Melayu : Marilah Bersatu dengan Tali Allah
1. Secara umumnya , melayu adalah bangsa yang menganut ajaran Islam . Islam pula adalah ajaran yang mengajar supaya seluruh ummatnya bersatu padu dan jangan berpecah belah . Antaranya apa yang difirmankan oleh Allah swt di dalam surah Aali Imran ayat 103 - 105 .
dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah [ Islam ] dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah swt kepada kamu ketika kamu bermusuh - musuhan lalu Allah menyatukan diantara hati kamu [ sehingga kamu bersatu dengan nikmat Islam ] , maka jadilah kamu dengan nikmat Allah swt itu bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di jurang api neraka lalu Allah menyelamatkan kamu dari neraka itu . Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat - ayat keteranganNya supaya kamu mendapat petunjukNya .
dan hendaklah ada diantara kamu satu golongan yang mengajak ke arah kebaikan , menegakkan yang makruf [ syariat ] dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kejayaan .
dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka keterangan - keterangan yang jelas nyata. mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar .

2. Mengambil iktibar dari ayat di atas , kita sewajarnya insaf bahawa Allah menyuruh kita berpegang teguh dan bersatu padu dengan Tali Allah [ Islam ] yang kukuh dan utuh . Tanpanya ummat akan binasa . Justeru itu saya tidak nampak sebab kenapa orang melayu yang rata - ratanya beragama Islam tidak boleh bersatu di atas nama Islam .
3. Orang melayu mesti kembali kepada agama Islam dengan segala syariat dan syiarnya . Tinggallah faham nasionalis [ perkauman ] dan berhijrahlah jasad , pemikiran dan aqidah [ keyakinan ] kepada Islam agama yang dianuti bersama . Islamlah yang menjadikan kita mulia dan hebat . Tanpa Islam maka apalah ertinya melayu . Aslim Taslam [ Islamlah nescaya kamu selamat ]
4. Perpaduan yang dibina diatas premis material , perkauman yang sempit dan pengaruh serta kuasa adalah perpaduan yang rapuh dan tidak mendapat restu Allah swt tuhan yang mencipta kita . Ambillah premis Islam sebagai asas perpaduan yang dicari agar kita kukuh , hebat dan berdaulat serta Allah swt meredhai kita . Harta dan kuasa tidak boleh menyatukan manusia sebaliknya hati manusia hanya boleh diikat dengan Islam . Lihat bagaimana penegasan Allah swt di dalam firmanNya [ surah al Anfaal. Ayat 64 ] :
dan dialah yang menyatupadukan diantara hati - hati mereka . Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi , nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan diantara hati mereka . akan tetapi Allah swt telah menyatukan padukan diantara hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha kuasa lagi Maha bijaksana .
5. Islam tidak pernah menghalang kita berbangga dengan bangsa dan bahasa kita malah Nabi saw juga sangat menyintai bangsa dan bahasanya , namun apa yang penting ialah bangsa dan bahasa itu ditegakkan di atas nilai Islam yang suci sebagai agama yang diturunkan oleh Allah dan Islam menjadi platform perjuangannya .
6. Negara kita Malaysia hanya mempunyai sebuah platform atau parti [ PAS ] yang berjuang untuk menegakkan Islam dan mendaulatkannya . Objektif perjuangannya adalah untuk menegakkan keadilan , kesejahteraan dan kedamaian sebagaimana ia menjadi sebahagian dari nilai Islam yang diperjuangkan . Tanpa saya menafikan kebaikan orang lain , saya menyeru kepada seluruh ummat melayu dalam negara ini , marilah kita bersama dan bersatu dengan perjuangan Islam [ Tali Allah ] ini sebagai platform yang kukuh dan diredhai oleh Allah swt . Ingatlah Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah Ayat 258 :
Tiada paksaan untuk menganut agama Islam , kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam dari kesesatan . Oleh itu , sesiapa yang mengkufurkan [tidak percayakan] thaghut dan ia beriman pula kepada Allah swt , maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh dengan simpulan tali Allah yang kukuh yang tidak akan putus . dan ingatlah , Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .
7. Perjuangan ummat melayu yang tidak berasaskan Islam hanya akan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan mungkar . Melanggar perintah Allah swt lalu terperangkap dalam penyelewengan , penyalahgunaan kuasa serta penindasan ke atas golongan yang lemah . Lantaran mereka tidak mempunyai pertimbangan dosa dan pahala , mereka senantiasa dijurang kemurkaan Allah swt. Tanpa segan silu dan rasa bersalah , mereka melakukan rasuah , berjudi , minum arak , mendedahkan aurat , bergaul bebas , berzina , menggelapkan wang , peras ugut dan 1001 kefasadan .
8. Persoalannya kenapa susah sangat kita orang melayu untuk kembali kepada Islam ? apakah kerena kita meletakkan ideologi yang dicipta oleh manusia itu lebih tinggi dari wahyu Allah swt ? lalu sayang untuk meninggalkan ideologi tersebut ? Jika semua pihak ikhlas dan jujur mahu mencari masa depan yang baik untuk ummat melayu , agar melayu menjadi hebat , mulia dan terpandang maka satu - satu jalan yang ada dihadapan kita hari ini ialah Islam .
9. Hari ini , ada orang pertikaikan kemana hilangnya kuasa politik orang melayu ? bagaimana nasib orang melayu yang kian terpinggir di kampung - kampung dan desa ? kenapa melayu mesti bercakaran sesama sendiri ? apakah selamanya mereka tidak boleh bersatu ? . Menjawab kepada semua persoalan itu , saya gesa kepada seluruh pemimpin - pemimpin melayu khasnya supaya kembali kepada ajaran dan amalan Islam , agama yang dianuti oleh mereka dan agama yang mempunyai Tuhan yang satu , Kitab yang satu , Nabi yang satu , Kiblat yang satu .
10. Apabila ummat melayu bersatu diatas premis yang kukuh ini iaitu Islam , maka perpaduan itu menjadikan mereka kuat dan utuh . Mereka akan miliki kuasa politik . Nasib mereka akan terbela dengan amalan kebajikan dan takaaful yang disyariatkan oleh Islam . Mereka akan menjadi mulia dengan kemulian akhlak Islam yang menghiasi diri mereka . Mereka akan bersatu dan berdamai dengan plan ukhuwwah serta toleransi yang disyariatkan oleh Islam . Ertinya Islam menjadikan melayu hebat dan mulia .

5 comments:
Benar..saya sokong akan perpaduan orang melayu atas nama Islam..
Entah bila persengketaan ini semua akan berakhir.Mudah mudahan akan terbit bibit bibit persamaan lantas diterjemah kepada perpaduan..insyaallah..sentiasa mendoakan ini akan berlaku..
Saudara nasarudin,
Mesej saudara memang baik. Namun mengapa PAS mengamalkan sikap keterlaluan kepada UMNO.
Saya bukan ahli PAS atau UMNO. Namun saya nampak yang PAS begitu bencikan UMNO. Dah banyak kali saya dengar sendiri pemimpin UMNO dimaki hamun dalam masjid.
PAS , betulkah mahu tegakkan Islam. Atau gunakan Islam untuk kepentingan dunia. Kalau mahu berpegang pada "tali Allah", kenapa PAS sanggup berbaik dengan Anwar Ibrahim WALAUPUN satu masa dulu, Mohd Sabu gelarnya Anwar Aljuburi dan cabar Dr Mahathir pecat beliau.
PAS selalu cakap pasal Islam tetapi malangnya orang PAS juga suka menjaja fitnah. Maaf. Perkara ini satu kebenaran. Kalau Nabi Muhammad didepan saya pun saya akan cakap perkara yang sama.
Kenapa PAS jadikan Raja petra sumber rujukan utama.Kenapa?
Dan kenapa sanggup berbaik( atau lebih tepat jadi kuli) DAP. DAP tidak akan menerima Islam.
Bukankah dulu orang PAS cakap haram untuk mengundi bukan Islam. Kenapa sekarang boleh. Malah PAS lebih teruk dari UMNO. PAS bukan saja baik dengan DAP( yang amat memusuhi Islam) tetapi jadi "pecacai" DAP.
Inilah yang buat ramai Melayu mula tak percaya PAS sekarang.
Salam Saudara Shamsul Anuar
Kenapa la ckp poin yang sama je (tipikal UMNO).. Benda ni da brulang kali da dijawab dlm ceramah- ceramah PAS. Tapi, kamu tak nak pi dgr. Jwb kat sini kan, nnt tak puas hati la, apa la. Saya percaya kalau kamu benar- benar mahukan kebenaran, kamu akan pergi berjumpa sendiri ngn pimpinan utk menyelesaikan segala kekusutan pikiran tuh. Dok ulang2 lagi. Bergerak maju lah kehadapan wahai kaum Melayu ku. Jgn la sprt katak bawah tempurung.. Bnyk lagi isu umat Islam yang wajar dipikirkan..
Asalamualaikum,
Saudara,
1.Saya setuju komen shamshul anuar.
2.Allah berfirman yang maksudnya;Wahai orang-orang yang beriman,mengapa kamu berkata sesuatu yang kamu tidak laksanakannya,amatlah besar kemurkaan Allah bahawa kamu berkata sesuatu yang tidak kamu laksanakan.Surah As Saff 2-3.
3.Renungkan wahai Pemuda PAS.
Saudara anonymous,
Saya mendengar sendiri. sebab itu saya bertanya. Saya bertanya kenapa memaki hamun Dr Khir Toyo sebagai munafik hanya kerana cuti di Selangor adalah Ahad.
Perkara ini berlaku semasa khatib membaca khutbah d Ampang semasa Dr Khir menjadi MB. Kerana ahli PAS yang cuba kuasai surau den menjual majalah Harakah DALAM Masjid menyebabkan umat Islam berpecah belah.
Dan Harakah menipu kononnya JAIS menindas Islam bila melantik ahli jawatankuasa baru. Saya berada disana dan saya tahu. JAIS masuk campur kerana ahli PAS banyak memaki hamun dalam masjid.
Inilah yang saya soalkan. Nasaruddin cakap "berpegang pada Tali allah". Baguslah. Yang saya soalkan kenapa perangai ahli PAS ( termasuk pemimpin) banyak bercanggah dengan Islam.
Saya hargai kalau nak tegakkan islam. Namun saya cuak kerana parti yang selalu cakap pasal Islam suka memaki hamun, memfitnah.
Ini tidak bermakna saya puji UMNO seratus peratus. Hanya saya mahu PAS jujur pada dieri sendiri. Tiada seorang pun ahli PAS dapat jawab soalan saya kenapa PAS sokong anwar Ibrahim walhal 1998 dulu, Mohd sabu gelarkan beliau sebagai "aljuburi". Saya masih ingat ayat Mohd SDabu " Inikah orang yang akan memerrrrtabatkan bangsa melayu".
Perkataan "R" sengaja dipanjangkasn sesuai dengan imej beliau yang suka memaki hamun .
Saya juga ingin bertanya kenapa PAS sekarang dah sanggup berbaik dengan DAP( op maaf bukan berbaik tapi jadi kuli) tetapi begitu berkeras tiada tolak ansur dengan UMNO.
Masalah saudara ialah saudara tidak boleh terima teguran. Bila ditegur, dituduh pula kita sebagai "tipikal ahli UMNO".
Saya masih tak dapat jawapan dari Nasarudin mengenai kenapa PAS sanggup berbaik dengan pengkhianat bangsa seperti anwar . Nasarudin mungkin "lupa" yang satu ketika dulu Mohd Sabu mencabar Tun Dr Mahathir memecat Anwar atas tuduhan seks songsang.
Kerana mahu bergerak kedepan lah saya gesa PAS buang sikap suka memaki hamun atau memfitnah yang jadi "trademark" Harakah.
Post a Comment