HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, April 30, 2010

5 Keadilan Buat Allahyarham Aminurrasyid

1. Terlebih dahulu , marilah kita mengalungkan Ummul Kitab buat Allahyarham Adik Aminurrasyid Amzah [15 th] yang ditembak mati oleh seorang anggota Polis Di Raja Malaysia 26 April 2010 baru - baru ini .

2. Ianya adalah sebuah tragedi yang sungguh malang dan sekali lagi mengheret PDRM menghadapi krisis kredebiliti mereka yang semakin dipersoalkan .

3. Sebelum ini Shahril Azlan Ahmad Kamil [25 th] turut mengalami peristiwa ngeri apabila terkena tembakan rambang seorang anggota polis pada 16 April 2009 yang lalu .

4. Norizan Salleh [30 th] juga pernah menjadi mangsa tembakan tanpa sebab oleh seorang anggota polis sebanyak 5 kali di bahagian dada dan tangannya dalam satu peristiwa [ 30 Okt 2009 ] yang hampir meragut nyawanya dan membuatkan beliau parah dan terlantar 2 minggu dihospital .

5. Begitu juga pengalaman ngeri yang dihadapi oleh Suwandi Abdul Ghani [37 th ] dan Muhammad Azman Aziz [ 21 th ] yang ditembak polis dengan peluru hidup dalam jarak dekat oleh seorang anggota polis sewaktu menyuraikan satu perhimpunan aman di Batu Buruk pada 8 sept 2007 yang lalu .

6. Mohammad Tawfiq Noorzan [ 22 th ] juga mati ditembak oleh seorang anggota Polis yang berpengalaman di Guar Sanji Perlis [ 14 Nov 2009 ] . Bapanya memberitahu bahawa Mohammad Tawfiq tertiarap berlumuran darah setelah ditembak dadanya , dalam keadaan tangannya bergari .

7. Berlaku adil dalam menghadapi isu ini [ Aminurrasyid ] , saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa supaya :

Pertama : Tubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat secara adil dan telus kes ini . Bukan tidak percaya kepada polis tetapi demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap keadilan dan ketelusan dalam siasatan . Jika polis siasat polis tentu sahaja ia tidak meyakinkan , apatah lagi peristiwa ini bukan sekali dan pertama kali tetapi semakin kerap berulang .

Kedua : Anggota polis yang terbabit mestilah ditahan reman agar ia tidak bebas berada di luar justeru rakyat turut rasa bimbang terhadap keselamatan saksi sekaligus mengelakkan kemungkinan saksi dipaksa atau dipengaruhi .

Ketiga : SUHAKAM mestilah memainkan peranan dan mengambil langkah berkesan agar kejadian serupa tidak berulang dan pesalahnya mestilah dihukum setimpal . Insyaallah pada hari ISNIN [ 3 Mei 2010 ] pada jam 2.30 petang Pemuda PAKATAN Rakyat akan pergi ke SUHAKAM bagi membawa suara pembelaan dan keadilan buat Allahyarham Aminurrasyid .

Keempat : Polis Di Raja Malaysia [ PDRM ] dan beberapa pihak media mestilah menarik balik tuduhan kononnya Adik Aminurrayid adalah penjenayah yang wajar ditembak mati justeru untuk menghalalkan tindakan mereka menembak tepat ke bahagian belakang kepala Allahyarham . Mereka juga mestilah memohon maaf kepada keluarga mangsa dan rakyat seluruhnya . Sungguhpun PDRM menghadapi cabaran sukar sewaktu menjalankan tugas namun kes seperti Aminurrasyid tidak boleh dipandang sebelah mata . Polis adalah Polis Di Raja Malaysia [PDRM] bukan Polis Raja Di Malaysia [ PRDM ]

Kelima : Perbetulkan tanggapan atau persepsi umum terhadap kewibawaan pihak Polis sebagai pasukan beruniform yang paling bertanggungjawab menjaga keselamatan negara dan rakyatnya. Janganlah sampai rakyat sendiri rasa tidak selamat dan aman terhadap pasukan beruniform ini . Campur tangan Yang diPertuan Agong mungkin wajar memandangkan pasukan polis adalah Polis Di Raja Malaysia .

8. Polis mestilah bersikap profesional menghadapi situasi ini dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tidak perlu melatah sehingga menjatuhkan kredebiliti dirinya sendiri apabila bingkas mengugut rakyat bahawa beliau bersedia untuk mengarahkan pasukan polis agar tidak lagi berkawal jika itu yang dikehendaki oleh rakyat !

9. Saya rasa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan agak emosi dan gagal memahami kehendak rakyat yang sebenarnya . Rakyat bukan persoalkan kawalan yang dibuat oleh pihak polis tetapi apa yang dipersoalkan ialah tindakan polis yang terburu - buru , tidak profesional dan tidak berhati - hati sewaktu memilih untuk bertindak dengan menggunakan senjata api .

10. Kesilapan dan kesalahan adalah kelemahan manusia . Isunya ialah jangan menyembunyikan kesilapan atau kesalahan apalagi angkuh mempertahankan kesalahan tersebut. Pesalah mestilah bersedia untuk menerima hukuman setimpal justeru itu adalah keadilan .

9 comments:

Anonymous said...

tlg la jgn bersikap opportunist...nak membangkang semua perkara...padahal sblm ini pun hang kenal pun tidak adik aminurrasyid tu...dah timbul isu...br nak 'berjuang'
apsal dulu x tgur dia...jgn bawak kereta xde lesen n berkeliaran lewat malam..

drrita sandakan said...

itulah..pukul 2 pagi..budak 15 thn buat apa pukul 2 pagi????
dan bawak kereta..(mesti tak de lesen)...

mak dia cakap arwah bukan penjenayah..

bawak kereta bawah umur dan tak de lesen adalah satu jenayah!!!!!

masalah disini...kenapa mak ..abang..kakak..tak halang dia keluar umah bawak kereta...

Anonymous said...

puak pas ni memeng suka spin isu janji boleh jadi politikal gain. jemu layan diorang ni.islam lebih dari orang konon

Anonymous said...

ko cakap ni mcm xtau mane yg patut diutamakan. mslh ni wlupn dr segi lesen tu betol mmg slh, patut kite tegor dulu tp kte kena pikir isu yg lebih besar telah berlaku. polis tembak budak. Budak tu plak takde pape senjata. isunya adalah hak bdk tu.. biarlah disiasat dulu.

Anonymous said...

Keadilan kepala otak hang! budak tuh dah tak de lesen bawa kereta. Lepas tuh lari pula dan hampir nak langgar polis. Ini bukan sikap Islam nak membela sesuka hati aje.

Usahawan 2010 said...

Bukan ingin menyebelahi mana2 pihak cuma ingin mendapatkan kebenaran yang sebenar-benarnya. Bukan persoalan yang ingin ditimbulkan sama ada remaja terbabit adalah seorang penjenyah atau tidak TETAPI adakah wajar seorang polis bertindak demikian dengan menembak Remaja terbabit dikepala sedangkan remaja terbabit tidak mempunyai senjata. Fikir-fikrkanlah... Kebenaran pasti akan terbukti akhirnya nanti.

Bekas Polis Simpanan said...

Undang-undang mana ko pakai tak ada lesen boleh tembak mati? undang-undang mana kata budak bawah 15 tahun tak boleh keluar rumah. Dia nak keluar rumah itu dia punya hak. Kerana itu boleh tembak mati. Jangan cuba justifikasikan kelemahan dgn menyalahkan mangsa. Kalau terkena adik beradik anak bini ko baru tahu bagaimana perasaan. Kawannya disepak dipukul, apa salah dia? dia hanya penumpang. Aku harap satu hari nanti ko akan kena bagaimana aruah kena. Masatu baru ko tahu langit tinggi rendah

Anonymous said...

bawak keta takde lesen dianggap jenayah?bole tembak mati?kalau camtu gi la tembak mati semua mat rempit kat jalan tu.penjenayah gak tu langgar undang2 trafik...oo takbleh tembak..kang kalau tembak mati sape lak nak iring ezam md nor gi buat ceramah pastu buat bising2 mcm jalan tu diorg yg punye..kang abis lak undi kat bn..tolong la wei...jgn la ckp main sedap mulut je..mmg salah bawak keta takde lesen..tapi bukan mesti kena tembak..apa bukti budak tu nak langgar polis?ada bukti?yg ckp tu pun korang jaga ke adik/abang/kakak korang tak kuar mlm2?itu kesalahan dia la..bkn sebab kenapa mesti dia kena tembak..polis dah buat kesilapan..cuba adili dgn adil..mcm ni ruapanye sikap org malaysia..kena kat batang hidung sendiri baru tau..

Anonymous said...

jgn slhkn arwah, dia dh xdak dh, lgpn btoi jgk, mesti kn tmbk ka kalu xdak lesen????? kalu undang2 kata bleh tmbk, mesti hmpa x lrt nk slt jenazah tiap2 hari, kbnykn bdk2 la ni bkn reti nk dok kt rmh waktu mlm2, trutama kalu ada bola ka.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive