HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, January 8, 2010

Himpunan Aman di Teruskan

1. Pagi ini bertalu - talu sms menerobos mencari ruang di inbox handphone saya yang bertanyakan : "jadi kah himpunan kita hari ini di hadapan kedutaan Mesir ? "

2. Kekeliruan ini timbul apabila tersebar berita mengenai langkah terkini Mesir yang telah membenarkan peserta konvoi VIVA Palestine memasuki GAZA .

3. Alhamdulillah , memang benar sebahagian peserta konvoi VIVA Palestine telah berjaya memasuki GAZA setelah desakan dari ummat Islam di seluruh dunia .

4. Pun begitu , Himpunan Aman dan penyerahan memorundum ke Kedutaan Mesir tetap diteruskan kerana masih banyak tuntutan ummat Islam dunia yang memerlukan perhatian dan tindakan segera kerajaan Mesir .

5. Sebagai contoh Mesir masih lagi meneruskan usaha membina tembok konkrit sepanjang 6 KM membentengi sempadan Mesir - Palestine dan ianya jelas membuktikan Mesir merelakan diri untuk menjadi boneka kepada Israel . Tindakan membina tembok tersebut sekali gus seperti membina sebuah penjara besar bagi ummat Islam Palestine yang senantiasa menjadi mangsa keganasan Yahudi Israel Laknatullah .

6. Sikap dan Layanan buruk yang diberikan oleh Mesir ke atas rombongan konvoi VIVA Palestine yang berkelana dalam siri kempen membebaskan Palestine , mesti dibantah agar ia menjadi peringatan kepada kerajaan Mesir selepas ini agar tidak mempermainkan kesengsaraan dan penderitaan ummat Islam di Palestine .

7. Antara desakan kita ialah menggesa supaya Mesir benar - benar memainkan peranan sebagai sebuah negara yang mampu membela nasib ummat Islam yang sering ditindas dan dianiaya oleh Israel . Sebagai sebuah negara ummat Islam yang besar dan bersempadan dengan Palestine , ia menjadi tanggungjawab penting dan utama bagi kerajaan Mesir .

8. Ayuh ! saudara , jangan terpedaya dengan berita dan maklumat salah yang mengatakan Himpunan hari ini di batalkan . Kita akan terus melahirkan sokongan kita ke atas ummat islam yang tertindas dan mengutuk sekeras kerasnya Israel dan boneka mereka yang secara terang - terangan mencabul dan menceroboh hak asasi manusia dan hak ummat Islam penduduk pribumi Palestine hidup dengan aman .

9. Solat jumaat di Masjid Tabung Haji dan sejurus solat jumaat insayaallah kita akan bergerak ke kedutaan Mesir bagi menyerahkan memorundum bantahan tersebut .

10. Semoga Allah swt memberikan kekuatan kepada kita untuk memberi apa yang kita mampu untuk ummat Islam Palestine sekaligus menyatakan kepada dunia semangat solidariti kita .

3 comments:

Abu Faiq said...

Assalamu 'alaikum sdra NHT & semua yang melayari blog ini,

1 Tahniah kerana ada usaha untuk menggugah terus minda umammah terhadap nasib buruk Palestin.

2 Dulu Gamel Nasser memerangi Israel & pernah menang. Namun, kelicikan musuh lslam [berupa ideologi kuffar global dukungan Barat &AS yang bersumber drp otak Yahudi], telah melanyak habis jiwa lslami pemimpin kemudiannya serta rakyat Mesir amnya. Dan mereka pun rela dengannya, lalu Mesir kini jadi boneka Yahudi. Banyak negara lslam pun yang serupa Mesir itu. Bahkan, dalam masa Anda mengutuk Mesir sbagai boneka Yahudi lsrael, jangan alpa, ada agen Yahudi di merata dunia, cuma wajahnya saja berbagai-bagai. Separuh leher Anda sudah terjerut masuk ke jerat agen mereka - pakatan yang Anda ikut bersekongkol itu. Toleh-tolehlah di balik punggung mereka utk tahu apa hasrat yang mereka sorokkan yang Anda belum benar2 berupaya membacanya. Bijaklah menelah, baru bijak berpolitik. Anda kena ada minda kristal yang lebih jernih daripada minda Yahudi dan agen-agen mereka, baru dapat mewujudkan ISLAM MUTLAK, bukan lslam separuh, kufar separuh. Ada ayat tentang perangai rosak seperti itu. Cari! Imani! Perjuangkan bersama jemaah yang bergerak secara global juga untuk menghancurkannya, bukan menapak di belakangnya.

3 Nasib buruk Palestin bukan hanya kerana ketidakpedulian Mesir semata-mata, malah juga akibat ketidakpedulian seluruh penguasa umat lslam yang ada sekarang. Apa bezanya penguasa di sini. Sebab itu, dulu kami [HT] berada di depan pintu besar Kementah yg tak
tak pernah menghantar walau sebutir peluru pun untuk bekalan rakyat Palestin melawan Yahudi. Persenjataan lengkap, tentera sigap, namun yang diantar biskut, ubat, selimut dan kicap. Itu bantuan kemanusiaan, bukan bantuan peperangan. Yang Nabi SAW ajar, perang lawan perang. Barulah tentera ada peluang mati syahid. Kita sebagai ummah, wajib pula memuhasabahi mereka, dan wajib pergi berjihad jika dierintahkan. Tapi, itu kalau ada Khalifah, yang memerintahkan jihad demi lslam, bukan untuk Sekularisme.

4 Kerana itu, mari bergerak ke arah mewujudkan Khalifah & Daulah Khilafah. Hanya itu saja yang akan menyelesaikan seluruh masalah umat lslam [bahkan seluruh manusia] & berupaya mengembalikan kehormatan lslam serta umatnya di depan mata Yahudi & puak-puak yang mendukung ideologinya [Sekularisme-Demokrasi-Kapitalis] yang sedikitpun tidak pernah menguntungkan lslam.

Wallhu a'lam.

Anonymous said...

sambil tu jangn pulak Pemuda PAS lupa nak pertahankan Kerajaan Kelantan. Saya bimbang dgn situasi sekarang di Kelantan PRU13 akan berubah landskap politik di kelantan. Jgn syok sendiri la.

Anonymous said...

pandangan ustaz ttg patung gitu, macammana?

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive