HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, June 30, 2010

Majlis Pelancaran Kempen "Tak Nak Judi"

1. Gerakan Rakyat Membantah Judi [GMJ] akan mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Tak Nak Judi dengan maklumat seperti berikut :


3 Julai 2010 [ sabtu ]

Jam 2.00 Petang
Perkarangan Masjid Negara KL .

2. Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan seluruh anggotanya hadir beramai - ramai untuk memberi sokongan padu kepada usaha dan kempen Tak Nak Judi anjuran Gerakan Rakyat Membantah Judi [GMJ] bersama 60 Ngo yang menjadi anggota GMJ.

3. Selayaknya jua bagi seluruh rakyat tanpa mengira kaum , bangsa dan agama bangkit dengan penuh kesedaran untuk menyertai kempen ini dengan 3 objektif utama demi kesejahteraan negara dan rakyat :

a] Mendidik Rakyat membenci Judi
b] Mempertingkatkan Penguatkuasaan Undang - undang judi
c] Mengurangkan Lesen judi

4. Rakyat sewajar memiliki keazaman tinggi untuk membebaskan negara dari judi yang pastinya membawa kesan atau implikasi buruk kepada masa depan generasi kita akan datang sekaligus meruntuhkan peradaban dan sistem sosial negara . Bertolak dari keazaman tersebut , saya menyeru kepada semua agar hadhir beramai - ramai ke Majlis Pelancaran Kempen Tak Nak Judi dan sebagai gimik pelancaran , sticker menarik "Sayangi Keluarga : Tak Nak Judi" akan diedarkan secara percuma.



1 comments:

merlimau9 said...

Asalamualaikum,
1.Tempat tak kena tu....kenpen itu perlu di buat di depan Bangunan MAGNUM...PREMIS-PREMIS MAGNUM..TOTO dan DA MA CAI...bukan di MASJID..Tak menepati sasaran kempen..
2.Lancarkan sekali sukarelawan pencegah maksiat JUDI..Pro AKTIF sikit...biar ada IMPACT..
3.Tiru pendekatan Tun..bagaimana beliau melawan israel...dalam MISI GAZA baru-baru ini.
3.Saya harap di pertimbangkan cadangan ini..macam unit AMAL tu...lebih bijaksana lagi ...berkerjasamalah dengan PEMUDA UMNO..selepas berjemaah di Masjid...BERJEMAAH pula memerangi JUDI ...pasti RASULALLAH gembira melihatnya...INSYAALLAH.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive