HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, May 4, 2010

MCA dan GERAKAN ditunjuk Pintu Keluar

1. Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) menyarankan agar Malaysian Chinese Association (MCA) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) menarik diri daripada menjadi komponen di dalam Barisan Nasional (BN).

2. Kebelakangan ini, beberapa pimpinan United Malaysian Nasional Organization (UMNO) sudah mula mempertikaikan ‘jasa’ MCA dan GERAKAN selama ini. MCA dan GERAKAN dilihat menjadi punching bag dalam Barisan Nasional .

3. Terbaru, kenyataan daripada Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Dalam Negeri, Dato’ Hishammuddin Tun Hussein Onn ketika merasmikan Mesyuarat Kelompok 33 caw. UMNO Bahagian Cameron Highlands di Sg.Koyan baru-baru ini. Beliau berkata bahawa MCA harus membuktikan bahawa parti tersebut masih releven untuk masyarakat cina.

4. DPPP berpendapat bahawa kenyataan beliau itu bolehlah dikategorikan sebagai ‘alasan pelepas diri’ kerana sebagai salah satu parti komponen dan juga merupakan kerajaan yang memerintah, sepatutnya UMNO harus duduk bersama dan berbincang bagaimana untuk memantapkan lagi parti serta menarik kembali sokongan daripada kaum cina kepada BN bagi menghadapi pilihan raya akan datang bukannya menghentam dengan berbagai alasan serta hanya menyalahkan satu pihak sedangkan undi melayu juga banyak memihak kepada Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P094 Hulu Selangor yang baru lalu.

5. Sedangkan kalau dilihat sebelum ini terutamanya ketika PilihanRaya Umum (PRU) 1999, UMNO sendiri bergantung kepada undi cina atau bukan melayu untuk terus menjadi kerajaan. Dan ketika itu MCA dan GERAKAN dilihat tidak pula menuding jari menyalahkan UMNO sebaliknya bertindak secara profesional walaupun pada dasarnya mereka boleh menyerang kepimpinan UMNO yang diterajui oleh Dr. Mahathir Mohamad.

6. Bukankah pengundi cina lebih peka kepada isu-isu semasa yang boleh dikatakan berpunca daripada kerajaan BN sendiri seperti kes APCO, keselamatan, jenayah, rasuah dan banyak lagi? Adakah hanya MCA dan GERAKAN sahaja parti di dalam BN? Bukankah UMNO sebagai parti tunjang kepada BN? Mengapa UMNO tidak mahu melihat ini berpunca daripada kelemahan mereka sendiri?

7. DPPP merasakan sudah sampai masanya MCA dan GERAKAN memikirkan langkah-langkah yang perlu diambil dengan melihat apa yang telah berlaku mutaakhir ini. Sudah sampai masanya mereka mengambil jalan keluar daripada BN dan menubuhkan parti baru iaitu gabungan MCA dan GERAKAN bagi menawan kembali sokongan kaum cina dinegara ini.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive