Islam Penyelamat Negara & Rakyat : 3
Dakwah Islamiyyah :
Satu Makenisme Unggul
Menyelamatkan
Negara dan Rakyat .
Satu Makenisme Unggul
Menyelamatkan
Negara dan Rakyat .
1. Islam tidak disebar melalui paksaan dan kekerasan . Malah tidak sah keislaman seseorang yang dianut dengan paksaan . Inilah keunikan ajaran Islam agama yang diwahyukan oleh Allah swt . Agama kasih sayang dan agama yang kaya dengan toleransi.
2. Islam jua menghormati agama lain bahkan tidak dibenarkan seorang muslim mencerca tuhan agama lain .
3. Kebenaran Islam disebarkan dengan penuh hikmah dan kasih sayang sebagaimana ianya diajar oleh Islam : [ Firman Allah swt ]
Serulah manusia agar kembali ke jalan Tuhanmu dengan hikmah [ bijaksana ] dan nasihat yang baik serta dialog atau debat yang baik untuk mencari kejernihan dan kebenaran .
4. Terutama saat berdepan dengan masyarakat yang tidak memahami Islam . Para pendakwah dan pejuang Islam sewajarnya mendekati mereka dengan sentuhan yang membangkitkan kesedaran dan keinsafan mereka terhadap tanggungjawab beragama dan hidup di dunia yang bakal dihitung oleh Allah swt di akhirat kelak .
5. Islam juga ditegakkan dengan hujjah . 30 juzuk 114 surah yang terkandung di dalam al Quranul karim sebagai kitab suci ummat Islam adalah merupakan hujjah kebenaran yang mesti diperjuangkan . Justeru itu , kekerasan , keganasan dan paksaan bukan dari pendekatan Islam . Sementara insiden keganasan [ terrorist ] yang berlaku serata dunia hari ini dan melibatkan ummat Islam adalah , samaada ia lahir dari kejahilan ummat Islam sendiri atau datang dari propaganda musuh yang mahu mempalit fitnah kepada Islam dan ummatnya .
6. Peperangan yang pernah berlaku dalam sejarah ummat Islam bukanlah merupakan pendekatan Islam untuk menyebarkan risalah agamanya kepada manusia , tetapi peperangan yang berlaku itu lebih kepada keadaan yang memaksa mereka untuk mempertahankan diri dan kesucian agama apabila ia diancam oleh musuh dan pihak yang tidak bertanggungjawab .
7. Dakwah Islam berorientasikan kasih sayang . Menyelamatkan mereka dari dosa dan noda justeru kelak mereka akan diancam azab jika mereka terus tenggelam dan hanyut dalam arus mungkar dan maksiat tanpa kembali bertaubat kepada Allah swt .
8. Saya mengharapkan semua pemuda - pemuda Islam negara , khasnya pemuda - pemuda PAS mengambil pendekatan berhikmah dalam menyampaikan Islam kepada masyarakat . Jangan bermusuh dengan masyarakat sebab mereka adalah madu'u kita . Mana mungkin seorang doktor bermusuh dengan pesakitnya biarpun pesakit itu tidak gemar ubat pahit yang dibekalkan oleh doktor tersebut .
9. Masyarakat awam pula tidak perlu bimbang terhadap kehadhiran Islam dan pejuang - pejuangnya . Islam dan para pejuangnya tidak akan bertindak kasar dan keras kecuali mereka ditekan , ditindas dan dizalimi . Mereka akan hadhir dengan hujjah yang benar . Islam tidak boleh ditolak mentah mentah begitu sahaja melainkan dengan hujjah . Sila kemukakan hujjah di mana tidak betulnya Islam jika ianya mahu ditolak !
10. Islam ibarat bahtera penyelamat . Apa yang diajar oleh Islam ialah keadilan , kebaikan , hubungan silaturrahim , anti kezaliman dan penindasan serta banyak lagi elemen - elemen positif dan baik buat kehidupan manusia yang berakhlak dan bermoral .

3 comments:
Assalamualaikum Ustaz,
Muktahir ini,umat Islam dikejutkan oleh ancaman yang penggunaan perkataan Allah boleh digunakan dalam sebaran Kristian,'Herald'. Samada umat Islam dikejutkan atau tidak dikejutkan kerana tidak amik peduli,adalah sesuatu yang amat mendukacitakan.Bagi diri ini,ini adalah suatu kebenaran seperti mana termaktub dalam ayat Al-Quran bahawa orang Nasrani dan Yahudi tidak akan redha pada orang Islam sampai lah orang Islam mengikut cakap mereka. Tujuan utama penggunaan perkataan Allah pada surat khabar mereka adalah untuk menyampaikan dakyah Kristian.Di Malaysia,sudah berapa ramai orang Melayu yang masuk Kristian dan kita sebagai orang Islam tidak merasa apa-apa? Sedihnya umat ini kerana tiada bantahan keras, tiada demonstrasi jalanan,tiada laungan allah akbar dan tiada tangisan allah akbar pada malam kerana kita tidak kisah sekiranya kafir laknat memperlekehkan sebutan-sebutan zikir pagi dan petang kita!
www.dakmatt.com
Anonymous 2 January 2010 13:15 aka www.dakmatt.com cuba menghasut Ustaz Nasruddin mengadakan bantahan keras, demonstrasi jalanan,laungan allah akbar dan dan sebagainya berkenaan dengan isu The Herald. Ustaz Idris Ahmad sudah terpedaya. Kami harap Ustaz Nasruddin tidak terpedaya sama.
salam, barangkali isu kalimah allah ini merupakan satu cabaran bagi kita dalam mengurus persepsi dan juga menguji kebijaksanaan kita membezakan kenyataan yang bersifat dakwah dengan pentadbiran agama.'wording' dalam kenyataan rasmi pas yang nampaknya terlalu berhati-hati justeru tidak membantu menjelaskan kepada ahli apakah pendirian pas sebenar.apakah pandangan ustaz taib azamuddin, dr haron din dan ustaz harun taib diambilkira?
Post a Comment