalkan PAS masih memelihara ketulenan perjuangannya . Sekali lagi saya tegaskan , PAS mesti berada di atas manhaj perjuangan Islam yang tulen dan mesti dilihat tulen dalam pengambilan manhajnya .

14. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemuda PAS yang bekerja keras untuk menawan kerusi DUN Bagan Pinang biar pun usaha tersebut gagal , demikian sokongan yang cukup baik dari AMK dan DAPsy . Kegagalan ini membuka ruang lebar untuk kita memperbaiki segala kelemahan dan membetulkan segala kesilapan . Tidak hina kita mengakui kelemahan dan kesilapan disamping kita terus membedah dan mendedahkan segala kelemahan , penyelewengan dan salah laku dalam pilihanraya yang dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk PDRM .

15. Akhirnya , nasihat saya kepada UMNO dan BN supaya mereka segera menjauhi teknik dan taktik provokasi serta ganas dalam pendekatan pilihanraya mereka . Usahlah menggunakan gengster untuk berhadapan dengan PAS semata - mata mahu memenangi kerusi pilihanraya . Pergaduhan seperti ini tidak menguntungkan sesiapa apalagi kita ummat Islam . Kerana menang dengan kekerasan adalah menang yang tidak bermoral sementara kalah kerana ditindas dan dianiaya adalah kalah bergaya .

16 comments:

Ali Karimi said...

salam ust,
saya minta ust tolong perjelaskan isu sms ust yg tersebar luas mengajak pemuda PAS berjihad - kerana ianya menjadi antara faktor yg dieksploit pihak musuh utk menakutkan pengundi.

RajaMuhammad Suffian Ibnu Rahman said...

teruskan berjuang dan thabat ust!!!semoga Allah sentiasa merahmati ust dan sahabat seperjuangan kita semua...

Anonymous said...

Kan perjuangan paling agung dalam Islam ialah peperangan memerangi hawa nafsu... kenapa org PAS tidak boleh menahan nafsu iaitu hilang sabar dengan provokasi UMNO?

- parti jahat, kato eh -

Anonymous said...

Memang terlampau...Tp tak pe yg pentingnya bak kata Ustaz,

" Kita Kalah Dgn Bergaya"

Anonymous said...

Assalamu'alaikum;

Saya berpendapat
1.Orang islam bimbang PAS hanya mengikut telunjuk DAP & PKR, bukan mengepalai pakatan
2.Pimpinan lambat bertindak bahkan seperti tidak ada tindakan tentang perbalahan di dalam pakatan dan juga di kalangan pimpinan di negeri Selangor..orang bawahan pening..
3.Apa beza PAS dan UMNO...penyokong PAS juga tidak kurang yg mengejek penyokong UMNO semasa mereka melalui kws penyokong pakatan...itu akhlak Islam...gagal tarbiyah
4.Sikap pimpinan yang telah terpedaya dengan nikmat kemenagan terdahulu
dan lain-lain.

Unknown said...

salam ustaz,
saya nampak dldm x sedar kita kekadang menunjukan imej terlalu bencikan umno/bn, ini boleh di perhatikan dlm ruang2 blog kita, ceramah dan sebagainya....saya rasa ada baiknya pas dan kesemua penyokong pas mengubah pendekatan dari menempelak, mencaci, labeling dll terhadap umno/bn ditukar kepada dakwah kpd mereka, nasihat secara hikmah kpd mereka kerana tauhid dan hidayah adalah kerja Allah swt, walau kita kata mereka mirip perjuangan kafir or yahudi sekali pun, hidayah untuk mereka berubah bukan dari tempelak dan marah kita, kita boleh buat pendekatan sebagaimana kita memperkenalkan islam kpd dap, kita apply pada umno/bn, maybe selama mereka hidup mereka belum kenal pernah indahnya islam.
yg penting nak saya katakan disini, kita pelbagaikan kaedah dakwah secara hikmah terhadap umno/bn kerana saya yakin dlm hati mereka masih ada kalimah LAILAHAILLALLAH.

wasslam
wan

Anonymous said...

Adat dalam perjuangan,kadang menang, kadang kalah. Syukur jugalah kat Bagan Pinang ni UMNO menang...mungkin ada hikmah di sebalik kekalahan PAS di sana.

Anonymous said...

Tidak kira la samaada penyokong pas @ bn kelakuan harus di jaga,sebabnya majoriti ahlinya org melayu beragama islam pulak tu.x tau la plk klu dlm ameno ade melayu kristian pulak.

Anonymous said...

saya bersetuju dengan apa yg ustaz sebutkan tetapi ust juga harus sedar pendekatan ustaz sejak menjadi ketua pemuda pada saya dan ramai lagi banyak yg ketinggalan.

malah saya katakan operation strategi pemuda pas sekarang semacam tidak ada untuk menambat hati selain dr ahli pas tegar sahaja.

sekarang ini bukan setakat bukan muslim malah pemuda pas yg baru nak berjinak dengan pas dan islam sudah takut atau menjauhi pas atas tindakan pemuda pas pusat yg terlalu ekstrim dan syok sendiri dengan tindakan.


ada seorang kawan cina(prk 12 undi pas di gombak0 kata pada saya what so wrong about mltr(michael lerans to rock) buat concert kat malaysia, kumpulan itu ibarat siti nurhaliza katnya.kenapa semua tak boleh.


target kita adalah orang mendekati dan berkawan dengan pas,perlahan lahan mereka akan memahami keindahan islam tapi sekarang yg saya tengok mereka lagi takut.

jangan kita buat tuli dengan komen2 org terhadap kita ustaz,ambil iktibar dan buat juga kajian bagaimana parti2 islam di negara lain yg berjaya.

muhasabah diri

Anonymous said...

kami pemuda pas tidak takut mati dalam mempertahan islam..walaupun mereka menggunakan gengster ka pekida ka...kami hanya menunggu arahan daripada pimpinan untuk bertindak..

Mat said...

salaam,

mungkin betul org2 UMNO tu terlampau dan samseng di situ, tapi mesti diingat, yg samseng tu penduduk2 kat situ.

Yg PAS pegi pulak bawak penyokong berkoyan-koyan yang tak kalah gedebenya buat gedebe kat situ sape suruh.

Nak mendakwah (panggil) ke nak tunjuk gedebe. Kalau masuk tempat orang tunjuk gedebe. Mungkin sebab penyokong2 PAS ramai boleh la jadi gedebe. Tapi undi penduduk takde la.

Tapi bukan ke asalnya nak suruh org undi PAS? nak paksa org undi PAS dgn gedebenya penyokong2 PAS??

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Betul ke dengarnya Ustaz bukan main "hebat" lagi kat Bagan Pinang?

Anonymous said...

Salam ustaz,

Tulisan no. 11 dan 12 buat saya rasa sejahtera. Terima kasih. Nabi pernah bersabda, yang kuat adalah orang yang dapat menahan marah.. Kalau dengar kembali kisah-kisah baginda rasulullah dilayan dengan teruk walhal apa yg Baginda mahu hanya kesejahteraan umatnya dalam Islam, menitis air mata... Kalah tidak mengapa, merit untuk akhirat tetap ada insyaAllah.

suparjo@blogspot.com said...

Timbalan Ketua Pemuda Umno menuduh ustaz sebagai penipu dalam perhimpunan agung umno. Semua sedang memerhati blog ini sebagai penjelasan ustaz terhadap bahan-bahan yang dikatakan ustaz seorang penipu. Harap ustaz menjawab satu persatu. TQ.

Nasrudin said...

Assalmualaikum .. Maaf tidak mengikuti ucapan Razali yang khabarnya teruk membidas saya . Saya dituduh penipu besar ? kenapa ? saya tidak dimaklumkan apa apa lagi so macam mana saya nak jawab ...

Anonymous said...

assalammualaikom...

provokasi atau emosi pengikut tak kiralah tapi kalau wanita dah berani menjual maruah menayangkan punggung untuk dijamah mata....UMNO Ini masalah...

anak siapa? isteri siapa? ibu siapa? adik siapa? kakak siapa? pekerja siapa?

kalau anak jagalah maruah keluarga . kalau kakak janagn la tunjuk contoh buruk pada adik, jalau isteri,jagalah maruah suami anda jgn sampai dia dilabelkan dayus...

malunya
pelacur pun takan lakukannya percuma walaupun untuk UMNO...

malunya..

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive