1. Gerakan Rakyat Membantah Judi [GMJ] akan mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Tak Nak Judi dengan maklumat seperti berikut :
3 Julai 2010 [ sabtu ] Jam 2.00 Petang Perkarangan Masjid Negara KL .
2. Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan seluruh anggotanya hadir beramai - ramai untuk memberi sokongan padu kepada usaha dan kempen Tak Nak Judi anjuran Gerakan Rakyat Membantah Judi [GMJ] bersama 60 Ngo yang menjadi anggota GMJ.
3. Selayaknya jua bagi seluruh rakyat tanpa mengira kaum , bangsa dan agama bangkit dengan penuh kesedaran untuk menyertai kempen ini dengan 3 objektif utama demi kesejahteraan negara dan rakyat :
4. Rakyat sewajar memiliki keazaman tinggi untuk membebaskan negara dari judi yang pastinya membawa kesan atau implikasi buruk kepada masa depan generasi kita akan datang sekaligus meruntuhkan peradaban dan sistem sosial negara . Bertolak dari keazaman tersebut , saya menyeru kepada semua agar hadhir beramai - ramai ke Majlis Pelancaran Kempen Tak Nak Judi dan sebagai gimik pelancaran , sticker menarik "Sayangi Keluarga : Tak Nak Judi" akan diedarkan secara percuma.
1. Vincent Tan mengamuk marahkan Pakatan Rakyat kononnya menjadi punca pihak kerajaan terpaksa menarik balik lesen judi sukan yang telah dijanjikan penganugerahannya kepada Berjaya Group .
2. Saya tidak hairan dengan amukan Vincent Tan yang menyalahkan Pakatan Rakyat kerana beliau adalah seorang yang terkenal sebagai Tauke Judi Negara . Judi adalah perniagaannya dan judi juga adalah kehidupannya.
3. Apa yang menghairankan saya ialah alasan Datuk Seri Najib dalam jawab balas media ketika ditanya kenapa beliau menarik balik lesen judi tersebut . Datuk Najib memberi beberapa alasan , antaranya ialah kerana mengambil kira faktor agama , pandangan rakyat dan kepentingan politik.
4. Secara positifnya saya bersyukur jika ia adalah alasan yang benar - benar melandasi tindakan beliau walau agak "ketinggalan keretapi" justeru agama bukanlah hari ini mengharamkan judi tetapi sejak ribuan tahun yang lalu . Sekurang - kurangnya UMNO kini mula mengambil kira soal agama setelah sekian lama agama sering dipinggiran sempadan parti UMNO , hanya diambil dan dibuang bila perlu .
5. Andai benar alasan - alasan itu mengasaskan tindakan UMNO kini , maka wajarlah UMNO dan BN merancang secara sistematik untuk menghapuskan semula segala maksiat dan mungkar yang telah didirikan sejak lebih 50 tahun mereka memerintah negara ini . Sekurang - kurangnya untuk melihat 50 tahun akan datang , negara kita menjadi negara sifar maksiat dan mungkar yang dianjur dan diluluskan oleh kerajaan .
6. Saya insaf , membasmi maksiat dan mungkar yang telah berakar umbi dalam masyarakat kita hari ini perlukan masa dan tindakan terancang serta berkesan . Persoalannya ...... apakah plan tindakan untuk Amar makruf dan An Nahyu A'nil Mungkar ini dilaksanakan dalam kerajaan UMNO dan BN ?
7. Umum melihat hari ini , maksiat dan mungkar kian bertambah dan implikasinya juga semakin parah . Peningkatan indeks jenayah , seks bebas , gejala buang bayi dan keruntuhan moral dari kalangan remaja semakin tenat . Bagaimana plan kerajaan untuk menanganinya ?
8. Lambakan filem yang tidak bermoral malah melepasi sistem tapisan filem di penyiaran negara , aktiviti hiburan melampau tanpa had dan batas , sistem pendidikan yang rapuh dan tidak melahirkan insan yang soleh serta iklim sosial yang tiada kawalan halal haram oleh pihak berkuasa terus menjadi baja yang menyuburkan pertumbuhan maksiat dan mungkar dalam negara ini .
9. Kerajaan boleh mulakan dari perkara yang telah menjadi persepakatan antara agama seperti pengharaman judi . Selain semua agama menolak judi , kesan langsung judi kepada sosial rakyat dan negara kita juga parah dan membimbangkan . Kerajaan tidak perlu teragak - agak untuk menghapuskannya sebagaimana nekadnya tindakan kerajaan membatalkan lesen judi sukan baru - baru dengan alasan mengambil kira faktor agama . Tiada beza hukum agama pada judi suka dan judi mesin slot serta judi lumba kuda dan lainnya .
10. Saya menyokong tindakan Gerakan Membantah Judi [ GMJ ] yang dianggotai oleh 60 ngo untuk meneruskan Himpunan 3 Julai 2010 biarpun kerajaan UMNO dan BN membatalkan lesen judi sukan tempohari sebagai untuk mengekalkan momentum kesedaran rakyat menolak semua jenis judi .
11. Himpunan 3 Julai ini bukan lagi demonstrasi atau perarakan menuju istana negara tetapi Himpunan Tak Nak Judi di Masjid Negara bagi mendengar ucapan ,taklimat dan penjelasan para pemimpin ngo dari GMJ termasuk pemimpin parti politik yang menolak semua jenis judi . Sebagai contoh Naib Setiausaha Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Goh Kean Seng, wakil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Ser Choog Eng dan dari Budayawan Bertindak, Lee Ban Chen adalah antara tokoh - tokoh yang membantah semua jenis judi dari terus diberi ruang bebas beroperasi dalam negara kita .
12. Semasa muktamar PAS ke 56 berlangsung dulu , UMNO kecoh kata PAS hanya haramkan judi sukan lalu menuduh PAS sebagai hipokrit . Hari ini kita buktikan , bahawa PAS tidak hipokrit dan bukan sebagaimana yang didakwa , sebaliknya kita mempunyai komitmen yang tinggi untuk terus berjuang membasmi semua jenis judi maksiat dan mungkar . Justeru itu , sekali lagi Dewan pemuda PAS menyatakan sokongan kepada hasrat GMJ untuk meneruskan himpunan 3 Julai dengan menukar Format menjadi Himpunan Tak Nak Judi.
Segala puji bagi Allah swt, Tuhan Yang Maha Mengasihani dan Menyayangi hamba-hamba-Nya. Dialah Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia berbanding manusia itu sendiri. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang sangat kasih kepada umatnya. Baginda sentiasa merasa begitu berat melihat penanggungan umatnya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.
Yang Berhormat Dato’,
Terlebih dahulu saya berdoa agar Allah s.w.t memberi keterbukaan di hati Dato’ sewaktu membaca surat ini seperti mana saya cuba membuka hati saya sewaktu menulisnya. Saya penuh sedar bahawa saya bukanlah insan yang tidak berdosa, tetapi saya yakin Dato’ sedia maklum bahawa dosa-dosa kita sama ada yang terdahulu, kini dan masa akan datang tidaklahwajar menjadi penghalang untuk kita mengingatkan sesama muslim.
Maka atas dasar itulah saya memberanikan menulis surat ini. Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.” [HRMuslim]. Dalam riwayat lain disebut, “dan di luar itu, sudah tidak ada lagi sebutir keimanan pun”.
Surat ini ditulis dengan tujuan menyatakan pendirian saya terhadap isu lesen judi bola sepak yang telah diluluskan oleh Kerajaan baru-baru ini. Mudah-mudahan dengan misi surat ini Dato’ sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal agama, akan memikirkan dan bertindak dengan wajar, bijaksana dan penuh berhati-hati terhadap hak Allah dan hak sesama manusia.
Saya memilih menulis surat ini secara terbuka kerana media cetak dan elektronik aliran perdana lebih berminat membesar besarkan isu seperti pernikahan yang menyalahi undang-undang syarak walaupun ianya telah menepati hukum ALLAH. Mereka seolah-olah mendapat arahan untuk melenyapkan pandangan dan teguran-teguran yang tidak menyokongtindakan Kerajaan meluluskan lesen judi tersebut.
Ini terbukti apabila saya selaku Naib Presiden Pertubuhan Mantan Wakil Wakil Rakyat UMNO ( PAKKU ) mengeluarkan kenyataan akhbar pada 18hb Mei 2010 meminta Kerajaan membatalkan serta merta lesen judi tersebut tidak ada satu pun media cetak dan elektronik aliran perdana mengeluarkan kenyataan tersebut.
Yang Berhomat Dato’,
Sesunguhnya, pertimbangan pengeluaran lesen judi atas alasan untuk mengawal dan mengetahui jumlah wang pertaruhan (seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien) adalah tertolak di sisi Islam. Dalil pengharaman judi adalah qatie’ dan tidak boleh dipertimbangkan lagi. Kawalan seharusnya tertumpu pada usaha kerajaan menyekat judi yang gelap mahupun terang dengan melipatgandakan modus operandi agensi-agensi penguatkuasaan dan mengenakan hukuman yang lebih berat, bukan ‘menghalalkan’nya. Saya ingin bertanya di manakah letaknya kesahihan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bahawa polis sudah mengenal pasti suspek dan lokasi sindiket judi bola itu? Jika demikian, mengapa tidak dihapuskan kegiatan itu sama sekali? Apakah polis tidak berupaya menghapuskan sindiket-sindiket tersebut? Apakah meluluskan lesen judi tersebut merupakan pendekatanterbaik Kerajaan untuk mengatasi ketidakupayaan polis?
Jika itu alasannya maka mengapa tidak Kerajaan menghalalkan sahaja perkara-perkara haram yang lain seperi pelacuran, pengedaran dadah dan lain-lain kemungkaran atas alasan untuk ‘mengawalnya’ pada masa akan datang?. Kita semua tahu samada lesen lesen judi ujud atau tidak, perjudian tanpa lesen tetap aktif.
Kerajaan seharusnya mesti lebih serius, kreatifdan komited untuk membanteras semua perkara haram itu sama ada melalui kaedah dakwah dan tarbiah (pendidikan) mahupun dengan penguatkuasaan undang-undang. Kita seharusnya berfikir ke arah bagaimana hendak menanganinya mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah, bukan mencari jalan yang menyimpang daripada hukum-Nya.
Saya dimaklumkan bahawa kedua-dua mantan Perdana Menteri sebelum ini telah menolak permohonan syarikat tersebut untuk mendapatkan lesen judi ini. Kelulusan lesen judi yang terbaru ini juga menimbulkan persoalan dikalangan ramai apakah keuntungan RM500 juta yang dikaut oleh individu tertentu dalam sekelip mata itu tidak mengalir kepada beberapa pihak lain? Dan apakah ianya juga sebagai ‘pay back’ kepada pihak berkepentingan?
Saya ingin bertanya apakah Yang Berhormat Dato’ selaku Menteri yang bertanggung jawab tentang hal-hal Agama telah turut sama merestui meluluskan lesen judi ini apabila Menteri Kewangan mengemukakan cadangan tersebut. Walaupun jika sekiranya atas sebab-sebab tertentu cadangan tersebut diluluskan tanpa dibincangkan dalam mesyuarat kabinet apakah Dato’ sebagai orang yang jauh lebih arif dari saya tentang hukum ALLAH tidak menyatakan pendirian dan menentangnya habis-habisan?. Rakyat khasnya masyarakat Islam masih ternanti nanti pendirian terbuka Yang Berhormat Dato’ didalam hal lesen judi ini.
Marilah sama-sama kita merenung kembali firman Allah yang telah kita dengar sejak dahulu lagi tentang pengharaman judi ini.
Ertinya : Mereka bertanya kepada kamu ( wahai Muhammad ) tentang arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-Baqarah : 219)
Ertinya ; Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, pemujaan berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dari perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)
Yang Berhormat Dato’
Saya amat terpegun apabila ada teriakan dari organisasi-organisasi bukan Islam termasuk parti DAP yang telah beberapa kali meminta segala bentuk perjudian dihapuskan sama sekali di negara ini di mana Islam adalah agama rasminya. Amatlah memalukan sekali, apabila pada masa yang sama pula Kerajaan yang mana UMNO menjadi tulang belakangnya terus menghalalkan aktiviti yang jelas haram di sisi Islam. Bukankah ini membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri telah melanggar perlembagaan UMNO itu sendiri?
Sehubungan itu, saya menjemput ahli-ahli UMNO menyemak semula buku perlembagaan parti. Di manakah letaknya perjuangan UMNO dalam hal menegakkan Agama Suci ini? Kita patut merasa malu kerana Malaysia adalah merupakan negara yang mempunyai pelbagai jenis lesen judi yang terbanyak di rantau sebelah sini.Percayalah jika ahli ahli UMNO terus mengamalkan sindrom membisu dan mengampu dan pemimpin pemimpinya pula bertindak sesuka hati tanpa mengambil kira hukum ALLAH dan perasaan sebahagian besar masyarakat maka UMNO juga akan menerima nasib yang sama seperti parti parti LDP diJepun, Golkar diIndonesia dan Labour diBritain.
Sebenarnya hati kecil setiap manusia yang cintakan kebenaran dan kedamaian sama ada Islam mahu pun bukan Islam sudah mengakui akan keburukan judi menerusi pengalaman hidup dan juga pemikiran yang waras . Bukankah Islam itu sesuai dengan fitrah manusia?
Sepatutnya kita ‘ berhijrah’ dari yang buruk kepada yang baik, bukan sebaliknya.
Justeru, izinkan saya memetik ucapan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri sempena sambutan Maulidur Rasul 1431 H. baru baru ini.
Berikut adalah petikan ucapanya itu :
“Sebenarnya, sifat-sifat kenabian Baginda iaitu sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana) merupakan ciri-ciri penting untuk mencapai kecemerlangan dan hendaklah dijadikan inspirasi dan diadaptasi bagi memacu meningkatkan ummah yang progresif. Maka sudah tentulah pemimpin-pemimpin masyarakat, pentadbir, golongan profesional dan seluruh umat umumnya perlulah berusaha memiliki sifat-sifat ini dan mencontohi tingkah laku Rasulullah dalam setiap tindakan dan pekerjaan yang kita lakukan.”
Soalnya, apakah tindakan meluluskan lesen judi tersebut boleh disifatkan sebagai mencontohi tingkah laku Rasulullah s.a.w. Bukankah ianya jelas bercanggah dengan saranan yang diucapkanya itu. Bagaimana hendak membolehkan anak ketam berjalan lurus sedangkan bapanya berjalan senget.
Yang Berhormat Dato’,
Pada kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan bahawa satu kemungkaran boleh menjadi ‘mata rantai’ kepada kemungkaran yang lain. Justeru, judi atas apa jua jenis dan bentuknya akan menyebabkan berlakunya beberapa keburukan yang berikut:
i)KUCAR – KACIRNYA INSTITUSI RUMAH TANGGA
Akan berlaku krisis antara suami isteri akibat habisnya wang belanja keperluan rumah untuk berjudi. Anak-anak akan menderita akibat krisis rumah tangga.
ii) BELENGGU HUTANG
Orang yang berjudi tidak pernah senang. Ramai yang terpaksa berhutang kerana memburu kemenangan yang tidak pernah datang. Tidak mustahil ada yang akan kembali mencari Along untuk berhutang.
iii) PERJUDIAN SECARA ONLINE OLEH KANAK-KANAK
Ia sudah pasti akan mendorong kanak-kanak di bawah umur turut terlibat tanpa dapat diawasi
oleh ibu-bapa mereka, apatah lagi kalau ibu-bapa mereka sendiri terlibat. Duit ibu bapa akan di curi jika mereka tidak mencuri di luar. Dalam erti kata yang lain ianya akhirnya akan mendorong kanak-kanak menjadi pencuri dan lain-lain kegiatan tidak bermoral. Sebagai bukti seperti mana yang tersiar dibeberapa akhbar baru baru ini seorang penuntut di Kelang, Selangorberjudi bola sepak antarabangsa melalui online telah mengakibatkan keluarga beliau kerugian RM8 juta. Beliau mula bermain judi tersebut pada umur 16 tahun. Itu baru hanya satu kes sahaja yang dilaporkan.
iv) KUALITI DAN PRODUKTIVITI MENURUN
Budaya berjudi akan menyebabkan kelembapandalam kerja dan usaha kita dalam usaha menjadi negara maju dengan acuan tersendiri. Kalau dulu ada yang leka menonton bola sepak secara keterlaluan, kini keadaan bertambah buruk apabila ketagihan judi bola sepak pula menular. Dan ada yang mula terbiasa dengan cara mencari keuntungan secara singkat dan cepat tanpa usaha dan mempertingkatkan kemahiran diri.
Saya khuatir jika sekiranya Kerajaan terus bertindak dengan rancanganya hendak menghapuskan segala bentuk sabsidi yang dinikmati rakyat selama ini ianya akan memaksa lebih ramai rakyat berpaling kepada perjudian sebagai jalan terdekat mengatasi maasalah kehidupan harian mereka.
Hakikatnya yang untung dalam hal perjudian ini amat kecil dan oleh segelintir individu yang kecil pula. Yang rugi dan menderita akhirnya kelak terlalu ramai di samping kita mendapat kemurkaan Allah.
Itulah beberapa hikmah mengapa judi diharamkan Allah swt. Ia adalah hukum yang telah disepakatisecara Ijmak' oleh para ulama. Malangnya tidak ramai tokoh agama seperti Mufti Perak yang berani menegur secara terbuka tindakan Kerajaan ini. Umat Islam tertanya tanya mengapakah Majlis Fatwa Kebangsaan membisu seribu bahasa dalam perkara yang amat penting ini sepertimana mereka membisu dalam isu Kerajaan membayar RM77 juta kepada Apco, sebuah syarikat Zionis Yahudi yang mana seluruh dunia tahu mereka terus membunuh dan melakukan berbagai jenis kekejaman terhadap umat Islam di bumi Palestin dan merampas Tanah Suci Baitul Muqaddis. Lihatlah apa yang sedang dilakukan oleh regim Israel terhadap misi bantuan kemanusian di Gaza.
Lihat saja pasport antarabangsa kita, hanya sebuah negara saja yang kita rakyat Malaysia tidak boleh lawati ia itu Israel. Apakah mereka ( Majlis Fatwa Kebangsaan ) juga berfungsi seperti media cetak dan elektronik aliran perdana yang seolah-olah telah mendapat arahan tidak resmi untuk menenggelamkan isu judi ini.
Justeru, dengan rendah hati saya merayu agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama melalui Majlis Raja Raja memainkan peranan agar segala bentuk lesen perjudian dibatalkan serta merta. Yang Berhormat Dato’ saya sering mengingatkan diri saya sendiri pangkat, kedudukan dan kemewahan di dunia ini adalah sementara sahaja. Kita semua akan menghadapi-Nya jua suatu masa nanti. Semua pihak tidak kira siapa pun akan dipertanggung jawabkan di mahkamah Allah Khadi Rabbul Jalill.
Saya yakin kita sama-sama akan berpegang kepada peringatan Allah melalui firman-Nya:
“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah mu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung” ( An Nahl : 116 )
Akhir sekali, saya memohon agar Yang Berhormat Dato’ memikirkan juga apakah akibat yang akan berlaku jika kemungkaran judi ini diteruskan oleh pihak yang berkuasa. Saya, Dato’ dan kita semua tidak mahu azab Allah ( bala petaka ) turut terkena ke atas Malaysia yang tercinta ini kerana kealpaan dan kederhakaan kita.
Sabda Nabi SAW,
“Allah tidak menghukum suatu bangsa kerana kesalahan beberapa orang di antara mereka, sampai mereka melihat kemungkaran (dilakukan) di antara mereka, sedangkan mereka mampu menghentikannya, tetapi mereka tidak menghentikannya. Apabila mereka berbuat seperti itu (tidak menghentikan kemungkaran), maka Allah akan mengazab (orang yang melakukan kemungkaran) secara khusus dan (bangsa itu) secara keseluruhan” [HR Ahmad].
Saya akan bersama sesiapa sahaja sama ada individu mahu pun mana- mana organisasi yang menentang segala bentuk perjudian di negara tercinta ini walaupun ianya akan mengundang perbagai kritikan dan tindakan daripada mereka yang berkepentingan. Saya berdoa agar seluruh rakyat sama ada Islam mahu pun bukan Islam tanpa mengira pangkat dan kedudokan dan fahaman politik bangkit bersama menentang sekeras-kerasnya kemungkaran judi ini kerana ianya juga suatu yang amat jelas yang dituntut oleh Agama. Bertindaklah sebelum terlambat.
Untuk Yang Berhormat Dato’, saya doakan agar segala tindakan Dato’ berhubung isu lesen judi ini diberkati Allah s.w.tkerana Dato’juga tidak akan terlepas daripada soalan Munkar dan Nankir seperti saya dan semua yang lain.
Saya ucapkan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat Dato’ membaca seterusnya meneliti isi surat saya ini. Semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayah buat kita untuk menjalankan amanah-Nya sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Amin.
Sekian. Wassalam.
Yang Ikhlas,
TAMRIN TUN GHAFAR
tamrin1107@gmail.com
31hb. Mei 2010
Sk : Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Raja Raja Melayu YAB Datok Seri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO
YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO
1. Kenyataan yang angkuh , sombong dan bodoh ! ... itulah yang boleh kita katakan kepada Tun Dr. Mahathir di atas kenyataan terbarunya berkait sokongan beliau terhadap industri judi dalam negara .
2. Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa : " Jika saya jadi kerajaan , saya luluskanlah [ judi ]..." [klik di sini]
3. Satu kenyataan yang cukup biadab justeru ia bercanggah dengan Islam dan semua agama . Tidak syak bahawa judi adalah musibah dan malapetaka kepada negara dan rakyat.
4. Memang telah diketahui umum bahawa Malaysia telah terkenal sebagai Darul Kasino di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Bermula dari sekecil - kecil judi seperti berlaga ayam sehinggalah judi di puncak bukit dan judi diatas kapal wujud dalam negara kita .
5. Tidak hairan jika Tun Dr. Mahathir begitu teruja untuk terus menyokong industri judi dan perluasannya di dalam negara ini . Lagaknya bercakap tak ubah seperti dia masih Perdana Menteri sedang Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri hari ini jelas kelihatan teragak - agak untuk bercakap soal judi bila berdepan dengan penentangan dari rakyat .
6. Berbeza dengan sikap Tun Dr. Mahathir yang terus mempamerkan kejahilannya yang sukar dididik kepada umum , apabila menyamakan isu judi seperti isu babi yang perlu diluluskan oleh kerajaan untuk bukan Islam dengan alasan ianya tidak haram untuk bukan Islam . Dewan Pemuda PAS mencabar Tun Dr Mahathir menjelaskan agama mana dan agama apa yang menghalalkan judi ? atau agama apa yang dianut oleh Tun Dr Mahathir ?
7. Judi telah ditentang oleh pelbagai agama dan bangsa kerana menyedari kesan buruk dari judi selain ianya turut diharamkan oleh pelbagai agama termasuk kristian , budha dan hindu . Sebagai contoh , judi turut ditentang oleh Naib Setiausaha Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Goh Kean Seng, wakil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Ser Choog Eng dan dari Budaywan Bertindak, Lee Ban Chen . Mereka semuanya bergabung dalam satu wadah Gerakan mebantah Judi GMJ . [ semua mereka adalah chinese dan bukan Islam ]
8. Tidak cukup lagi kah pelbagai jenayah dan keruntuhan akhlak serta kepincangan sosial yang berlaku ekoran industri judi yang kian berleluasa . Sepatutnya sebagai orang tua negara , Tun Dr Mahathir sepatutnya lebih peka terhadap masa depan generasi muda dan keamanan atau kesejahteraan negara . Bukan terus mengheret rakyat khasnya generasi muda terjerumus dalam kancah perjudian yang hanya meletakkan mereka terus bergantung nasib di meja perjudian , tidak lagi menjadi warga negara yang berdikari dan berbakti kepada negara .
9. Negara masih mempunyai banyak pilihan untuk mencari dana dan meningkatkan upaya perolehan hasil negara tanpa menyuburkan industri judi yang turut membawa kesan buruk kepada pertumbuhan insan dan generasi dinamik masa depan . Menyuburkan industri judi ertinya mempertingkatkan usaha untuk membunuh jati diri rakyat dan daya berdikari generasi masa depan negara .
10. Dewan Pemuda PAS menyeru supaya rakyat bangkit dengan tegas dan yakin untuk mendesak kerajaan agar tidak melangsungkan usaha mereka untuk menyuburkan lagi industri judi negara . Judi terbaru ialah melibatkan industri sukan . Selepas ini sukan tidak lagi menjadi riadhah atau aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan pemikiran dan jasad yang sihat sebaliknya menjadi aktiviti yang dipertaruhkan . Pertaruhan inilah akan menghasilkan kesan buruk kepada masyarakat .
11. Pertaruhan sering mendorong berlakunya pergaduhan . Yang menang dilihat menindas yang kalah sementara yang kalah menyimpan dendam tidak berkesudahan . Kekalahan pula membuatkan mereka terdesak lalu mereka akan terjebak dalam kancah jenayah ragut , curi , rompak dan bunuh serta bunuh diri .
12. Perjudian adalah satu penindasan . Hampir tiada yang berjudi menjadi kaya dengan hasil judi melainkan keuntungan besar hanya akan dikaut oleh tauke judi . Bahkan judi memerangkap penjudi menjadi hamba kepada nasib yang tidak menentu tanpa memiliki kudrat untuk bangkit berdikari mencari hasil dari sumber yang halal dengan keupayaan sendiri . Judi melahirkan generasi pemalas dan lemah upaya berdikari .
13. Justeru itu sekali lagi Dewan pemuda PAS menggesa supaya seluruh rakyat prihatin terutama generasi muda untuk turun bersama Gerakan membantah Judi [GMJ] menyertai Himpunan Aman 100K pada 3 hb Julai 2010 dan berarak ke istana negara untuk menyerahkan memorandum kepada Ke bawah Duli Yang diPertuan Agong .
Lampiran fakta - fakta berkait Aktiviti Judi dan Industri Judi yang disuburkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri . ____________________________________________________________________
UMNO hidup kerana wang judi danjudi hidup kerana UMNO
a] Dari sudut ekonomi, judi adalah satu bocoran kepada aliran wang. Lebih 8 billion ringgit dibelanjakan di meja judi di Negara kita, samada judi kasino atau judi mesin slot, judi lumba kuda atau judi empat nombor ekor. Satu jumlah yang besar - lapan billion ringgit.
b] Apabila lesen perjudian diluluskan, alasan yang sama sekali lagi digunakan. Untuk mengelakkan perjudian haram. 'haram' kepada 'halal' sahajalah penyelesaian kerajaan. Berjudi kepada tidak berjudi tidak pernah menjadi satu pendekatan. Seakan-akan Kerajaan bimbang rakyat berhenti berjudi kerana ia merugikan syarikat dan kerajaan.
c] Raja-raja Melayu sebulat suara menentang rancangan penjajah lnggeris rnemulakan penghalalan judi di Negara ini 53 tahun yang lalu. Ini dapat dilihat dalam Minit Mesyuarat Persidangan Rajaraja Melayu ke 11 tlan 12 yang diadakan pada tahun 1950,53 tahun yang lalu. Ketika itu, Negara masih di bawah penjajahan Inggeris.
d] Kasino pertama di Negara kita didirikan di Genting Highland. la diluluskan oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra pada tahun-tahun 1969 - 1970. Pada 31 Mac 1969, Tunku Abdul Rahman meletakkan batu asas pembinaan Highlands Hotel. Kagum di atas kemampuan syarikat Genting Highlands Berhad membina jalan dan hotel tersebut, Kerajaan meluluskan lesen kasino dan perjudian lain kepada Genting Berhad.
e] Pertautan antara industri dosa ini dengan pemimpin UMNO telah dijalin pada hari pertama industri ini dikembangkan lagi. Tan Sri Khir Johari, bekas Menteri Pelajaran yang pertama yang bertanggungjawab melupuskan medium jawi dalam sistem pendidikan Negara kita pula sejak sekian lama terlibat dalam syarikat perjudian Magnum Berhad dan Magnum 4D sebagai pemegang saham dan ahli lembaga pengarah. Beliau mula dilantik selaku Timbalan Pengerusi Magnum sejak 1986 lagi. Sejak itu, beliau kekal sebagai ahli lembaga pengarah Magnum walaupun pemilik utamanya bertukar tangan.
f] Pada tahun 1994, wang yang dibelanjakan untuk membeli tiket toto hanya RM 886 juta, tetapi kini, ia sudah mencecah RM 2.3 billion. Jumlah ini hanya untuk perjudian Sports Toto. Sebagai balasannya, senyap tak senyap, untuk tahun 2002, kerajaan memperolehi pendapatan dari cukai judi Sports Toto sejumlah RM 133 juta. Syarikat pula terus mengaut keuntungan lumayan, dari RM 272 juta pada tahun 2001; meningkat kepada RM 293 juta pada tahun 2002. Siapa kata Dr. Mahathir tidak mengembangkan tabiat perjudian di bawah pemerentahan beliau?.)
g] Sikap mesra judi yang diamalkan oleh Kerajaan BN adalah amat jelas sekali. Dasar-dasarnya seiring dengan kepentingan syarikat perjudian. Ini dapat dilihat, terutama sekali dengan pelbagai insentif penurunan cukai yang diberikan oleh Kerajaan menerusi Menteri Kewangan, terutama sejak pertengahan 2001. Syarikat perjudian Tanjung, Magnum dan Sports Toto telah diberikan pengurangan cukai yang membolehkan syarikatsyarikat judi ini mencatatkan keuntungan yang lebih tinggi.
h] Pegangan kerajaan ke atas syarikat judi berlaku secara langsung dan tidak langsung. Secara langsung, kerajaan memiliki saham dalam Genting International Limited, Resorts World Bhd. yang menguruskan kasino di Genting Highland, Berjaya Group Berhad dan Metroplex Berhad. Senarai ini boleh dilihat dalam buku Akaun Awam Persekutuan, di bawah Ba - Penyata Lengkap Pelaburan Am.
i] Bagi Syarikat Metroplex umpamanya, kerajaan menipunyai 327,200 saham. Kerajaan mempunyai saham emas dalam Sports Toto. Bagi milikan tidak langsung pula, kerajaan terlibat dalam banyak cara. Sebagai contoh, menerusi menteri Kewangan diPerbadankan, kerajaan mempunyai saham dalam Kamunting Corporation yang merupakan pelabur utama dalam syarikat judi Magnum Corporation, saham dalam Malaysian Plantation Berhad yang merupakan pelabur kedua terbesar dalam syarikat judi Leisure Management Berhad, saham dalam Multi Purpose Holding yang merupakan pelabur ketiga terbesar dalam syarikat judi Leisure Management dan Magnum Corporation, saham dalam Golden Hope Limited yang mempunyai saham pula dalam syarikat judi Genting Berhad
j] Bagi tahun 2001, Genting Berhad membuat pembayaran sejumlah RM 44.36 juta kepada pengarah dan ahli lembaganya. Pengerusinya, Tan Sri Lim Goh Tong mengaut RM 33.5 juta bayaran untuk tahun tersebut. Bayaran kedua tertinggi yang dibuat oleh Genting ialah RM 8.3 juta dan ini mungkin diperolehi oleh Tun Haniff Omar selaku Timbalan Pengerusinya! Tun Hanif memperoleh RM 2.5 juta lagi bayaran dari Resorts World. Pada keseluruhannya, Resorts World membayar sejumlah RM 24.21 juta kepada Pengarah dan ahli lembaganya bagi tahun 2001. Pengerusinya, sekali lagi Lim Goh Tong, mendapat RM 16.7 juta, diikuti RM 5.5 juta sebagai bayaran kedua tertinggi darl bagi ahli lembaga bukan eksekutif, dibayar di antara RM 2.5 juta hingga RM 2.55 juta
k] Lebih memeranjatkan tentunya mengenai saham saham yang dimiliki oleh Tengku Adnan Tengku Mahmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Setiausaha Kerja UMNO. Tentulah sesuatu yang mengaibkan bagi UMNO bila mengetahui lesen perjudian dikeluarkan kepada syarikat di mana tokoh UMNO mempunyai kepentingan. Apa lagi menjelang pllihanraya.
l] Mengikut dokumen rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia, antara pemegang saham utama Bukit Tinggi Resort ialah Tengku Adnan Tengku Mahmud, selain Vincent Tan dan anak syarikat Kerajaan Pahang, Pasdec Corporation. Jumlah saham Tengku Adnan dan Pasdec ialah masing masing 63 juta dan 45 juta saham bernilai seringgit satu saham.
1.Umum mengetahui tahap dendam kesumat musuh - musuh Islam yang diketuai oleh al Musyrikin al Gharbiyyin [barat] khasnya Yahudi Alaihi Laknatullah terlalu tinggi dan tebal. [ realiti ini telah diakui oleh al Quranul Kareem ]
2. Kebimbangan mereka [ musuh Islam ] terhadap kebangkitan Islam di seluruh dunia jelas kelihatan melalui tindak balas mereka yang sungguh luar biasa .
3. Pelbagai tindakan , bermula dengan Ghazwatul Fikri [ serangan pemikiran ] , ancaman dan tekanan ke atas penganut Islam , tangkapan dan seksaan dilakukan kepada pejuang - pejuang Islam , label terrorist dan eksterimis dilemparkan kepada gerakan - gerakan Islam sebagai license to kill , propaganda untuk melemahkan perpaduan ummat Islam dengan kaedah divide and rule , melaga - laga pemimpin - pemimpin Islam dengan fitnah dan tohmahan licik , mencetus pertelingkahan sengit melalui perbezaan mazhab serta menjatuhkan kredebiliti ulama' dan pemimpin gerakan Islam .
4. Ianya adalah tindakan bersepadu antara Yahudi dengan faham zionisme dan Barat dengan gagasan New world Order untuk menundukkan dunia di bawah pengaruh dan penguasaan mereka , lantas Islam dilihat sebagai ancaman terbesar dalam usaha melunaskan hasrat dan cita - cita busuk mereka terutama selepas kejatuhan komunis .
5. Peristiwa 11 september benar - benar dimanafaatkan sebagai turning point untuk mereka menggunakan kekuatan senjata dan tentera ke atas ummat Islam sehinggalah hari ini . Mereka menjajah Afghanistan , Iraq , Palestine dan kini mereka tekun berusaha untuk melumpuhkan Iran dan membelasah mana - mana negara yang cuna melaksanakan Islam .
6. Biarpun bertukar Presiden , sehingga kini dasar dan prinsip Amerika Syarikat tetap memusuhi Islam dan gerakannya . Namun mereka bijak mengatur strategi agar kelihatan di satu sudut , Amerika berbakti dan berlunak dengan ummat Islam sementara dalam masa yang sama merekalah sekutu rapat Israel yang sedang membina penjara manusia terbesar dalam dunia di Ghazzah .
7. Malaysia sebagai sebuah negara yang subur untuk perkembangan Islam tidak terlepas dari kepongan dan pemerhatian musuh - musuh Islam antarabangsa juga rangkaian mereka di dalam negara . Tekad dan hasrat mereka hanya satu iaitu tidak mengizinkan Islam tegak dan berdaulat.
8. Mereka sanggup membunuh wanita , orang tua dan kanak - kanak , menyeksa tahanan , menyerang dan menghancurkan segala struktur pembangunan sesebuah negara tanpa tergambar belas simpati . Menyerang dan membunuh delegasi damai serta misi kemanusiaan yang membawa bekalan makanan , perubatan dan keperluan harian buat ummah yang tertindas. Merekalah terrorist [pengganas] dan merekalah ekstremis yang sebenarnya.
9. Dendam mereka sungguh dahsyat . Mereka turut merencana strategi untuk memburu pejuang - pejuang Islam dan alim ulama' yang berpotensi untuk meninggikan syiar agama . Mereka membina rangkaian yang cukup licik termasuk mewujudkan boneka dari kalangan bangsa yang menjadi sasaran mereka . Lebih ketara , mereka juga berjaya merekrut tokoh - tokoh agama untuk mencetus pertembungan antara alim ulama' dan tokoh pejuang Islam .
10. Perbedaan mazhab dan aliran pemikiran sekali lagi dijadikan turning point untuk mencetus pertelingkahan lalu terhasil label terrorist dan eksterimis , maka akhirnya menjadi asas kukuh kepada mereka [ musuh - musuh Islam ] untuk menangkap , memenjara dan membunuh para alim ulama' yang berjuang untuk menegakkan Islam .
11. Terbaru , melalui satu majlis taklimat khusus dan tertutup oleh pihak tertentu menghasilkan satu lagi kesimpulan dimana Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang Presiden PAS buat kesekian kalinya disenaraikan sebagai tokoh wahabi dan pengganas . [ Antara yang turut tersenarai ialah Dr Mohd Asri Zainal Abidin Mantan Mufti Perlis dan Dr Juanda Mufti Perlis sekarang ] .
12. Anehnya , bagaimana majlis taklimat yang disifatkan khusus dan tertutup pula melibatkan pihak keselamatan negara boleh terdedah kepada umum dan menjadi santapan media ? Kini perancangan mereka untuk mensabitkan tokoh - tokoh tertentu sebagai pengganas telah terdedah kepada umum sebelum mereka berjaya membuat tangkapan .
13, Tentunya pendedahan yang dibuat oleh pihak media menyukarkan mereka bertindak justeru mereka terpaksa berdepan dengan persepsi rakyat dan sebagai sebuah kerajaan yang sedang membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya umum , pasti sahaja mereka terpaksa mengambil kira soal persepsi rakyat tersebut. Saya rasa , Barrack Obama sangat tidak senang hati atas kepincangan dan kegagalan anak buahnya di Malaysia menjalankan tugas untuk mensabit dan menangkap pengganas yang sangat dikehendaki oleh mereka.
14. Sebelum ini Menteri Pertahanan Israel sejurus bertemu dengan Dato' Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasminya bahawa Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang adalah pengganas yang sangat dikehendaki oleh mereka . Sebuah media di Britain sebelum ini juga telah menggambarkan Tuan Guru Presiden sebagai pengganas namun akhirnya mereka terpaksa akur dan meminta maaf kepada Tuan Guru apabila mereka tewas dalam satu perbicaraan mahkamah di London .
15. Kini lagu lama kembali kedengaran . Tuan Guru Hj Abdul Hadi disenaraikan antara pengganas bersama beberapa tokoh agama yang lain oleh pihak tertentu dalam satu taklimat tertutup yang melibatkan pihak keselamatan negara dan JAKIM .
16. Dewan Pemuda PAS Pusat semalam telah membuat keputusan sebulat suara , setelah menyedari perancangan jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan reputasi cemerlang seorang pejuang Islam yang hebat di peringkat nasional dan international sekaligus menyedari cita - cita mereka untuk melumpuhkan gerakan Islam di negara ini , maka Dewan Pemuda PAS Pusat bukan sahaja menafikan Tuan Guru Presiden PAS sebagai pengganas tetapi juga menentang keras niat dan tindakan jahat mereka yang menyenaraikan Tuan guru Hj Abdul Hadi sebagai pengganas .
17. Dewan Pemuda PAS Pusat mencabar supaya pihak - pihak tertentu yang telah melemparkan tuduhan atau tohmahan tersebut supaya bertanggungjawab dan tampil mengemukakan bukti kukuh kepada rakyat secara terbuka atas dakwaan yang telah mereka lemparkan .
18. Jika gagal berbuat demikian , mereka mestilah segera menarik balik segala tohmahan mereka dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Hj Abdul Hadi khasnya dan kepada PAS amnya sebagai sebuah gerakan Islam yang dipimpin oleh beliau , atau mereka terpaksa berdepan pula dengan tuduhan dari rakyat bahawa merekalah pengganas sebenar yang suka mencetus pertelingkahan dan melemparkan fitnah tanpa asas .
1. Kesempatan saya menziarahi bumi Sana'a dimanafaatkan sepenuhnya untuk bermujaalasah bersama ulama' - ulama' al amilin yang hebat dan terbilang di Yaman . Insyaallah , saya akan ceritakan kemudian beberapa mutiara ilmu dan berkongsi pengalaman berharga dengan sahabat - sahabat sekelian.
2. Ulama' adalan insan yang dimuliakan oleh Allah swt dengan ilmu dan keperibadiannya yang menepati ilmu yang dimiliki . Pun begitu , sebahagian ulama' ada yang mendapat kemurkaan dan kutukan Allah swt lantaran mereka mengkhianati ilmu yang dimiliki.
3. Menjual agama demi mendapatkan habuan dunia , mendiamkan diri tatkala berdepan maksiat dan mungkar , menyembunyikan kebenaran dan bertindak tidak berasaskan ilmu adalah contoh pengkhianatan terhadap ilmu Islam . Ulama' yang mengkhianati ilmu dan agama Islam ini turut digelar sebagai ulama' as Suu' [ jahat ] atau Syaithan Akhras [ bisu ] .
4. Sehari dua ini riuh rendah negara dengan berita kononnya 100 ulama' yang bertaraf sarjana dan memiliki Phd akan menyertai UMNO . Berita ini sekali lagi menjadi fenomena sensasi negara, mungkin untuk menghiburkan rakyat yang sedang menderita ekoran peningkatan kadar jenayah dan kemungkaran yang melampau atau mengalih pandangan rakyat dari isu - isu negara [ seperti : rasuah , judi dll ] yang menuntut kesedaran dan kebangkitan mereka untuk membuat perubahan .
5. UMNO dan BN adalah sebuah parti yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan mereka malah aktiviti mereka kadangkala tidak menghiraukan dosa dan pahala . Bahkan kerajaan yang mereka pimpin juga sering menganjurkan kemungkaran tanpa sedikitpun rasa bersalah sebaliknya mereka pertahankan segala dasar yang bertentangan dengan wahyu Allah swt .
6. Ulama' sebagai institusi yang hampir dengan agama dan dekat pula dengan Allah swt sewajarnya arif dan faham , dimanakah wajarnya untuk menempatkan diri mereka agar diredhai oleh Allah swt . Mereka jua selayaknya bijak menilai flatform manakah sesuai untuk mereka berperanan dan menjalankan tugas mengimarahkan ilmu yang mereka miliki .
7. UMNO dan BN bukanlah sukar untuk dinilai . Malah sebelum ini UMNO pernah dianggotai oleh para alim ulama' sehingga wujudnya biro agama dalam UMNO . Tetapi sejarah telah memahat satu iktibar yang perlu diinsafi sepanjang zaman oleh semua termasuk para alim ulama' sendiri . Membantah kemungkaran yang dilakukan oleh UMNO pada waktu itu termasuk judi yang dihalalkan oleh UMNO , maka sekumpulan ulama' yang dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Fuad Hassan , Al Fadhil ustaz Hj Ahmad Maliki , Al fadhil ustaz Hj Ahmad Badawi , Al Fadhil Tuan Guru Tuan Hj Ahmad Tuan Husein , Al Fadhil Tuan Hj Mansur dan ramai lagi telah keluar daripada UMNO lalu menubuhkan persatuan Ulama' Se Malaya dan kemudiannya menjadi Persatuan Islam Se Malaya dan kini PAS [ Parti Islam Se Malaysia ] .
8. Realitinya UMNO tidak sesuai untuk ulama' berperanan dan berfungsi sebagai pejuang , pemimpin serta penyelamat ummah yang meletakkan kepentingan agama mengatasi segalanya. Kecuali ulama' kelas kedua seperti ulama' dunia , ulama' jahat , ulama' cari makan , ulama' kuda kepang , ulama' terompah kayu dan ulama' bisu .
9. Ulama' yang masih kekal berada di dalam UMNO sehingga hari ini ialah ulama' bisu yang hanya mampu melihat kemungkaran dan kemaksiatan berlaku dihadapan mereka tanpa mereka mampu berbuat apa - apa . Sebaliknya ulama' - ulama' ini dijadikan alat untuk menyerang PAS . Mereka diam membisu tanpa sepatah kalimah apabila kerajaan menambah dan meluluskan lesen judi . Mereka membutakan mata dan memekakkan telinga tatkala berdepan dengan aktiviti mungkar yang dianjurkan oleh kerajaan UMNO dan BN . Lebih menyedihkan apabila ulama' ini diperlaku bagaikan lambakan kain buruk yang tidak bernilai dan hanya digunakan bila perlu . Itu pun sekadar untuk membaca doa di majlis keraian , mengeluarkan fatwa menyokong tindakan kerajaan dan berhujjah menghadapi hujjah dari PAS .
10. Menyertai UMNO seperti terperangkap di pasir jerlus . Sukar untuk menyelamatkan diri . Nilai hebat sebagai ulama' tidak diiktiraf sebaliknya mereka tidak ubah seperti orang awam malah lebih rendah daripada itu apabila peranan mereka dibatasi dan dihalang . Entah tidak diketahui sejak bila pula UMNO tahu menilai dan menghargai ulama' kecuali ulama' sering menjadi bahan cercaan pemimpin - pemimpin mereka . Hanya sehari dua ini UMNO berteriak mencari sokongan dan menggamit alim ulama' menyertai parti mereka. Jelas kelihatan mereka sangat desprade untuk mengekalkan pengaruhi mereka dikalangan ummat Islam .
11. Bagaimana mahu menambah 100 orang lagi ulama' ? jika ulama' yang sedia ada seperti Datuk Jamil Khir , mufti - mufti seluruh negara , Datuk Mashitah , Datuk Nakhaei , Hamid Othman , Yusuf Noor dan ramai lagi tidak dilihat mampu berfungsi dan berperanan membawa UMNO keluar dari perangkap jahiliyyah moden yang bertunjangkan fahaman sekular .
12. Isu ini menjadi menarik apabila sahabat saya Al Fadhil Dr Asri Zainal Abidin turut dikaitkan sebagai salah seorang dari 100 ulama' yang akan menyertai UMNO . Saya berdoa agar Dr Asri dan para alim ulama' tidak menyertai UMNO untuk meperkasakan dan memperkuatkan lagi perjuangan UMNO dan BN yang bathil . Bahkan hati kecil saya merasakan bahawa Dr Asri tidak akan menyertai UMNO . Kerana menyertai UMNO dan BN akan mencemarkan kewibawaan beliau sebagai seorang ulama' yang disegani dan dihormati oleh pelbagai lapisan masyarakat . Wallahua'lam bissowab , hidayah dan petunjuk adalah milik Allah swt dan ia mengurniakannya kepada siapa yang ia kehendaki .
13. Platform yang paling sesuai dan terbuka sebagai ruang untuk mereka para alim ulama' berfungsi dan berperanan mendaulatkan syariat dan memartabatkan syiar agama Allah swt ialah Parti Islam Se Malaysia [ PAS ] .
Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan . Insyaallah ini tema Pemuda PAS bekerja sepanjang musim ini disamping menyelesaikan tunggakan tugas serta rancangan yang masih tergendala ekoran tertunda kerana menghadapi 11 pilihanraya kecil pasca pilihanraya 2008 yang lalu .
Insyaallah , seluruh jentera pemuda dipelbagai peringkat mestilah mula aktif malah pro aktif untuk menggerakkan amanah dan tanggungjawab yang sedang dipikul sebagai ansoorullah yang menggalas cita - cita untuk mendaulatkan syariat Islam .
10 Kriteria Ansoorullah dan 10 Politik Rasul saw juga apa yang lebih penting dan menjadi asas bergerak sepanjang tempoh perjuangan kita ialah 10 Badihiyat [ peraturan dan arahan khas yang wajib dilaksanakan oleh setiap pemuda ] telah saya gariskan dalam ucaptama ketua DPPP baru - baru ini .
Jangan leka dan jangan lena . Masa kita singkat , kerja kita banyak , cabaran kian sukar dan halangan kian rencam . Atur langkah secara cermat dan berhemat dan depani cabaran dengan tenang dan tabah . Mohon pertolongan daripada Allah dengan sabar , munajat dan solat [ doa ] .
Gandingkan tenaga . Lama , baru , ulama' , profesional , aktivis , amilin , pimpinan dan seluruh anggota mestilah rapatkan saff dan eratkan ukhuwwah . Kini masa kita berjuang bukan membuang masa dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada jamaah dan ummah .
Khasnya kepada saff pimpinan yang sedang memikul beban amanah dan tanggungjawab perjuangan . Pedulikan segala fitnah dan tohmahan . Pacu perjuangan ini semampunya dan bertawakkal kepada Allah swt. Cari nilai dari sisi Allah swt bukan nilai di sisi manusia.
Sabar atas segala susah sukar berjuang . Korbankan masa , tenaga , pemikiran malah jika perlu darah dan nyawa demi Islam . Samaada menang atau syahid ..... itulah slogan kita berjuang . Tiada istilah kalah dalam perjuangan .
Jadilah pejuang Ansoorullah untuk terus memimpin Jiil [ generasi ] rabbani . Inilah tugas besar kita menyambung tugasan golongan as saabiquunal awwalun [ generasi terdahulu ] . Jika mereka gigih dan istiqamah malah mampu tunaikan tugas mereka , kenapa kita hari ini mesti mengemukakan 1001 alasan untuk berdalih . Ayuh bangkit pemudaku .
"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini." Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur. Phone:019 980 8181 Fax:019 916 8182