HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, July 28, 2010

FDI : Dunia Hilang Kepercayaan


1. Perlu diinsafi bahawa merudumnya FDI [ Foreign Direct Investment ] 81% [ kini jatuh pada nilai RM 4.43 billion ] adalah berpunca dari hakisnya kepercayaan dunia kepada kualiti pengurusan dan pentadbiran negara .

2. Hilang kepercayaan adalah sebahagian daripada satu kehinaan dan malapetaka yang sedang dirasai oleh negara mutaakhir ini . Negara seperti hilang nilai jati diri sebagai sebuah negara yang berdaulat dan disegani oleh pihak lain .

Asas kepada hakisnya tahap kepercayaan dunia kepada negara kita ialah berpaksi kepada beberapa perkara seperti :

  • Korupsi yang membarah
  • Ketidaktelusan dalam sistem kehakiman
  • Imej Perdana Menteri yang lemah
  • Pemerintah yang tiada 2/3 majoriti di Parlimen
  • Tahap nilai demokrasi yang luntur
3. Retorika ekonomi kerajaan yang cuba untuk mengulit atau mendodoi rakyat kononnya negara sedang mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat adalah sangat memalukan .

4. Bukan sahaja dengan indeks FDI yang merudum tetapi rakyat masih terpinga - pinga dengan langkah drastik kerajaan menaikkan harga minyak petrol , diesel , gas dan gula atas alasan pelarasan semula subsidi negara kepada rakyat .

5. Sepatutnya , jika Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat sebagaimana yang didakwa , rakyat akan mendapat manafaat atau faedah daripadanya , tetapi apa yang berlaku ialah darah dan lemak rakyat disedut rakus oleh kerajaan .

6. Saya melihat sandiwara ekonomi ini mula disedari oleh para pelabur di peringkat antarabangsa bahawa Malaysia sebenarnya sedang bergelut dengan kelembapan ekonomi yang semakin kritikal dan yang paling malang mereka sedang menyaksikan sebuah kerajaan yang rakus sedang memperdaya rakyatnya sendiri . Jika rakyat sendiri sanggup diperdaya apa jaminan para pelabur asing tidak diperdaya ?

7. Sementelah sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan oleh mereka tidak memiliki akhlak yang menjamin tidak berlakunya penindasan dan penyelewengan . Malah terdedah kepada pelbagai wajah spekulasi yang akan mengorbankan keuntungan pelabur dalam tempoh jangka panjang . Tentunya para pelabur bukan sahaja takut kepada kerugian yang sememangnya telah menjadi risiko kepada sesuatu pelaburan yang dilakukan tetapi yang lebih perit ialah berhadapan dengan manipulasi dan spekulasi yang wajar .

8. Sebab itulah kita menyeru supaya kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO dan BN agar menerima Islam atau kembali kepada sistem syariat Islam agar mampu mengembalikan semula izzah bersama ketinggian akhlaknya.

9. Saya yakin , kemuliaan dan ketinggian akhlak Islam yang berpaksi kepada iman dan taqwa akan memahat kembali keyakinan bermuamalah [ urus niaga ] di semua peringkat dan sekaligus boleh mengembalikan kestabilan ekonomi dan akhirnya memulangkan faedah yang lumayan buat rakyat .

10. Negara kita bukanlah miskin sehingga terpaksa mengemis kepada pihak pelabur atau mana - mana pihak kuasa ekonomi antarabangsa justeru negara kita mempunyai hasil mahsul dan sumber yang banyak dan mencukupi . Tetapi malang pengurusan yang salah dan berlandaskan nafsu rakus individu tertentu akhirnya mempamerkan kepada dunia betapa kekayaan Malaysia hanya berlegar pada kelompok tertentu . Fenomena ini mencetus rasa tidak puas hati dan penentangan dari rakyat marhain lantas menimbulkan pula satu persekitaran politik dan ekonomi yang tegang serta terancam dan ini turut menggusarkan para pelabur .

3 comments:

Anonymous said...

Perlu diinsafi bahawa merudumnya FDI [ Foreign Direct Investment ] adalah berpunca daripada ketidak upayaan negeri-negeri di bawah pentabiran Pakatan Rakyat mentabir ekonomi dengan berkesan. Pulau-pinang dan Selangor adalah dua negeri yang banyak menjana FDI semasa pentabiran BN dan di bawah PR merudum jatuh.Nasib Luncai terjun dengan labu-labunya.

Unknown said...

Adakah ini permainan dunia yang dikuasai yahudi setelah proksi mereka 'nuar dan keri' gagal merampas malaysia?

sekadar renungan.

Politik tidak semudah mengunyah keropok.

Ia sangat halus.

Mana-mana pemimpin yang tidak mengikuti kehendak 'mereka',ada macam-macam cara boleh digunakan untuk menjatuhkan mereka.

Pikir dalam-dalam.

Ia tidak semudah itu. =)

Unknown said...

Ustat jangan lihat FDI saje yg merosot.. PERJUANGAN PAS pun dah makin merosot.. Cuma yg naik ROCKET saje.. Cuba lihat satu isu ARAK... saya masih ingat satu ketika dahulu..sebelum BN tumbang.. bermacam2 sepanduk tergantung minta diharamkan ARAK dijual di 7E terutama di TAMAN MELATI yg jarak dgn markas PAS cuma beberapa meter saje.. Tapi selepas PAKATAN menang yg hilang bukan ARAK di 7E.. yg hilang cuma sepanduk2 saje..tidakkah mereka ini berasa berdosa membohongi pengundi2... untuk ape ARAK2 dijual di kawasan majoritinya ISLAM yg juga ADUN je dari PAS.. (TAMAN GREENWOOD, BATU 7 TAMAN MUTIARA GOMBAK, GOMBAK SETIA semua kawasan ini majoritnya ISLAM)adakah mereka ini telah DIROCKETKAN? harap ustat dapat membuat tinjauan..!! ataupun dengan kata lain TERJAH ke kawasan ini.. BERANIKAH PEMUDA2 PAS!!

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive