HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, November 6, 2009

1 Malaysia Rakyat dipersenda

1 Malaysia :
Perlembagaan diPersenda
Rakyat Merana


1. Pemerintahan Umno dan BN amnya dan kepimpinan Datuk Seri Najib khasnya , jelas menunjuk mereka masih gagal untuk keluar daripada retorik silam .

2. Terbaru apabila Datuk Najib mengisytiharkan Wang Ehsan menggantikan royalti yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat negeri Kelantan Darul naim .

3. Sebelum ini Tun Mahathir telah menzalimi rakyat negeri Terengganu apabila membatalkan royalti petroleum yang telah dinikmati sejak dulu semata - mata kerana kerajaan Terengganu pada waktu itu jatuh ke tangan PAS . Kemudiannya royalti itu digantikan dengan wang ehsan .

4. Justeru itu , apa istemewanya 1 Malaysia yang dilaungkan oleh Datuk Najib dan seluruh warga UMNO dan BN jika kezaliman dan penderaan ke atas rakyat terus menjadi trade mark kepimpinan dan pemerintahan mereka .

5. Rakyat bagaikan tertipu dengan slogan 1 Malaysia : Rakyat di dahulukan dan Pencapaian di utamakan setelah mereka menunggu penuh debaran agar royalti di kembalikan kepada kerajaan dan rakyat negeri Terengganu dan Kelantan . Datuk Najib sememangnya menjadi sandaran dan harapan mereka dengan slogan yang cukup memukau itu . Tetapi kini harapan bertukar menjadi realiti ngeri apabila mereka [ rakyat dan kerajaan negeri ] terus didera dan dianiaya oleh UMNO dan BN .

6. Wang ehsan meletakkan rakyat Kelantan seperti peminta sedekah sedang wang itu adalah hak mereka yang telah termaktub dalam perjanjian untuk dinikmati sebagai royalti di atas hasil minyak yang dikurniakan Allah swt kepada mereka . Malang ianya dirampas oleh UMNO dan BN dan kini menambahkan penderitaan rakyat Kelantan melalui persendaan yang cukup menghiris perasaan .

7. Jelasnya wang ehsan tidak akan sampai kepada rakyat secara adil dan telus sebagaimana ianya pernah berlaku kepada rakyat di negeri Terengganu malah ianya jelas dibongkar oleh perwakilan UMNO dari Kelantan dalam Perhimpunan Agong UMNO baru - baru ini bagaimana wang ehsan hanya menjadi umpan untuk menggula - gulakan rakyat agar mengundi mereka di dalam pilihanraya .

8. Dewan Pemuda PAS Pusat [ DPPP ] mengecam tindakan Datuk Najib yang terus menyambung tradisi UMNO dan BN untuk mendera dan memperbodohkan rakyat dengan slogan dan tindakan yang tidak berintegriti dan bermaruah .

9. Slogan yang wajar bagi UMNO dan BN untuk terus dilaungkan secara konsisten ialah 1 Malaysia : Perlembagaan di persenda dan Rakyat Merana . Ianya wajar agar rakyat tidak tertipu lagi dan mudah mereka membuat nilaian terhadap pencapai UMNO dan BN .

10. UMNO dan BN bertanggungjawab dan mereka mesti membayar harga yang tinggi di atas penyalahagunaan kuasa dan penipuan mereka ke atas rakyat . DPPP menyeru agar rakyat tegas menghukum UMNO dan BN melalui pilihanraya kelak agar mereka tidak lagi sewanang - wenangnya mempersenda undang - undang dan perlembagaan negara serta rakyat tidak lagi derita dan merana dengan penderaan mereka .



6 comments:

nada rakyat said...

Minta komen ust tentang hukum orang bukan islam memasuki ruang solat dalam masjid seperti kes dr.xavier.jawapan tentang hukum kes ini perlu bagi menjawab tuduhan2 umno

pendokong PAS said...

assalamualaikum wbt..
saya berharap isu dalaman PAS dapat diselesaikan dengan segera. Bagi saya, rakyat sekarang lebih melihat krisis dalaman PAS berbanding isu 1 Malaysia..malah saya yakin rmai yang telah tertarik dan termakan dengan slogan ini ditambah dengan keaktifan PM n TPM menangani isu2 yang berlaku sekarang..mereka berdua dilihat bersungguh2 membaiki UMNO dan juga mentadbir kerajaan.. PAS perlu berubah mengikut arus politik perdana.. kita adalah jemaah Islam yang perlu sentiasa fleksibel dalam tindakan dan bijak menguasai waqi' semasa supaya dapat terus menerajui politik M'sia..Jangan hanya beslogan..kerja mesti lebih kuat dan sesuai dengan suasana..saya sgt mencintai jemaah ini..bagi saya jika ada yang perlu berundur demi survival jemaah dalam arus politik perdana..lakukanlah..jemaah ini harapan umat Islam M'sia..pertimbangkanlah untuk kepentingan rakyat keseluruhan.. saya doakan jemaah ini terus berjaya. Insyaallah

Anonymous said...

penampilan dan lagak pemuda PAS terlalu angkuh dan sombong untuk sesetengah rakyat memberi undi kepada PAS. Seolah-olah pemuda PAS nih lebih tahu tentang agama jika dibandingkan dengan orang lain. Sikap yang yang tidak baik.

Anonymous said...

Salam..
baru sekarang anda bersuara..sudah lama anda senyap kalau ada pun (sikitje). Anda emosi dan marah bila org kritik boss anda..macam tulah rasanye bila anda dan PAS memperlekehkan PRESIDEN BN. jarang betul terdengar tulisan anda tentang kes di selangor spt kes kapala itu lembu..kes hassan ali dan kes UG, PEMUDA PAS hanya sibuk membantah konsert2 sahaja..tetapi tak melihat isu lebih besar spt..kes pertunjukan udara yg dilakukan di malaysia oleh tentera amerika..nampak sangat anda
hipokrit..

okla tak kesah lah kalau anda tidak siarkan komen ini, yg pasti mesej saya kpd anda sampai

satulagi harap anda tak perlu komen pasal exmufti wahabi punya kes..sebab saya rasa 60% org PAS adalah gologan wahabi..nanti mengamuk pula tuan presiden..
UMNO dgn PAS DAH MACAM SAMA..DULU SAYA INGAT ORG PAS nie penentang WAHABI yg extreme..rupanye tak..menyokong lagi ade..tak taulaa PAS..PAS..
NAK TANYA MANA DIA RESULT POST MORT-EM KEKALAHAN PAS DI BAGAN PINANG..KAT TERENGGANU..??
saya pemuda PAS wangsa maju cawangan sg mulia. kalau rasa nak pecat silakanlah sebab telah mengkritik anda sebagai ketua pemuda PAS..pemuda PAS kat sg mulia nie ada 2/3 org je...salah sorg tu sayalaa ..

PEMUDA PAS YG MAKIN BOSAN

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Maaf. Rasanya Sdr tidak pernah membaca atau mungkin kurang pendedahan berkenaan Akta Perlombongan Petroluem 1966 dan Akta Kemajuan Petroliam 1974.

Jika akta tersebut diteliti, jelas sekali sebarang aktiviti perlombongan petroleum yang jaraknya melebihi 7.7km dari pesisir pantai adalah hak Kerajaan Malaysia.

Royalti minyak hanya boleh diberikan bagi aktiviti perlombongan petroluem di sekitar perairan dari pesisir pantai yang tidak melebihi 7.7km.

Kesanggpupan PM Dato' Sri Najib untuk memberikan wang ehsan merupakan budi baik PM yang sentiasa mengutamakan rakyat. Dalam konteks ini, rakyat Kelantan.

Cukuplah menipu rakyat dengan fakta yang tidak lengkap. Cubalah berkata benar. Bawa-bawalah bersyukur dengan kebaikan PM kita.

PernahPangkahPAS

Anonymous said...

melenting juga akhirnya ..

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive