DPPP Bidas Kelembapan Kerajaan
1. Negara amnya dan ummat Islam khasnya sekali lagi berada dalam keadaan resah dan tidak selesa dengan perkembangan terkini berkait isu kepala babi yang diletakkan di perkarangan 2 buah masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.
2. Sebelumnya negara kita cemas dengan insiden pembakaran gereja dan surau ekoran polemik penggunaan kalimah Allah menjadi isu panas dalam negara .
3. Pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengeksploitasi keadaan dengan melancarkan tindakan provokatif yang mencetus ancaman terhadap tahap keselamatan rakyat dan negara .
4. Keadaan ini perlu diredakan segera . Keamanan negara mesti dipelihara . Semua pihak bertanggungjawab dengan pantas menghentikan segala tindakan dan kenyataan yang bersifat provokatif .
5. Dewan Pemuda PAS Malaysia komited dengan tindakan yang positif ke arah menyelesaikan konflik yang tercetus . Tanpa kawalan cepat , berkesan dan bijak keadaan mungkin berjaya dimanipulasi oleh pihak yang sengaja mengambil kesempatan untuk menimbulkan huru hara dalam negara kita .
6. Kerajaan sebagai pihak bertanggungjawab memelihara keamanan dan kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum dan agama janganlah lembab dan lambat bertindak seperti mahu membiarkan keadaan semakin parah . Satu demi satu kejadian yang menimpa negara pada hari ini tidak boleh dibiarkan berlarutan . Kerajaan mesti mengambil tindakan tegas dan serius agar negara kembali berada dalam keadaan tenteram dan rakyat yang berbilang kaum dan agama dalam negara ini kembali rasa selamat .
7. Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak percaya kerajaan tidak mampu bertindak segera . Selain mengambil tindakan untuk menyiasat , kerajaan juga mesti dilihat telus dan tidak teragak - agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mencetuskan provokasi dan mengancam keselamatan negara . Keselamatan negara dan rakyat mesti diutamakan mengatasi kepentingan peribadi dan parti .
8. Sementara itu , Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan agar seluruh rakyat bertenang dan tidak cepat terpengaruh dengan agenda pihak tertentu yang sengaja mahu menimbulkan hura hara dalam negara dan sekaligus mengambil manfaat dari kekalutan yang timbul . Awasi diri dari perangkap politik kebencian dan balas dendam juga politik opurtunis . Golongan ini hanya mahu mencari kepuasan diri dan hanya menjaga kepentingan mereka . Mereka abaikan kepentingan negara dan maslahah ummah .
9. Semua pihak , khasnya ummat Islam sangat dialu - alukan agar bersatu dalam menangani konflik ini dengan cermat , bijak dan berjiwa besar dengan mengenepikan kepentingan politik kepartian sebaliknya meletakkan masa depan negara yang harmoni dan sejahtera . Seterusnya menumpukan usaha untuk membasmi korupsi , penyalahgunaan kuasa serta penindasan dalam apa jua sektor samaada politik , ekonomi mahupun sosial .
10. Saya juga sangat berharap agar Islam dijadikan asas untuk ummat bersatu dan dahan kukuh tempat berpaut . Hindari semangat perkauman yang sempit dan jauhi sebarang provokasi yang licik dari pihak yang tidak bertanggungjawab .

4 comments:
Assalamualaikum, ustaz bila nak buat jelajah pemuda pas dekat Sarawak pulak ?
salam...
mewakili mahasiswa non-partisme, saya mengutuk sekeras2nya perbuatan biadap dan tidak bertanggungjawab ini. namun diharap kerajaan dan pembangkang dapat capai satu resolusi yang berhemah dalam tindakan yang subversif sedemikian rupa. Islam mengajar keindahan, i.allah, mudah2an diberi hidayah dan petunjuk buat semua
Kami senada dengan Ketua Pemuda PAS Pusata dalam hal ini.
Semalam kami pun mengeluarkan nada sama kesal dengan "kepandaian" kerajaan menangani isu ni.
Lihat: http://www.pemudagombak.com/?p=1586
Petikan;
"Tindakan-tindakan ”double standard” kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Umno/BN menampakkan kesan negatif yang bermula daripada insiden mambakar gereja, seterusnya membakar surau dan kini meletakkan kepada babi di masjid.
Jika kerajaan Umno/BN masih dengan sikap sebegini, Pemuda PAS Gombak yakin akan banyak lagi insiden-insiden buruk di luar jangkaan akan berlaku di seluruh negara.
Sehingga ke hari ini, sudah lebih 10 rumah ibadat yang termasuk surau, masjid dan gereja telah menjadi sasaran tindakan-tindakan provokatif pihak akibat ketidakpandaian kerajaan menangani isu ini secara bijaksana.
Justeru, Pemuda PAS Gombak menggesa kerajaan Umno/BN mencontohi tindakan yang diambil oleh PAS dan Pakatan Rakyat yang menangani isu ini dengan jalan muzakarah dan perbincangan.".
Salam DPPP,
Kerajaan Pusat buat apa pun tak kena. Cepat pun salah lambat pun salah. Nanti cepat jika kena pemuda PR, nanti Polis dituduh macam-macam cerita. Sebaik-baiknya biarlah Polis melaksanakan tugas mereka tanpa tekanan mana-mana pihak. Kita perlu rasional dan lebih realistik tindakan mengatasi kes-kes jenayah seperti ini yang boleh menghancurkan kerharmonian antara kaum. Ada ketika kita terperanjat, pihak Polis dapat mengesan dan menangkap jenayah berat dengan begitu pantas, tak sampai 24 jam. Tapi kadang2 lambat, tentulah ada masalah tertentu. Jangan kita menaruh prasangka buruk yang amat sangat kpd pihak berkuasa khususnya PDRM, SPRM dan SPR. Politik biarlah berpada jangan keterlaluan. Cuma pandangan saya. Tak mahu terima pun tak apa, sebab saya bukan orng politik.
Post a Comment