HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, December 12, 2009

USUS UMNO Sudah Busuk . Siri 5

Tanpa BTN
UMNO Berkubur
1. Pada 1 Disember 2009 yang lalu, akhbar China Press telah melaporkan bahawa bajet yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada BTN terlalu tinggi iaitu sebanyak 74 juta untuk tahun 2009.

2. Peruntukan ini adalah lebih tinggi daripada bajet untuk Parlimen iaitu sebanyak RM4 juta. Perkara yang didedahkan oleh ahli parlimen DAP dari Bukit Bendera harus disiasat dengan teliti dan pengaliran sejumlah wang ini mesti ini dipastikan seiring dengan keperluan dan perbelanjaan BTN tersebut.
3. Bekas Pengarah BTN Terengganu, Rosli Abdullah ada menyatakan “Sekarang ni khususnya selepas tahun 1998, kursus berkenaan bukan sahaja tidak ditekankan soal pendidikan Islam, sebaliknya lebih menjurus pada propaganda Umno, perkauman dan memburukkan ulama’ khususnya dalam PAS,”. http://www.youtube.com/watch?v=xVMljJGFitM&feature=player_embedded.

4.
Malaysia kini menunjukkan pendedahan bekas mahasiswa berkenaan doktrin kotor BTN.
a. ‘Kami ditunjukkan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang rakyat Amerika. Jurulatih memberitahu kami yang beliau seorang pengkhianat kepada negara kerana beliau mempunyai hubungan yang baik dengan orang Amerika’. Itulah antara isu-isu yang dibangkitkan sewaktu program pembinaan negara dijalankan oleh Biro Tatanegara (BTN), yang pernah diikuti seorang pelajar tahun empat jurusan ekonomi, Fakhrul Zaki Fazial. Fakhrul yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berkata, fokus kursus tersebut adalah mengenai bangsa Melayu. “Mereka (jurulatih) juga mengkritik pembangkang dan menganggap kritikan mereka sebagai patriotik,” tambahnya.
b. Ketua pelajar Universiti Malaya, Mohd Ridzuan Mohammad, yang pernah menghadiri program BTN pada 2004 berkata, malah terdapat ceramah yang mendakwa bahawa kaum lain menjadi ancaman kepada orang Melayu. Menurutnya, BTN tidak seharusnya membangkitkan sentiman perkauman yang akan mencetuskan perpecahan kaum. Katanya, ini kerana program tersebut boleh mempengaruhi sesetengah pelajar yang hadir berhubung ideologi perkauman tersebut.

c. Chin Shin Liang, seorang bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang pernah menghadiri program BTN pada Disember 2008, turut berkongsi pengalamannya. “Kami ditunjukkan klip video perhimpunan Bersih dan kemudian gambar negara Palestin yang dilanda perang dengan keterangannya: Apakah ini yang kita mahukan?… Kita juga ditunjukkan seorang pemprotes (tidak dikenalpasti) membaling batu,” katanya. Sambil menyifatkannya sebagai “amat berat sebelah”, Chin berkata: “Ia tidak menyatakan siapa pembaling batu itu, (dia) mungkin seorang Mat Rempit yang mahu berseronok atau polis yang melakukan provokasi terhadap pemprotes dengan menggunakan meriam air.”

Katanya, jurulatih juga mengajar bahawa kerajaan BN dipilih oleh rakyat dan oleh itu ia merupakan kerajaan yang sah, tetapi tidak berusaha untuk membezakan parti politik dan kerajaan. “Ini jelas mengelirukan kerana ia menjadi peraturan bahawa agensi-agensi kerajaan harus bersikap berkecuali dan berkhidmat sepenuhnya kepada negara (bukan hanya parti/gabungan tertentu),” katanya.

Ianya seolah-olah menyatakan bahawa kerajaan BN ‘mewakili’ negara ini dan harus ditaati tanpa dipersoalkan, katanya. Sementara itu, Fakhrul menyuarakan keraguannya mengenai pemilihan jurulatih BTN. “Saya fikir sesetengah jurulatih tidak layak kerana mereka begitu beremosi dan tidak intelektual dalam ceramah mereka. “Jika pelajar tidak bersetuju dengan pandangan jurulatih, mereka akan memarahinya di depan semua orang,” katanya. Sementara itu, sesetengah pihak merasakan bahawa kursus BTN telah dikecam secara tidak adil.

5. Tahun 2006 yang lalu Dewan Pemuda PAS Pusat telah menghantar memorundum kepada pihak kerajaan UMNO dan BN berkait dengan BTN .

BIRO TATANEGARA : AGEN PROVOKASI DAN PROPAGANDA ?


PENDAHULUAN ( PENDIRIAN DAN PRINSIP )

Secara prinsipnya Dewan Pemuda PAS Pusat ( DPPP ) menyokong pada setiap usaha dan tindakan yang mendorong kepada :-

1. Pemupukkan rasa cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa.
2. Pemupukkan dan penyemarakkan semangat patriotisme dikalangan rakyat negara ini.
3. Pembinaan masyarakat Melayu yang berdaya maju dan berdaya saing.

Ini adalah prinsip yang jelas dipegang teguh oleh DPPP. Malah kerana kejituan prinsip inilah juga DPPP kerap kali dengan beraninya bangkit secara vokal dan aksi dalam beberapa isu yang melanda negara ini, lebih-lebih lagi pada isu yang melibatkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pimpinan kerajaan. Malah kerana keberanian itulah juga bukan sedikit daripada pimpinan dan ahli DPPP di’rehat’kan samada di penjara mahupun di ‘Resort Kemunting’.

Bagi DPPP ianya adalah cerminan kepada perasaan cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa. Ianya juga adalah kemuncak kepada semangat patriotisme, memberi yang terbaik untuk mempertahankan maruah agama, negara dan bangsa. Ini adalah prinsipnya. Bertitik tolak daripada inilah DPPP secara tegasnya menyatakan bahawa kenyataan memorandum ini :

1. Tidak menyentuh atau berbangkit tentang penolakan DPPP kepada usaha bagi memupuk semangat patriotisme dikalangan rakyat.

2. Ianya juga tidak menyentuh atau berbangkit tentang penolakan DPPP kepada usaha bagi menyemarakkan rasa cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa.

3. Kenyataan memorandum ini juga tidak menyentuh dan berbangkit tentang penolakan DPPP terhadap usaha untuk membangunkan masyarakat Melayu dinegara ini.

Malah secara simboliknya memorandum ini dengan sendirinya adalah cetusan daripada semangat patriotisme DPPP dan ianya juga luahan rasa cinta, kasih dan sayang DPPP kepada agama, negara dan bangsa.

ASAS KEPADA MEMORANDUM

Memorandum ini diasaskan atas laporan dan aduan ‘keterlanjuran terancang’ Biro Tatanegara ( BTN ) dalam penganjuran dan pengendalian kursus, latihan dan kem mereka. Keterlanjuran ini sesuatu yang menyentuh kepada :

1. Modul latihan yang dilihat dengan sengaja membangkitkan persoalan isu perkauman yang melampau dan tidak berasas. Kesannya timbul perasaan curiga dan ketidakpuashatian sesama kaum yang mampu menjadi “time bomb” kepada permasalahan yang lebih serius;ketegangan kaum.

ISU PERKAUMAN DALAM PROSES LATIHAN.

1. Petikan daripada salah satu modul sessi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang digunakan oleh Jurulatih (Fasilitator) Bertauliah BTN dalam satu Bengkel Kepimpinan &Pengurusan Persatuan Belia ( Peserta terdiri daripada pimpinan dan ahli persatuan belia sepenuhnya berbangsa Melayu ) :

Senario yang diberikan

a. Sepasang suami isteri – tinggal disebuah kampung – suatu petang bersiar-siar dipantai, jumpa orang tua – pinjam sampan – pergi ketengah laut – leka – sampan pecah dipukul ribut – Uda terdampar di pulau lain – Dara di pulau lain – sedih – Juragan Cina ( Ah Chong ) datang naik tongkang – simpati pada Dara – minta ganjaran iaitu menyerah kehormatan – cari Uda – jumpa – marah pada Dara – tolak Dara – kena batu – Ah Chong dan Uda bertengkar. Datang Muthu, bunuh kedua-duanya sekali.

Di dalam ulasan antara falsafah yang disampaikan oleh fasilitator ialah :

a. Terdapat watak manusia ( merujuk kepada watak Ah Chong ) yang pentingkan diri sendiri. Pertolongan yang diberi tidak ikhlas. Terdapat udang disebalik batu, lintah darat, mengambil kesempatan daripada kesusahan orang lain.

2. Di dalam satu sessi ceramah motivasi pada program Motivasi Kepimpinan ( melibatkan peserta pimpinan dan ahli persatuan belia ) penceramah yang merupakan Jurulatih ( Fasilitator ) Bertauliah BTN membangkitkan tentang bahawa satu hari nanti jika orang Melayu tidak bersatu ( pastinya merujuk kepada bersatu di dalam UMNO ) mereka akan diinjak oleh C_ _ _ .

3. Dalam satu program anjuran BTN diatas nama Kursus Kenegaraan yang diadakan disebuah kem BTN, khusus untuk pekerja sebuah agensi kerajaan ( kursus wajib dibawah Sistem Saraan Malaysia ) jurulatih atau fasilitator dalam satu sessi LDK mengaitkan orang-orang C_ _ _ sebagai komunis.

Jelas sekali di dalam contoh-contoh di atas satu gambaran buruk diberikan kepada suatu kaum. Gambaran buruk sebegini adalah sesuatu yang keterlaluan dan mampu mencetuskan permasalahan yang lebih serius dimasa hadapan.

JANGAN BERMAIN API !

Bagi DPPP ianya merupakan sesuatu yang amat dikesali, BTN sebagai sebuah agensi kerajaan yang diberikan peranan dan tanggungjawab yang begitu luas bagi menjalankan aktiviti dan program ke arah membentuk masyarakat yang berjiwa patriot, serta terpupuk rasa cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa tetapi pada hakikatnya melihat perspektif patriotisme itu dari sudut yang amat sempit dan bias. Lebih menyedihkan BTN kini dilihat oleh sebahagian rakyat negara ini sebagai kelompok cauvinis Melayu yang diperkudakan oleh UMNO sebagai agen provokasi dan propaganda.

Tegas DPPP agar jangan bermain api ! Persoalan hubungan kaum adalah isu sensitif yang perlu ditangani secara matang dan berhati-hati. Persoalan hubungan kaum ini bersangkut secara terus kepada perpaduan dan keharmonian negara ini, maka adalah suatu tidakan yang tidak wajar sama sekali, di dalam apa cara sekali pun ianya dijadikan hujah retorik oleh mana-mana individu mahupun kumpulan, lebih-lebih lagi agensi di bawah kerajaan. Malah ianya menjadi satu polisi yang amat tegas diamalkan oleh kerajaan.

Persoalannya mengapa di dalam hal ini BTN dilihat begitu berani untuk menggunakan logik lucah dan dangkal ini dalam modul latihan mereka. Jelas sekali sudah sampai masanya BTN itu sendiri disemak dan dinilai semula kerelevanan fungsi dan peranannya. Untuk itu DPPP menggariskan perkara-perkara dibawah sebagai desakan yang perlu kepada tindakan segera :-

1. Penyemakan semula modul latihan BTN perlu dilakukan. Modul BTN perlu dibersihkan sepenuhnya daripada:

o Unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman
o Unsur-unsur propaganda UMNO.
o Penekanan modul latihan perlu menekankan kepada melahirkan individu yang mampu untuk membuat penilaian sendiri, tegas dalam pendirian, teguh semagat patriotisme dan mantap peribadinya.

2. Fungsi dan peranan BTN perlu dihadkan. Penghadan fungsi dan peranan BTN bertujuan untuk memastikan tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan fungsi dan peranan mereka. Di dalam situasi seperti yang ada ketika ini BTN dilihat begitu mudah diperalatkan sebagai alat politik dan agenda peribadi pihak tertentu.

3. Program wajib BTN untuk golongan mahasiswa perlu dimansuhkan kerana ianya tidak lagi relevan lagi dengan wujudnya Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ). Ianya juga sesuai dengan status universiti sebagai sebuah autonomi yang membentuk generasi intelektual.

4. Kaedah pemilihan, latihan dan pentauliahan jurulatih-jurulatih ( fasilitator ) BTN perlu di dedahkan dan dilakukan secara telus. Kepincangan BTN kini dilihat banyak berpunca daripada sistem pentauliahan jurulatih ( fasilitator ). Jurulatih tauliahan BTN dilihat bebas menggunakan modul latihan tanpa pemantauan, ini secara tidak langsung dilihat mendedahkan BTN untuk dijadikan alat untuk kepentingan UMNO.

Kedudukan BTN dibawah Jabatan Perdana Menteri dengan fungsi yang begitu luas, menjadikan BTN sebuah agensi yang penting. Penglibatan BTN dalam proses penilaian penjawat awam ( Kursus Kenegaraan ), mahasiswa ( Kursus Bina Negara Mahasiswa ), remaja ( Kursus Bina Sahsiah Remaja ) dan banyak lagi menjadikan ia sebuah agensi yang mudah terdedah kepada salah laku amalan. Bagi mengekang semua ini samada yang telah, sedang atau pun akan berlaku suatu tindakan konkrit dan tegas perlu dilakukan.

DPPP mendesak sebelum keterlanjuran yang telah berlaku menjadi parah dan mengundang sesuatu yang buruk kepada rakyat dan negara maka proses penilaian semula terhadap fungsi dan peranan BTN perlu disegerakan. Sekiranya jelas kewujudan BTN ini lebih kepada menjadi perkakas politik dan agenda individu maka tindakan terbaik yang perlu dilakukan kerajaan ialah dengan sama sekali memansuhkannya.

Mazlan bin Aliman
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
2006

9 comments:

Unknown said...

Ada apa di sebalik Najib ke Thailand?

Getah: Agenda Utama Najib ke Narathiwat

Anonymous said...

salam ust,,moga ust thabat dalam perjuangan..utk mkluman ust..ana antara mahasiswa yg turut dipaksa terlibat dlam BTN..kerana ingin menyambungkn peljran ke bumi Mesir..ada jga shabat2 ana yg terpaksa turun ke putrajaya dan juga kena amik semuala kursus BTN ni kerana dituduh pembangkang ketika didalm kursus BTN..didalam kursus terbabit klu kami mengeluarkn pndangn yg cenderung kepada Islam..maka kmi akn dituduh PAS dan secara automatik kami x dibenarkn ke Mesir..didalm pgram tersebut semua modul memg menjurus kepada UMNO n Melayu..mereka menganggap bila pakatan rakyat atau PAS entadbir negar,negara akn jdi seperti Iraq n Palestin..dan juga kejadian 13 mei akn berulang kembali..bgi mereka hnya UMNO yg ptut mentdbir Mlysia..kena nasib org melayu kn dibela oleh Umno..antara fasilitator yg terlibat adalah dikalngan pensyarah universiti..kumpulan ana ada seorang pensyarah dri universiti teknologi Mlysia(UITM) penang...dlm tu jgak mereka menghentam PMRAM di mesir dengan menuduh mereka ni ajen Pembangkang dan jgn masuk PMRAM apabila tiba di mesir...sekian dri kami yg x puas hati ngn BTN..allahu akbar..selamtkn PAS..

PAS BANDAR LAGUNA said...

BLOG INI http://greensocialis.blogspot.com MENCERITAKAN PERIHAL SEORANG AJK PASTI PULAU PINANG. SILA AMBIL PERHATIAN. APAKAH INI CERITA BENAR ATAU CERITA FITNAH.

JIKA BENAR MENGAPA PEMUDA PAS PULAU PINANG BOLEH MENGEKALKAN SEORANG YANG BERPERANGAI BURUK SEPERTI INI?

MOHON PENJELASAN. KAMI MENANTI JAWAPAN USTAZ. HARAP EMAILKAN KE : pas.bandarlaguna@gmail.com

PAS BANDAR LAGUNA MERBOK
KAWASAN MERBOK KEDAH

Anonymous said...

Assalamualaikumm..saudara pengarang .

PAS amnya telah lama berdoa untuk menguburkan UMNO sejak dari tahun 1969 lagi . Namun tak pernah berjaya . Amanat HJ HADI .

Kalau setakat doa yang tak betul tak payah keluar kenyataan la yang UMNO akan di kuburkan . MALAH MUNGKIN AKAN LEBIH KUAT LAGI .

PAS sepatutnya yang muhasabah diri . Menolak perpaduan sesama Islam malah sanggup bersekongkol dengan DAP yang jelas menolak Islam .

Allah akan menerimakah doa orang yang menolak perpaduan ?

Dalam PAS ramai yang alim yang bijak pandai dalam hukum hakam Islam namun semuanya bacul dan hanya lihat duniawi semata .

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t. ustaz.

Ana harap ustaz dapat sediakan artikel@posting berkenaan "PAS Reforms" ni dengan segera.

Adakah ia resolusi yang diputuskan PAS Pusat? atau ia salah satu agenda jahat yang licik dari musuh2 kita.

Ana dapati ramai yang confuse berkenaan "PAS Reforms" ni ustaz sehinggakan blogger2 pro kpd PAS pun menggunapakai "logo" tersebut.

Ana harap ustaz menyegerakan untuk menerangkan hal ini dalam posting seterusnya kerana kebanyakan blog2 yang menggunakan "PAS Reforms" ni bertujuan untuk menghentam pimpinan kita khususnya TGHA.

Ana berharap ustaz menjernihkan segera perkara ini melalui penjelasan ustaz.

"Ya Allah, selamatkan jemaah kami"

Selangor said...

Kepada Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan seluruh kepimpinan PAS,

Saya yg menetap di Kajang, Selangor adalah pengundi bernombor siri 942 di DUN Wakaf Bharu (N04) di Kelantan yg mengundi Tuan Haji Che Abdullah Mat Nawi (PAS) bersama beberapa lagi penyokong2 tegar PAS amat TIDAK BERSETUJU jika parti kesayangan kami selama ini bergabung di bawah satu panji bersama parti2 lain. PAS lebih utuh dari segi tokoh, kepimpinan dan dasar dan lebih dominan dari aspek sokongan rakyat jika dibandingkan dgn parti2 lain. Sepatutnya PAS dijadikan ANCHOR di dlm pakatan dan bukannya partner krn mereka memerlukan PAS lebih dari PAS memerlukan mereka. Kami amat tidak bersetuju sekiranya ketua pakatan dipilih dari parti yg mendapat kerusi terbanyak krn agihan kerusi pasti akan jadi persoalan di kalangan 3 parti dan kami jentera/penyokong PAS terpaksa menyokong tokoh dari parti lain dari kumpulan pakatan itu tanpa kami redha. Kami lebih rela PAS selamanya menjadi parti pembangkang di Malaysia dari menjadi pak turut dan mengorbankan prinsip dan dasar PAS sejak dari zaman Allayarham Yusof Rawa dan Allahyarham Fadhil Noor. Ramai dari kalangan profesional muda tertarik dgn PAS krn dasar dan kepimpinannya yg 'firm' seperti yg ditunjukkan oleh TG Hj Nik Abdul Aziz yg konsisten dpd dulu lagi. Cuma kami amat terkilan dgn pendirian TG Hj Hadi Awang yg menunjukkan pattern perjuangan yg makin mengendur, ketegasannya tidak seperti dulu lagi.

Jadikan Kelantan sbg 'role model' yg menunjukkan PAS mendapat sokongan oadu dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Siam dan Orang Asli tanpa menilai 'status quo'.

Kami tak perlukan PKR & DAP utk menunjukkan 'jalan' kpd PAS.

Dengarlah dan ambil perhatian akan suara2 kami yg menjadi akar umbi kpd PAS ini.

Anonymous said...

salam,

sekadar pendapat, pada masa yg sama kita jaga juga usus kita, ustaz dah ulas panjang lebar usus umeno, saya pinta ustaz detox kan juga usus kita agar tidak jadi mcm usus mereka

ikhlas
wan

hamba_tarbiyah said...

sy stuju dgn pndirian Selangor,meliht PAS perlu memimpin, sy nmpk bukn kemenangn dunia yg dicari,ttp kmnangan akhirat,rela mndjadi pmbangkang asalkn prinsp tdk tergadai,sy bnr2 stuju.

cme sy nk prbtulkn sdikit ttg kate2 ini:
"Cuma kami amat terkilan dgn pendirian TG Hj Hadi Awang yg menunjukkan pattern perjuangan yg makin mengendur, ketegasannya tidak seperti dulu lagi."-Selangor

sbnrnye tak tmbul isu ini, ia lbh kpd prspktif individu, kca mata anda sndiri, mgkn jg org len tdk melihat bgtu.

mgkn krn ucpn2 TGHH tdk spopular dlu di mainkn oleh media, mgkn jgk TGHH sudh kurang brada dipnts2 cermh, atau mgkn prspektif dibuat krn ramai yg mnyerang TGHH trmsuk ahli PAS sndiri.

TGHH msh knsisten dn thabat dgn dsr prjuangan PAS, ketegasan TGHH masih segar shgga saat ini, kelntngn TGHH msh trsrlah shhga ktika ini,mgkn krn Selangor xnmpk, krna Selangor bkn sntiasa brsama TGHH, sdh tntunya, mka diliht TGHH sudh tdk tegas atau smkn mngendur pattern prjuangannya, ini tdk benar sma skali. beliau msh ttp konsisten dgn dasar Islam,liht saje ucpnnya di Parlimen, tdk brhnti2 seruan kpd dasar Islam dibicarakan, dan amaran2 yg dibrikn kpd UMNO dlm crmh2nya.

siapa pun brada dikerusi Presiden itu, kite wajib prthnkn die hatta anda skali pun brada disitu slgimne anda brpegang dgn dsr Islam.

xprlulah nk labelkn saya ini pro TGHH apbile mmbela beliau, spe2 pun brada di situ ttp kite kne bela, xprlu melabelkn die ini pro TGNA atau pro TGHH, tdk perlu, kerana itu tdk lain hanyalah istilah2 munafiq dlm prjungn, yg mnjadi tgn2 yg memecahkn jemaah..

Yatminto said...

Salam kenal.
Menurut saya manusia sekarang sudah
tidak menghiraukan lagi rasa sebagai manusia,semua tersisih hanya karena tujuan kekayaan,kajayaan,dan kehormatah sesaat'
Sukses untuk anda.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive