HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, May 4, 2010

Hina Islam : Saya Cabar Kafir Bangga Debat

1. Siang tadi saya dihubungi oleh seorang rakan wartawan yang memaklumkan mengenai kewujudan akaun laman sosial [ facebook ] yang menghina Islam secara melampau dan keterlaluan .

2. Akaun ini boleh diakses pada : http://www.facebook.com/home.php?#!/profile.php?id=100001026529844&v=wall&ref=search

3. Saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak pernah menghalang kebebasan bersuara terutama melalui laman sosial terbuka seperti facebook dan lainnya . Tetapi mereka sekali - kali tidak berhak untuk menggunakan peluang dan kesempatan itu untuk menghina peribadi dan agama lain .

4. Perbuatan pemilik akaun facebook " Kafir bangga " kini terlalu biadab dan kurang ajar memperlekeh agama dan nabi Muhammad saw.

5. Entah apa dendamnya terhadap Islam saya tidak pasti tetapi menghina dan mempersenda agama Islam dengan berselindung disebalik nick name memang suatu yang sangat dikesalkan malah tidak keterlaluan saya tegaskan disini bahawa pemilik akaun ini seorang yang sangat naif dan dayus .

6. Jika rasa tidak puas hati terhadap Islam , kenapa tidak memilih jalan untuk berhujjah andai beliau rasa benar dengan segala dakwaan tersebut . Sila tampilkan diri dan kita berhujjah kerana kebenaran Islam tertegak dengan hujjah . Saya sedia tampil berdepan dengan pemilik akaun facebook " Kafir bangga " demi mempertahankan kesucian agama Islam . Andai saya kalah dan tewas hujjah , insyaallah di belakang saya puluhan , ratusan malah ribuan lagi cerdik pandai Islam yang akan bangun menjelaskan kekeliruan yang dihadapi oleh beliau .

7. Apa yang penting ialah berhujjah dengan ilmiah bukan dengan emosi , kata keji dan hina yang kemudiannya bersembunyi di sebalik nick name yang tidak diketahui wajah sebenarnya .

8. Sekiranya Kafir Bangga masih berasa bangga dengan penghinaan yang dilakukan terhadap Islam dan enggan untuk tampil menyahut cabaran saya untuk berhujjah , saya mendesak supaya pihak yang bertanggungjawab seperti JAKIM dan Kabinet mengambil tindakan tegas kepada pemilik akaun laman sosial yang maksudkan ini .

9. Antara pihak yang mesti segera mengambil tindakan ialah Suruhanjaya komunikasi dan Multimedia agar mengesan pemilik akaun celaka seperti ini untuk diambil tindakan terhadap pemegang atau pemilik akaunnya untuk diseret ke muka pengadilan justeru penghinaan adalah sebahagian dari kesalahan yang tidak boleh di maafkan begitu sahaja . Jika perlu , boleh sahaja kerajaan menggunakan khidmat interpol bagi mengesan pemiliknya . Andai masih juga gagal atau tidak boleh mengesannya , tunggu sahajalah Allah swt bertindak ke atas pemiliknya .

10. Malaysia mestilah lahir dan tumbuh sebagai sebuah negara yang harmoni dan masyarakatnya saling hormat menghormati sekalipun berbeda agama dan cara berfikir . Menghina dan mempersenda adalah satu kedurjanaan yang tidak sepatutnya berlaku lantaran negara kita masih kaya dengan kaedah untuk mengatasi kekeliruan dan salah faham yang wujud antara satu sama lain . Hanya manusia yang hilang aqal dan rosak jiwanya suka mengambil langkah gila dan tidak matang seperti ini .

15 comments:

joegrimjow said...

ustaz dah tengok die punye video kat youtube
pasal israk mikraj
tu lagi jelas penghinaan die

entah
jadi berleluasa pulak sekarang benda macam ni!


kalau ada tindaka berat dibuat
satu kali dah cukup untuk golongan celaka ni duduk dalam selimut je

Unknown said...

x payah layan la die tu ustaz,dari segi video die kat youtube,bkn nye die tu org xtau tp saje nk provoke,agenda belah sane nak bg belah ni naik angin

Jemaah Usrah said...

Salam Ustaz,
Jgn Melatah.
Saya pasti benda ini bukan dibuat oleh org perorangan.
Ini adalah dibuat oleh UMNO/BN pasal baru2 ini ada laporan di Aljazeera dan BBC yg mengatakan kebebasan bersuara kat Malaysia jatuh pada tangga 131 dunia. Memalukan.
Lalu UMNO/BN buat benda ini supaya kita org2 Islam melatah dan UMNO nanti konon jadi juara org ISLAM dlm isu2 seperti ini. lalu kita akan termakan oleh hujah UMNO yg PAS dan UMNO kena bersatu.
Ini UMNO yg buat, youtub tu pun baru jer upload kan.
Non Muslin takkan berani buat benda tu

Anonymous said...

orang UMNO lah agaknya tu ya ust.

Anonymous said...

KB dah delete account dah...bacul

Anonymous said...

AL-ISLAMU YA'LU WALA YU'LA 'ALAIH

Anonymous said...

salam.. saudaraku sekalian.. kafir bangga telah pun delete semua post video termasuk account facebook beliau.. di harap kita sama2 mendoakan beliau terus mendapat hidayah AllahSWT.. apa yang sy terharu dan bangga adalah ramai umat islam di malaysia sentiasa alert tentang perkara ini.. ini telah membuktikan bahawa islam tetap disanjung tinggi oleh penganutnya..
walaupun ada sesetangah pihak yang hujahnya terlalu keanak-anakan.. tapi ramai juga yg bersimpati dan sensitif tentang perkara ini.. teruskan lah perjuangan islam dibumi malaysia ini.. sesunggunya AllahSWT akan terus membantu pada umatnya yang terus perjuangkan agamaNYA.. wassalam.. ALLAHUAKBAR!!

Anonymous said...

kafir bangga bkn org ummo or mana...aku yg hack die aku tau...die seorang pelajar dari INSted...tp d sebab kn satu family die cm tu..die pn terikut same..jgn suke berburuk sgka kepada org lain...nama kafir bangga amir othman...melayu lg tu..family die duduk dekat2 dgn german...so stop hating each other..yg untung org lain...(dismis student of IIUM)

Anonymous said...

Jemaah Usrah: Jangan buruk sangka trhadap mana2 pihak. Lebih baik ambik langkah yg lebih selamat. Husnudzon. Banyakkan istighfar.

Astaghfirullah al-adzeem..

Syafiq50 said...

Dalam YouTube tu bg lagi benda yg menghina Islam... bukan yg ja... kalau nak menjawab mmg x menang buat haus keyboard ja... lg pulak bukan mamat ni sorang... seluruh dunia ada duk buat kerja mcm ni... org putih ada arab ada pendek kata semua ada...

kalau mereka benar-benar bijak nak berhujah, mereka mesti berhujah secara terbuka...

SAYA NAK salahkan kerajaan sbb bg silibus Islam x cukup... harap nak lepas fardhu ain mana boleh... orang la bukan duduk kampung mcm dulu... la dah global... Ilmu Islam pun kena la ngaji bg bnyk...

BiaQ pi la... depa ni duk hinganQ kot jauh ja... nak bg sakit ati kita...

Anonymous said...

Dalam YouTube tu bg lagi benda yg menghina Islam... bukan yg ja... kalau nak menjawab mmg x menang buat haus keyboard ja... lg pulak bukan mamat ni sorang... seluruh dunia ada duk buat kerja mcm ni... org putih ada arab ada pendek kata semua ada...

kalau mereka benar-benar bijak nak berhujah, mereka mesti berhujah secara terbuka...

SAYA NAK salahkan kerajaan sbb bg silibus Islam x cukup... harap nak lepas fardhu ain mana boleh... orang la bukan duduk kampung mcm dulu... la dah global... Ilmu Islam pun kena la ngaji bg bnyk...

BiaQ pi la... depa ni duk hinganQ kot jauh ja... nak bg sakit ati kita...

muslimat said...

sokong dgn dismis student iium....selagi tak ada bukti jangan bebankan kesalahan pada sesiapa dan golongan mana pun...itu akhlak yg tidak baik dan mendedahkan kita kepada perbalahan yg tiada asas. Serang kesalahan pada batang tubuh yg buat kesalahan dulu....

kafir bangga memang keterlaluan dan dah tahap 'murtad'tu. padanya...nampak jahil dan tidak siuman.

Anonymous said...

Amir Othman?

http://nt2hsulm.tumblr.com/page/2

Budak ni perlu bimbingan...
Semoga Allah bagi dia hidayah utk bertaubat...

Anonymous said...

itu anjenk namanye lala jangan lyan

Wan Solehah al-Halbani said...

Salam,

Lihatlah wahai bangsaku! Orang-orang kafir terang-terang menghina kita! Allah mengingati kita bahawa orang-orang kafir akan membununh kita setelah mereka berkuasa nanti (60:2). Allah memerintahkan kita supaya membunuh mereka dahulu sebelum mereka sempat untuk membunuh kita (8:60).

Sebelum kita boleh membunuh mereka, kita hendaklah melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi untuk menghapuskan kerajaan demokrasi kita yang kafir ini untuk digantikan dgn kerajaan Allah ( 2:193, 251; 22:40;8:60).

Wahai bangsaku! Tinggalkanlah UMNO dan PAS kerana kedua-duanya ini adalah parti-parti politik yang kafir kerana mereka mengamalkan agama demokrasi yang kafir. Perkara-perkara 43, 44 dan 161 Perlembagaan Negara menjadikan negara kita ini sebagai Negara Kafir kerana :

1. Mengikut perkara 44, undang-undang negara kita adalah dibuat oleh manausia (12:40);

2. Mengiktu perkara 43, undang-undang yang dibuat oleh manusia ini adalah dijalan dan dikuat kuasakan ke atas manusia yang mewujudkan sistem manusia menjadi hamba kpd manusia (5:44);

3. Mengikut perkara 161, undang-undang yang dibuat oleh manusia adalah ditaati oleh manusia yang bererti manusia menyembah manusia (9:31).

Demokrasi adalah agama, iaitu agama manusia yang kafir kerana ianya adalah terdiri dpd Aqidah, Syariat dan Akhlaknya yang tersendiri:

1. AQIDAH DEMOKRASI adalah ciptaan manusia yang selain daripada Allah yang terdiri daripada Uluhiyah dan Rububiyah MANUSIA :

i. Rububiyah Manusia bererti para pemerintah itu adalah TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana mereka mempunyai HAK dan KUASA ke atas Kedaulatan, Otoriti dan Undang-undang dan mereka mempunyai HAK untuk MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA KUASA MANUSIA;

ii. Uluhiyah Manusia bererti para pemerintah itu adalah TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana segala kedaulatan, otoriti dan undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh para pemerintah itu adalah DITAATI dan DIPATUHI oleh golongan manusia yang diperintah;

2. SYARIAT DEMOKRASI yang terdiri daripada segala PERATURAN dan UNDANG-UNDANG yang dibuat dan diluluskan oleh parlimen (fasal 44 Perlembagaan Negara) adalah ciptaan manusia yang selain daripada Allah;

3. AKHLAK DEMOKRASI yang wujud dan berkembang di bawah kekuasaan dan undang-undang manusia adalah mengikut neraca-neraca dan nilai-nilai manusia yang dikuatkuasakan oleh peraturan dan undang-undang manusia.


UMNO dan PAS adalah kafir kerana :

1. Mereka mengamalkan agama manusia yang kafir (3:85);

2. Mereka mewujud dan mengamalkan sistem pengabdian manusia kpd manusia (5:44);

3. Mereka mewujud dan mengamalkan sistem manusia menyembah manusia(9:31).

Ingatlah bahawa para pemimpin kita dpd PAS, UMNO dan PKR serta Raja-Raja Melayu kita kesemuanya adalah talibarut Yahudi!

Kembalilah kpd Islam. Ingatlah bahawa Allah melarang kita dpd mengamalkan agama demokrasi yang kafir ini dan bagi kita yang mengamalkannya Allah akan menghumbankan kita ke dalam neraka (35:10)! Allah memerintahkan kita agar kita mendirikan Negara Islam melalui Jihad, Perang dan Revolusi(2:193, 251; 22:40). Jadikanlah agama Islam kita ini sebagai agama yang terkuat dan paling berkuasa di bumi yang mengatasi seluruh orang kafir di dunia dgn Jihad, Perang dan Revolusi (9:33).

Sekian, terima kasih.

Paiso Awang Zari
Padang Halban

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive