Siasah Kita di Hulu Selangor
1. Semua anggota pemuda PAS [ ahli dan pimpinan ] telah dikerah turun bertugas dan berjuang di P094 Hulu Selangor bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat [ Zaid Ibrahim ] mewakili Parti Keadilan Rakyat .
2. Atas semangat dan akhlak kita bertahaaluf siasi [ kerjasama politik ] , biarpun ia bukan calon dari parti kita sewajarnya kita bekerja dan membantu laksana ia dari parti kita sendiri . Justeru sekali - kali kita tidak boleh memberi ruang kepada Barisan Nasional mendekati jumlah 2/3 majoriti penguasaan mereka di parlimen .
3. Ia tidak hanya berpaksi kepada kepentingan politik lantaran politik hanya alat . Apa yang paling penting ialah perjuangan kita untuk menghalang UMNO dan BN berkuasa dan memperkukuhkan kuasa mereka di Parlimen.
4. Andai diberi peluang UMNO dan BN memperkukuhkan kuasa mereka di Parlimen kelak , ianya akan menjadikan mereka lebih angkuh dan sombong . Ia juga kelihatan seperti kita terus membenarkan segala penyelewengan , penyalahgunaan kuasa , rasuah dan 1001 mungkar Barisan Nasional yang sekian lama telah didedah serta dibongkar .
5. Turun ke medan pilihanraya atas tujuan menghalang kemaraan UMNO dan BN memperkukuhkan kuasa mereka di Parlimen adalah sebahagian dari perjuangan kita [ an nahyu a'nil mungkar ] dan ianya satu ibadah suci . Sungguhpun peribadi calon Pakatan Rakyat di P 094 teruk dipertikai oleh blogger - blogger yang pro Barisan Nasional , perlu disedari bahawa UMNOlah yang bertanggungjawab mengheret saudara Zaid Ibrahim terperangkap dalam situasi yang sedemikian seketika dulu .
6. Saya yakin dan percaya , andai Zaid Ibrahim sedari awal lagi tidak bersama dengan UMNO dan BN beliau tidak akan terjebak dalam situasi mungkar yang sedemikian rupa . Nyata UMNO dan BN tidak menawarkan penghayatan agama yang baik kepada anggota mereka . Kemungkaran itu hanya dilihat salah apabila individu terbabit bertindak keluar dari UMNO dan BN .
7. Kini Zaid Ibrahim bersama Pakatan Rakyat . Beliau mendekati Tok Guru dan sering menghadhiri pentas bersama dengan pimpinan PAS selain PKR dan DAP . Hasilnya , beliau kini dengan berani mengakui bahawa beliau telah memohon maaf [ ampun ] atau taubat kepada Allah swt . malah beliau juga tidak lagi mengulangi kesilapan lalu . Ertinya mudah - mudahan beliau telah menemui "jalan pulang" yang benar dan selamat .
8. Nabi saw pernah menyebut bahawa semua anak Adam berdosa dan sebaik - baik orang yang berdosa ialah orang yang bertaubat [ kesal dan tidak lagi mengulangi kesilapan lalu ] . Sementara pintu taubat belum ditutup , Allah swt senantiasa berbangga dengan hambaNya yang bertaubat . Justeru inilah calon pilihan terbaik berbanding UMNO dan BN yang jelas kelihatan terus mempertahankan kemungkaran yang mereka lakukan .
9. Seperkara yang utama perlu saya tegaskan di sini buat semua pemuda , setelah kita menyedari bahawa kita perlu menang dan kemenangan yang kita mahu capai bukan untuk memuaskan nafsu tamakkan pengaruh dan kuasa , sebaliknya kerana mahu melunaskan cita - cita suci menegakkan keadilan , kesaksamaan , kesejahteraan dan keharmonian serta memastikan syariat serta syiar Islam terpelihara dan mampu didaulatkan , maka :

- bertugas dan berjuanglah dengan ikhlas dan tulus .
- hubungkan diri dengan Allah seraya mengharap pertolonganNya
- jaga akhlak dan etika berkempen justeru ia satu dakwah
- tampilkan ketinggian budi dan ketulusan hati
- jauhkan diri dari provokasi dan kawal emosi
- fahami pilihanraya juga adalah sebuah perjuangan
- bezalah diri dari penampilan dan pendekatan musuh
- elakkan fitnah dan bercakap bohong
- bertindak benar dalam tindakan dan perkataan
- senantiasa bersedia dan mematuhi arahan pimpinan
- pergaduhan dan mencetus keganasan [ provokasi ]
- caci maki dan sorak sorai yang tidak bermoral / akhlak
- menabur fitnah dan melakukan perbuatan khianat
- mengganggu ketenteraman awam dan meresahkan pengundi
4 comments:
Ustaz, apa hal dengan isu yg byk datang dari kelantan ni?
Kickdefella
Biar betul kickdefella ni?
Camna Kicdefella boleh akses banyak dokumen rahsia?
betul ke semua dakwaan dia?
siapa kickdefella? bukan ke dia pernah kerja bawah husam?
Ustaz boleh ulas tulisan saya berkaitan website puteri umno yang secara terang mempaparkan ayat al-quran yang salah.
http://cakap-lepas.blogspot.com/2010/04/website-puteri-umno-hulu-selangor.html
salam kekanda ustaz hassan, moga sihat sejahtera serta afiat dari ALLAH berkekalan.
>Lee
kita kalo dgr suara2 yang bukan daripada ahli kita perlu berhati-hati.
Konsep tahaaluf siyasi ni
hanya akan memperpanjang usia sekulerisme
Atas nama tahaaluf siyasi
yg haram boleh jadi halal
yg halal jadi haram
kawan jadi lawan
lawan jadi kawan
sesama islam di hina dan kutuk
org kafir dan fasik yg jelas-jelas kafir dan fasik disanjung-sanjung
sampai bila ?
Post a Comment