
Tahniah kerana memenangi hadiah bola ni .. Adik sokong pasukan mana perlawanan Bola sepak Piala Dunia nanti ? Saya tetap sokong pasukan Malaysia ustaz !!

Ustaz ... tolong tandatangan atas bola yang saya menangi nih !
Kami nak main bola ustaz , kami tak nak main judi ..... Alhamdulillah

Hah , siapa nak lawan ustaz main bola nih ! marilah .. jangan ingat ustaz tak pandai main bola .
Kita suka main bola , kita benci judi . Kerajaan tak faham ker ?

Bersama pasukan dari Akademi Bolasepak Selayang . Bakal membawa Malaysia ke Piala Dunia akan datang insyaallah .

Pesan Tok Guru ... Renggo mempersembahkan beberapa buah lagu yang menarik . Dapatkan Album rock beliau ,
Pesan Tok Guru ....

Ketua Dewan Penyokong PAS Kawasan Selayang

Bukan menyanyi ni walau didesak oleh audien untuk saya menyanyi , terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya . Saya boleh menyanyi , cuma saya bimbang hujan turun malam tu , susah pulak auiden nanti .

Ingat tuan - tuan . Islam tidak larang kita bersukan . Nak main bola , nak tengok perlawanan bola , tidak mengapa tetapi apa yang kita tidak mahu ialah Judi .... sampaikan mesej ini kepada kerajaan UMNO dan BN .
Katakan Ya untuk Bola dan Katakan tidak kepada Judi
Ceramah atas lori . Fuiuhh ! Lori pun lori lah . Tuan - tuan Mari kita tolak kerajaan yang tiada agama ini . Justeru tiada agama yang menghalalkan judi .

Sahabat kita ni Kurang upaya anggota matanya tetapi hati , semangat dan ingatannya berkeupayaan tinggi untuk terus berjuang menolak UMNO dan BN . Ayuh tolak UMNO dan BN , kalian tak nampak lagi ke kerosakkan yang sedang UMNO dan BN cipta hari ... hai sahabat ni boleh nampak biarpun beliau seorang yang hilang penglihatan zahirnya . Penglihatan mata hatinya terang dan cerah .

Renggo , demo kena mari menyerikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Kelantan nanti . Sedap - sedap lagu demo . Rock tetapi Zouk ...menyentuh rasa dan memupuk insaf . mari jangan tak mari ... ala fikir apa lagi.... pemuda PAS sedia beli album baru demo tuh ....

Siap sedia untuk ke Pusingan akhir Pertandingan Bolasepak Piala Dunia . Bukan sebagai pemain tetapi sebagai penonton ... aduss , jangan marahhhh deh !

Adik - adik dari Akademi Bolasepak Selayang sedang menunjukkan kemahiran dan penguasaan menimbang bola untuk kempen
Katakan Ya untuk Bola dan Katakan Tidak Kepada Judi
2 comments:
lu ni kan mesti o komen. nak published yang memujim je ke.
mantaplah ustaz. baru ketua pemuda PAS!!
Post a Comment