HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, April 17, 2010

Kerajaan Malaysia Agent Israel


1. [ Bagaimana benih disemai begitulah hasilnya dituai . Jika perundingnya Israel maka pemikirannya Zionis .] Barangkali inilah perkataan yang boleh saya gunakan terhadap sikap dan tindakan terbaru yang diambil oleh kerajaan Malaysia terhadap dasar luarnya .

2. Segala-galanya bermula selepas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil APCO Worldwide sebagai konsultan merunding imej beliau [ serta negara dengan kos RM 77 juta sebagaimana yang didedahkan oleh Datuk Nazri Aziz ] dan tindakan itu semakin jelas dan ketara selepas Perdana menteri bertemu dengan Presiden Amerika Barrack Obama baru - baru ini .

3. Selain daripada Perdana Menteri kelihatan amat terdesak untuk mendapatkan sokongan antarabangsa khasnya Presiden Obama dalam pembentukan atau penstrukturan semula imej beliau yang tercalar teruk ekoran pelbagai dakwaan skandal dan penyalahgunaan kuasa yang membayangi kepimpinannya , Perdana Menteri Malaysia juga kini dilihat sebagai "terjerat" dalam mainan zionis antarabangsa.

4. Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib kini mendahului negara - negara Islam yang lain [ sementara negara - negara Islam tersebut masih berdialog dalam pendekatan mereka mencari penyelesaian isu nuklear Iran] apabila mengambil langkah sadis dan menyokong dasar Penjajah Amerika untuk terus mengenakan tekanan ekonomi dan politik ke atas negera berdaulat Iran .

5. Biarpun beribu kali Kerajaan Iran menegaskan bahawa teknologi nuklear yang dibangunkan di negara mereka adalah bertujuan untuk menghasilkan tenaga alternatif dan kegunaan teknologi bukan senjata pembunuh sebagaimana yang didakwa oleh Amerika , ternyata Iran terus diasak dan ditekan oleh Amerika dan sekutunya di peringkat antarabangsa . Pelbagai bentuk sekatan ekonomi dikenakan ke atas Iran sekaligus menafikan kedaulatan negara tersebut .

[ sedang Iran masih patuh kepada resolusi Majlis Keselamatan PBB dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa IAEA ]

6. Kini Malaysia mengambil pendirian yang berbeza dengan Turki , Rusia dan China [ yang menetang tindakan Amerika ke atas Iran termasuk Ahli majlis Keselamatan PBB yang lain seperti Brazil dan Lubnan dijangka mengambil sikap yang serupa ] apabila [ Malaysia ] secara terbuka menyokong dasar Amerika terhadap Iran .

7. Sebelum ini Malaysia sekurang - kurang mempunyai sikap yang tidak berpihak kepada Amerika sebagai sebuah negara kuasa besar yang menjadi sekutu rapat Israel itu ,terutama dalam isu melibatkan kepentingan negara Islam dan ummatnya di peringkat antarabangsa , seperti isu Palestine dan penindasan ke atas ummat Islam .

8. Segala sikap dan dasar itu berubah secara drastik sejurus Malaysia mendapat khidmat rundingan imej berbayar dari sebuah Syarikat Konsultan bertaraf antarabangsa [ APCO Worldwide ] , sebuah syarikat yang panel penasihatnya ialah

Doron Bergerbest-Elion [mantan Ketua Keselamatan Kerajaan Israel]
Shimon Shein [ mantan Duta Israel ke German ] dan
Itamar Rabinovich [ mantan Duta Israel ke Amerika Syarikat ] .

9. Benarlah apa yang saya tegaskan sebelum ini , apabila Malaysia mendapat nasihat dan khidmat runding imej dari syarikat konsultan yang mempunyai hubungan erat dan intim dengan Israel maka sudah tentu yang dikonsult itu akan dibentuk pemikiran , sikap dan imejnya agar menepati agenda zionis antarabangsa .

10. Hasilnya telah dituai kini apabila Malaysia turut menyekat bekalan minyak ke Iran selari dengan kehendak negara penjajah dunia Amerika Syarikat dan saya difahamkan bahawa Petronas telah mengesahkan penjualan gasolin ke Iran telah dihentikan pada 4 dan 5 march yang lalu .

7 comments:

fajridil adha said...

tak tau la apa nak jadi dgn PM 1 Malaysia ni..sanggup menggadai kehormatan agama, bangsa dan negara demi kepentingan peribadi. [my blog]

Edaran Husna (KT 0386368-K) said...

Pada pandangan saya ustaz, APCO @ Zionis tak perlukan duit MALAYSIA, tp mereka nak jadikan MALAYSIA hamba PROJEK MEGA(new world order) mereka.

Si Musuh tahu segalanya2 tentang kesalahan dan kelemahan pemimpinan kerajaan sekarang, dan sekrang, mereka mungkin trperangkap dngan permainan musuh. (Hidup dalam ugutan)


Asalnya hanya transaksi peniagaan, tapi bertukar kepada PERJUDIAN dan UGUTAN (

nik muaz said...

Bukan kah ketua pembangkang yang menjadik etua kepada tuan2 semua itu ditaja sepenuhnya oleh Amerika yang sememangnya god father Israel...

Rentikan la Hassan...telunjuk lurus kelingking berkait...

it's peng said...

Mungkin ustaz boleh baca kenyataan Datuk Najib tentang hal ini di Malaysiakini. Semoga ustaz tak tersebar fitnah. Amen.

Ketua Cawangan PAS said...

Salam,
Sila tarik balik artikel ini kerana ia mempunyai beberapa (banyak) kenyataan yang tidak berdasar fakta tepat. Kalau dibiarkan hanya akan memalukan PAS dan diri anda sendiri sahaja.

APCO konsultan Yahudi bukan APCO Association of Public-Safety Communications Officials. Mereka berdua adalah dua pertubuhan yang berbeza dengan matlamat berbeza. Sesiapa sahaja boleh menyiasat dengan mudah di google!!!

Najib telah menjelaskan kes Malaysia memberhentikan penghantaran minyak kepada Iran dan kenyataannya yang disalahlapor oleh media Barat tentang pendirian Malaysia terhadap Iran. Sila Ustaz carikan di mana kenyataan rasmi yang mengatakan Malaysia menyokong tekanan ke atas Iran. Tiada satupun boleh dijumpai.

Sehingga perkara ini disahkan dengan penyiasatan Ustaz sendiri, usahlah disensasikan kerana Ustaz telah menyebarkan maklumat yang tidak disahkan. Anda adalah Ketua Pemuda Pusat PAS. Orang beragama da berilmu lagi. Jangan malukan PAS. Siasat dulu kerana berita dan cerita zaman kini disebarkan oleh orang fasik.......

Artikel Ustaz telah di pickup oleh TheMalaysianInsider. Beribu-ribu orang lawat site popular ini. Amaran.

Anonymous said...

bagaimana pula pendapat anda megenai MP australia Mr Michael Danby (MP yg menyokong ketua pembakang) bukankah dia juga menyokong Israel? Antara jawatan beliau ialah:

Other Positions
Deputy Chair, Australia/US Parliamentary Friendship Committee.
Secretary, Australia/Israel Friendship Group.
Chair, Parliamentary Friends of Tibet

adakah ini tidak membahayakan Malaysia juga. Tetapi isu ini tidak diketengahkan oleh pihak Pemuda PAS. kenapa ini berlaku?

Anonymous said...

alhamdullilah tantawi iktiraf najib pemmimpin islam. taat kepada pemimpin adalah wajib, walaupun kita rakyat singapura.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive