Tabung Bencana
Keprihatinan Sumatera
1. Kesibukan dan tumpuan yang diberikan kepada pilihanraya kecil Bagan Pinang tidak melengahkan Dewan Pemuda PAS Pusat mengambil satu langkah pro aktif bagi membantu mangsa bencana .
2. Hari ini , Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat yang dipengerusikan oleh al Akh Dr. Raja Iskandar al Hiss telah melancarkan Tabung Bencana Keprihatinan Sumatera .
3. Tabung ini akan bergerak dan digerakkan oleh seluruh pimpinan Pemuda PAS dan para penceramah PAS di seluruh negara . Tabung ini juga akan digerakkan di masjid dan surau saban waktu . [ Awasi pemungut derma yang tidak dikenali , khuatir berlakunya pengkhianatan ]
4. Saya harap Tabung ini dapat digerakkan secara aktif dan amanah sementara para dermawan sangat diharapkan agar dapat menghulurkan sumbangan sebanyak mungkin . Semoga Allah merestui kita semua dan memberkati setiap sen yang direzekikan kepada kita .
5. Insyaallah , Dewan Pemuda PAS Pusat akan menghantar sendiri wang sumbangan para dermawan itu kelak di Padang Indonesia . Semoga Allah swt menerima amalan baik ini sebagai ibadah yang solehah .
6. Sumbangan juga boleh terus kepada Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat iaitu sdr Azram bin Musa 013 384 5555 .












0 comments:
Post a Comment