HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, November 10, 2009

Ya Allah ! Selamatkan Perjuangan Islam

1. Kelihatan fitnah terus menyelubungi Parti Islam Se Malaysia PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang berjuang untuk memartabatkan Agama Allah swt di atas tanahair ini .

2. Musuh tanpa jemu merancang dan mengatur strategi untuk menggagalkan perjuangan suci ini dengan percubaan untuk memecah belahkan kesatuan anggota jamaah , melempar fitnah kepada pimpinan dan jamaah serta membina persepsi buruk masyarakat kepada jamaah yang perjuangkan Islam ini .

3. Selain dari tindakan pro aktif diambil oleh jamaah dan pimpinannya untuk melakukan pelbagai langkah mengatasi segala kemelut dan masaalah yang menghambat perjuangan ini ,

4. Dewan Pemuda PAS Pusat mengambil satu lagi langkah wajar iaitu menganjurkan Solat Hajat & Munajat Perdana dengan tema : " Ya Allah ! Selamatkan lah Parti Islam Se Malaysia [ PAS ] " sebagai sebuah wadah yang memperjuangkan Islam di negara ini .

5. Solat Hajat dan Munajat Perdana ini akan diadakan pada Malam ini - 10 nov.[ selasa ] jam 8.15 di Dewan Dato' Fadzil Noor Taman Melewar . Insyaallah ianya akan diimamkan oleh Sohibus Samahah Tuan Guru Dato' Hj. Harun Din Timbalan Mursyidul Aam PAS .

6. Alim ulama' , pimpinan PAS di semua peringkat , aktivis dan ahli - ahli PAS serta penyokong dan seluruh ummat Islam prihatin [ muslimin dan muslimat ] dijemput hadhir untuk sama - sama kita bermunajat kepada Allah swt agar perjuangan Islam ini dipelihara dan wadah perjuangannya diperkasa .

7. Menyedari fitnah dan tekanan bertali arus yang melingkari PAS mutaakhir ini , memerlukan pertolongan dan bimbingan Allah swt agar PAS terus gah menggalas tanggungjawab perjuangan Islam di negara ini dan sekaligus memberi nur hidayahnya kepada setiap individu yang cuba untuk menggagalkan perjuangan ini .

8. Saya sekali lagi dengan segala kerendahan diri mengharapkan agar seluruh ummat Islam [ muslimin dan muslimat ] dapat hadhir bersama pada malam ini untuk kita bermunajat kepada Allah swt . Semoga Allah swt merestui perjuangan kita dan mengurniakan kekuatan serta ketabahan yang tinggi kepada pimpinan , aktivis , anggota dan penyokong jamaah ini untuk terus berjuang menyahut segala cabaran dan menyerap segala tekanan samaada yang datang dari luar atau dalam .

Sekian

8 comments:

مَعهَدين الُمعلمْ said...

Ya Allah hancurkanlah anjing-anjing yang cube menimbulkan persepsi buruk terhadap PAS..

Hancurkan kerja jaht mereka..
Hancurkan pakatan jahat mereka..
Tidak kira kerja itu datang dari dalam atau luar parti..

Amin!!!

Anonymous said...

ALLAH bersama kita...

Anonymous said...

Assalamualaikummm Saudara

Selama ini saya hanya baca dan baca laman blog saudara tapi saya terpanggil memberi komen malam ini. Saya adalah kategori atas pagar yang melihat menilai parti politik Di Malaysia ini .

Saudara .moto PAS "islam for all" dan saya tertarik dengan negara Islam yang di war-warkan PAS.

Perjuangan yang di bawa atas tajuk di atas di tujukan kepada siapa ? Siapa musuh PAS yang sebenarnya ? Adakah UMNO atau ahli dalaman PAS itu sendiri ? Saya melihat sekarang saudara pun dah berkecamuk dan seolah bingung dalam penjelasan saudara dalam blog.

2) Pas menolak terang-terang kerjasama ataupun salam persaudaraan dengan UMNO . Kenapa ? UMNO itu orang apa ? BUkan melayu sebangsa dengan saudara ? Bukankah UMNO itu juga Islam sama macam saudara juga ?

3) PAS menerima baik DAP yang terang menolak ISLAM . Bagaimana PAS akan melaksanakan dasar negara islam nanti sedangkan DAP menentang . BUkankah menentang Islam sama juga musuh ALLAH ?

4)Dasar Negara Islam yang di war-warkan PAS ini realiti atau retorok semata ? Kerana Ex MB Perak YB NIzar ada berkata dasar itu hanya sekadar ucapan(retorik) politik PAS semata bukan hakikat . Mana satu yang benar?

5) Islam mengajar bahawa fitnah adu domba menipu memanipulasi keadaan sebenar adalah salah dan haram malah berdosa , adakah PAS bersih dari gejala tersebut ?

mohd jiwa selangor

Anonymous said...

salam.. saya setuju sgt2 kalo kita memohon dr yg esa agar d beri kekuatan, keselamatan dan perlindungan lbh2 lg utk perjuangan islam .

walau mcm na pun ustaz, saya berpandangan, doa ja tak cukup.. kena la berusaha selesaikan masalah. cube alert dgn isu semasa yg memberi kesan pd imej pas. cth terbaik adalah rahsia biah yg dah bocor. ustaz selidik dan carilah sendiri mcm na rasia biah ni blh bocor.. dan yg membocorkan pd musuh bukan alang2 jwtn dlm pas tu tuan..

apakah tindakan kita? adakah kita setuju pemimpin kita bt perjumpaan senyap2 dgn musuh dan cerita hal dlm kelambu dan rahsia parti ? sampai la ni saya tak dgr pn tuan dan mana2 pemimpin pas menegur tindakan membuat perjumpaan sulit dan membocorkan rahsia baiah pd umum termasuk pd bloger UMNO.

saya dh bg tau hal ni di hari pertama selepas terjadinya pertemuan sulit itu..kalo x silap saya sehari sblm meting. skrg dh berapa hr dah? dan skrg kita ckp baru nk siasat hal biah ni lepas media spin cukup hebat . napa x handle masa belum membesar? napa x alert dan ambil tindakan tegas waktu benda ni ( pertemuan bloger) baru ja d bongkar kan ?

tahukah tuan apakah persepsi org terhadap pas selepas hal biah ni d spin semahu2nya ?

dan persepsi ini boleh d atasi andai kita ambil tindakan cpt dan segera.. MASLAHNYA ADKAH PERMIMPIN PAS ( maaf termasuklah ustaz) ALERT DGN KESALAHAN YG D LAKUKAN SENDIRI ORG PEMIMPIN2? ATAU LBH KPD TOLONG MENG'COVER'( berserta dalil dan nas ) BILA PEMIMPIN DH BUAT SALAH DAN SILAP?

TOLONG JWB DAN JELASKAN PADA SAYA ADAKAH USTAZ X TAHU LANSUNG MENGENAI PERJUMPAAN SULIT OLEH TIM PRES DAN PJ SNGOR BERSAMA BLOGER D MANA RAHSIA BAIAH TELAH D CERITAKAN DLM MAJLIS ITU?

RAJA said...

Berusahalah dan bertawakallah kpd Allah.

Allah tidak memberi sesuatu itu secara percuma, mesti ada ujian dan cabaran.

Namun kadang2 peringatan itu tidak diambil endah, malah ditempelak pula.

Ingatlah, parti Islam ini milik semua umat Islam di Malaysia. Justeru pandangan ikhlas perlu diambil perhatian dan TINDAKAN.

Kemelut ini tidak akan selesai selagi mana pimpinan masih lagi bersikap seperti sekarang, sindrom penafian yg melanda Umno telah berjangkit dgn amat parah ke dalam pimpinan PAS.

Barah dalam pimpinan tidak boleh lagi diubati dengan kalam wala, malah perlu dibuang jika mahu memelihara hayat perjuangan Islam ini.

Dengan rendah diri dan jujur hati, saya menyeru agar ustaz kembali berdakwah dengan cara dulu, mengajar di masjid dan surau.

Kerana dalam dunia politik ustaz amat naif dan lambat belajar malah kadangkala hilang arah. Persepsi rakyat-berparti atau tidak ialah ketua pemuda PAS adalah REPUBLICAN GUARD Haji Hadi.

Serahkan hal-ehwal politik pada yang pakar. Maaf ini bukan pemisahan agama dengan politik, cuma ada kalanya tidak semua ahli agama betah berpolitik seperti YAB tok guru nik aziz, ustaz hashim jasin, ustaz ahmad awang dan versi terkini YAB Dato Seri Nizar.

Mereka ini disanjung oleh umat Islam kerana ilmu agama mereka dan juga disokong oleh bukan Islam kerana 'politik bijak mereka'.

Janganlah pula menganggap seperti semua pemandu kereta mampu membawa kereta di litar F1.

Tugasan saya sering membawa saya ke pantai timur. Melalui jalan lama, saya kerap singgah berjumpa sahabat di Kuantan, Balok. Diajak pekena keropok lekor di peramu. Dan kadangkala singgah solat di surau dungun.

Persepsi yg 'popular' dikalangan aktivis parti disitu, ..."PAS kucar, dokrok cetong doh, nasib baik ada tok guru nik aziz!!!"

Kalau ustaz selalu turun pandang berjumpa rakan2 lama, istilah diatas semakin manis bermain dibibir....yg sangat menghiris ialah bila mendengar rungutan ketika ada acara di taman melewar baru2 ini....."tantawi tu padang kena maing dgn stopa ali jer,dia bukang tahu menda pong." - Sekadar mengajuk mengguna bahasa Terengganu.

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

Allah akan jaga PAS kalau PAS jaga amanah ALLAH. Bukan Islam juga merupakan amanah ALLAH kepada PAS untuk didakwah, dilatih, diberi penerangan, didekatkan dengan Islam. Sejauh mana Pemuda PAS buat kerja-kerja itu?

muslimat said...

basah hati saya membacanya,teringin sekali utk join bermunujat bersama-sama.

dari jauh saya doakan Allah mantapkan kita , samada dalam prinsip atau dalam gerak kerja.

saya orang bawahan ini pun terasa siksa dengan fitnah yg melanda, apatah lagi para pimpinan yang melaluinya..

Allah ada, sangat dekat dengan kita..

Anonymous said...

Salaam,

kalau tak nak kena fitnah janganlah meletakkan diri atau kedudukan kita di tempat atau spot yang mudah kena fitnah.

Saya tak faham kenapa PAS suka buat manuever politik yang terlalu bebas sehingga identiti PAS itu sendiri jadi celaru.

Kenyataan2 bertentangan yg dikeluarkan oleh pemimpin bukanlah sebab utama sebenarnya pada pandangan saya. Itu seolah2 asap yang dihasilkan daripada api. Bukan api itu sendiri. Api itu sendiri apanya?

Adakah api itu telah terpadam dengan seminar perkasaan itu hari? Saya lihat tidak. Memanglah kita mengharap dan berdoa, tapi bukankah harapan dan doa juga bergantung kepada perbuatan kita. Kalau ada yang buat benda bertentangan dengan doa dan harapannya bagaimana nak mustajab.

pak long

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive