Pelan Damai untuk UMNO dan PAS
1. Sampai Bila Melayu Mesti Bercakaran ? Kita ummat Islam diajar supaya bersatu dengan Tali Allah [ Islam ] dan saling tolong menolong atas premis kebaikan dan Taqwa . Bukan atas premis dosa dan permusuhan .
2. Bagaimana bangsa melayu nak maju dan hebat jika asyik bercakaran dan bertelingkah . Bayangkan betapa banyak masa kita habiskan untuk persengketaan yang tidak membawa kebaikan kepada ummat Islam .
3. Masing - masing enggan mengaku kalah dan bertolak ansur . Saling tuding menuding jari antara satu sama lain sementara musuh - musuh Islam tentu sahaja tersenyum lebar melihat persengketaan yang kelihatan seperti tiada tepinya ini . Musuh tentunya galak menyuburkan benih persengketaan dan menyalakan api permusuhan sesama kita ummat melayu Islam .
4. Banyak agenda membangunkan ilmu pendidikan , pentarbiyyah diri dan masyarakat , tamaddun dan peradaban negara serta pertumbuhan ekonomi dan zon sosial yang harmonis tergendala akibat pergeseran dan pertelagahan yang begitu lebar jaraknya dan lama tempohnya.

5. Ahli UMNO rata - ratanya melayu dan beragama Islam , demikian juga ahli PAS berbangsa melayu dan beragama Islam . Malah seorang ahli UMNO pasti sahaja memiliki ahli keluarganya yang menjadi ahli PAS . Demikian sebaliknya ahli PAS juga mempunyai ahli keluarganya dari kalangan UMNO . Persoalannya sampai bila melayu UMNO dan PAS ini mahu bertelagah sehingga menjejaskan keharmonian berkeluarga .
6. Saya kira UMNO dan PAS perlu ada pelan damai untuk menamatkan persengketaan yang panjang ini . Kebanyakan kita ummat melayu tentu telah berasa bosan dengan pertelagahan ini . Terutama menyaksikan gelagat pemimpin yang memburu kepentingan politik lalu mengeksploitasi sentimen kebencian antara kedua - dua belah pihak.
7. Kita juga tidak mempunyai banyak masa . Untuk menjayakan pelan damai yang saya cadangkan ini , semua pihak mesti berlapang dada . Korbankan perasaan dan kemahuan untuk bertolak ansur mencari nokhtah damai atau gencatan senjata . Laksana Aus dan Khazraj yang bersengketa ratusan tahun , akhirnya dengan Tali Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. , hati - hati mereka diikat dan ditambat kukuh untuk menjadi "satu" dan erat dibawa canopy Islam .
8. Khibrah atau pengalaman penyatuan melayu pernah berlaku dalam sejarah politik tanahair apabila PAS menyertai Perikatan seketika dulu . Namun 1001 masaalah lampau telah menjadi sejarah bahawa akhirnya penyatuan itu gagal apabila PAS ditolak keluar dari Perikatan pada masa itu . Tidak mengapalah pada sejarah lampau . Demi sebuah penyatuan melayu yang hari ini dicanang sendiri oleh para pemimpin UMNO , kita sedia membina sejarah baru khasnya generasi muda hari ini .
9. Walaupun sejarah perit telah dilalui oleh PAS sewaktu ditolak keluar dari Perikatan tempoh silam , perit melihat pembunuhan di Memali , perit menyaksikan pemimpin - pemimpin PAS disumbat ke penjara [ ISA ] , perit menyaksikan kerajaan Kelantan dirampas pada 1978 setelah 18 tahun berkuasa sebelum ditakluki kembali pada tahun 1990 ...... PAS seperti boleh melupakan segalanya demi perjuangan untuk mendaulatkan Islam serta penyatuan ummat melayu Islam sebagaimana :
Nota : Itulah pelan damai untuk UMNO dan PAS yang saya maksudkan . Jika ini berjaya , maka kebimbangan UMNO mengenai masa depan kuasa politik orang melayu akan dapat dijawab dan diatasi dan melayu Islam akan menjadi lebih kuat di dalam Pakatan Rakyat . Saya mohon Pelan Damai ini diterima sejujurnya oleh semua pihak . Aslim Taslam : Kamu Terima Islam Kamu Selamat . Ameen Ya Rabbal A'lamin .

- PAS bersedia melupakan apa sahaja kenyataan dan tindakan yang pernah dilakukan oleh Yb. Dato' Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau bersama UMNO dan BN terhadap PAS , apabila Yb. Dato' Seri Anwar Ibrahim sanggup dan sedia menghulurkan tangan persahabatannya dengan PAS untuk sama - sama berjuang membasmi rasuah dan menentang penyalahgunaan kuasa .
- PAS boleh melupakan apa sahaja kenyataan dan tindakan yang pernah dilakukan oleh YAM Tengku Razaleigh Hamzah sewaktu beliau bersama UMNO dan BN menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan pada tahun 1978 , apabila YAM Tengku Razaleigh Hamzah juga sanggup dan sedia menghulurkan jasa bakti beliau memimpin kebangkitan rakyat dan berjuang bagi pihak rakyat kelantan untuk mendesak agar royalti minyak Kelantan dibayar .
Nota : Itulah pelan damai untuk UMNO dan PAS yang saya maksudkan . Jika ini berjaya , maka kebimbangan UMNO mengenai masa depan kuasa politik orang melayu akan dapat dijawab dan diatasi dan melayu Islam akan menjadi lebih kuat di dalam Pakatan Rakyat . Saya mohon Pelan Damai ini diterima sejujurnya oleh semua pihak . Aslim Taslam : Kamu Terima Islam Kamu Selamat . Ameen Ya Rabbal A'lamin .
36 comments:
Asalamualaikum,
1.Tiada keIKHLASan..saudara perlu berikan CARA......CARA...CARA Pelan Damainya,bukan dok menyindir tak tentu hala.
2.Firman Allah:"Dalam hati mereka ada penyakit,lalu ditambah Allah penyakitnya;dan bagi mereka seksa yang pedih"Surah Al Baqarah 10.
3.Renungkan wahai pemuda PAS.
salam,
mengigil anti UG @ ust g baca ni ... hehehehe
pemuda sek 18
Salam perjuangan buat ust din, hati kecil ana berkata dengan ketenangan yg ana blh shj menerima pelan damai ini, cumany terdetik jauh di lubuk hati adakah UMNO akan tulus ikhlas menyambut tali Allah, teramat pedih bila mengenangkan perbuatan jahat UMNO terhadap PAS seperti yg tercatat dalam lipatan sejarah negara, ditambah lagi dengan tohmahan ahli2 PAS yg tk pernah bersetuju dengan idea ini..jd, ana mnt ust sbg ikon DPPP haruslah berbincang dulu dengan kepimpinan tertinggi PAS utk mengeluarkan sebarang pelawaan @menyambut idea oleh UMNO.ana tk sanggup nk melihat implikasi -ve hasil dari sambutan pelawaan tersebut walaupun dengan hanya megeluarkan kenyataan. kita sudah sedia maklum bahawa ada org yg sentiasa mengintai untuk menghemtam ust khususny, dan ini bagi ana blh mencalarkan kredibiliti ust sbg ketua DPPP. bila ana baca blog wan ji, ana terkilan dengan entry yg dia letak gambar org utan, seolah dia menghina wawancara ust dlm akhbar, kl blh ana tknk perkara ini berulang. 1perkara lagi, iaitu ana melihat dari track record UMNO, begitu ssh utk UMNO ini menjadi insan yg baik kerana hati mereka terlalu kotor dek dosa2 yg bergelumang bersama dengan mereka(dengan tidak menolak bahawa Allah blh berikan hidayah), dan berkenaan dengan pimpinan tertinggi UMNO yg mempelawa PAS bekerjasama, mgkn itu hanya pendapat dan pelawaan individu dengan kita beringat bahawa ahli UMNO bukan seorg dua, tetapi beribu bahkan dalam beribu itu terdapat beribu juga yang berhati busuk. nasihat ana ambillah jln selamat. ana sayang ust din ana sayang juga wan ji, ana sayang juga TGNA, ana sayang juga TGHH..ana nk terus melihat PAS sebagai sebuah gerakan Islam gemiliang dengan ukhuwwah Islamiyyah. putuskan mengikut lunas nescaya wala' semua ahli bersama Jamaah.-insan yg sayangkan Jamaah Islam-
Assalamualaikum kepada semua yang membaca komen ana yang daif lagi lemah ini,terutamanya kepada penulis blog ini iaitu kekanda Al Fadhil Al Ustaz Nasrudin Hassan At Tantawi yang amat ana hormati. Mengenai "PELAN DAMAI UNTUK UMNO DAN PAS" yang di ilhamkan olah Al fadhil Ustaz, sesungguhnya ana amat menghormati akan pendapat serta cadangan Al fadhil Ustaz ke arah penyelesaian antara DUA KUASA BESAR PARTI POLITIK yang MAJORITINYA di ANGOTAI dan di PIMPIN oleh BANGSA MELAYU yang BERAGAMA ISLAM di BUMI MALAYSIA ini. Tetapi TIDAK BERERTI Ana BERSETUJU dan TIDAK PULA BERMAKNA MEMBANGKANG akan PELAN DAMAI INI, kerana pada PENDAPAT ana yang daif ini APAKAH HUJAH2 atau SEBAB MUNASABAH yang boleh di jadikan PUNCA akan terlaksananya PENDAMAIAN ini?. ADAKAH KERANA BERPENDAPAT BANGSA MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM?dan atas sebab alasan itu PAS dan UMNO HARUS BERSATU bagi menyantumkan semula masyarakat MELAYU/ISLAM di MALAYSIA yang telah terbahagi 2 dari segi ikutan POLITIK angkara FAHAMAN atau IDEOLOGI POLITIK yang berbeza. Kiranya itulah alsannya PENDAMAIAN ini mungkin Ana bertepuk sorak serta menyokong Pelan ini. Tetapi mungkin tepuk dan sorak ana akan terhenti dan SECARA TERANG TERANG AKAN MENGUTUK SELURUH KEPIMPINAN PAS TERMASUK Al fadhil ustaz Din sendiri, ANDAINYA PAS DAN UMNO BERDAMAI DAN BERSATU namun PAS MASIH GAGAL MELETAKAN AL-QURAN DAN HADIS DI ATAS PERLEMBAGAAN NEGARA.Bukan seperti sekarang PERLEMBAGAAN ALLAH DUDUK DIBAWAH PERLEMBAGAAN CIPTAAN DAN PENGARUH BARAT. Akhir kata MAAF KIRANYA TULISAN ANA menimbulkan pendapat yang berbeza dengan pendapat PEMBACA mahupun Al Fadhil Ustaz Din sendiri.Ini adalah PENDAPAT PERIBADI ANA dan ana HARAP PEMBACA TERMASUK AL Fadhil Ustaz Din MENGHRMATI nya sepertimana ANA . kerana Demi Allah ya rabbul alamin Ana MENYERTAI PAS dan menyayangi PARTI PAS kerana PAS mendahulukan dan mengutamakan ISLAM dalam segala aspek sepertimana muqaddimah PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA iaitu "DEMI UNTUK MENYEMPURNAKAN TAQWA KEPADA ALLAH DAN KEBAKTIAN KEPADA SESAMA MANUSIA, YANG DIJADIKAN BAGI MENEGAKKAN ALAMRU BIL MA'ARUF WAN NAHYU 'AINIL MUNKAR DALAM KEHIDUPAN BERMASYARAKAT DAN BERNEGARA"...amin..
jangan harap umno nak terima...suruh dia keluaq dari barisan nasional masuk pakatan rakyat..
Maaf; saya rasa TIDAK tepat apabila saudara menyatakan PAS telah melupakan apa jua tindakan DSAI terhadap PAS satu ketika dahulu. PAS menerima DSAI disebabkan persetujuannya di atas perkara dasar yg menjadi persefahaman ikatan PR. Parti Islam bukan diajar utk melupakan, melainkan jika benar-benar mereka datang dan meminta maaf atas apa yg telah berlaku.
Keduanya; dalam kerjasama utk mencari penyelesaian terhadap isu minyak di Kelantan; jauh sekali PAS menngambil langkah melupakan segala benda jahat yg dilakukan oleh beliau. Tidak sesekali. PAS hanya bekerjasam dlm perkara yg memberiu kekuatan utk ISLAM serat mengmbalikan keadilan.
Saudara kena berfikir luas. 'Ibrah perlu dijadikan teladan bukan utk diluapakan. Istilah melupakan bukan diajar dlm Islam malah Islam meminta berwaspada sekalipun dlm bertafalluf.
Melainkan jika mereka datang memohon MAAF dan menyatakan bersama ISLAM sepenuhnya, maka masa itu kita mesti memaafkan.
Jzklh
salam ustaz,
ustaz ni kiranya bebal jugak ya. tak bolehkah kita tunggu selepas pru13, selepas pakatan rakyat mengambilalih purajaya? dengan pas parti yang dominan?
pastikan parti dominan dulu selepas pru13. buat kerja ke arah itu dulu. saya cabar pemuda pas untuk menggerakkan jentera kearah itu. kuasai kawasan2 melayu di mana umno dominan. boleh?
sebelum dari itu, usahlah menjaja "bersatulah melayu". jangan melolong umnolah yang nak bersatu dengan pas kini. bukankah pas pernah terjerat dengan unity government? apakah untuk mentutup kelemahan pas dituding pula umno yang gilakan penyatuan dengan pas?
di mana setiausaha agung apabila tg presiden kata pas tidak mahu dukung biawak hidup? tetapi terus menyambut perbincangan g to g apabila tgna 'melatah' nak jumpa tpm?
tgnalah yang lantang menentang ug dulu. dia adalah mursyidul am pas. dia juga mb kelantan. 'perubahan' tgna mengejutkan. cuma siapa menasihat tgna bahawa perbincangan tgna dengan muhyiddin sebagai perbincangan g 2 g? kenapa sua terus menyambut dan menyokongnya? kalau tgna statusnya mb, maka yang mesti ditemuinya adalah piem, bukan tpm - berdasarkan konsep federalisme yang negara amalkan. jumpa tpm, bincang2... piem kata dia tak setuju, dia tak terlibat. tpm kena rujuk pada dia dulu sebelum apa2 keputusan dibuat. orang tengah ni tak boleh dipakai. lagipun mana umno pernah respek pasal federalisme ni?
pelan damai? ini politik la ustaz bukan peperangan!
hampeh!
ustaz,
maaflah. saya geli geleman dengan 'pelan damai' ustaz. saya tertanya2 sama ada ustaz faham akan apa yang ustaz luahkan kerana terdahulu ustaz bertrack suit menyebar risalah "Bebaskan Negara dari Kerajaan Tahi".
akal saya (yang kerdil bab agama) tak dapat terima apa yang akal ustaz (yang berpendidikan agama). mungkin kekerdilan bab agama saya dengan ketinggian pendidikan agama ustaz yang menyimpangkan pandangan kita.
wallahu'alam.
Ana stuju ngan pendapat ustz..!
Salam Perjuangan...
Ana tidak berhajat untuk mengulas kenyataan al--Fadhil Tuan KP DPPP...
Tetapi ana menyokong dan sedia mendokong apa yang telah diluahkan dalam entry ini...
Takbir... Allahu Akhbar
Salam,
Setuju benar dengan pandangan Ustaz. Sampai bila UMNO dan PAS nak bertelagah. Akhirnya musuh Islam yang tersenyum gembira.
Bersatulah atas nama Islam untuk mengangkat martabat bangsa Melayu.
Melayu di Perantauan.
Saya tak sangka Ustaz Tantawi punya kebijaksanaan terpendam dengan menjemput UMNO ke pangkuan Pakatan Rakyat.
Barang siapa yang tidak membaca entri ini secara penuh, pasti akan keliru. Alhamdulillah, pendirian ustaz ada baik dan benarnya.
Namun, saya lebih bersetuju sekiranya UMNO dibubarkan lalu menyertai PAS demi melaksanakan perjuangan islam sebenar...
Assalamualaikum wrt...
Kehadapan Ust.Nasrudin Hassan At Tantawi yang dihormati.
Perdamaian hanya akan berlaku apabila kedua dua pihak hendak berdamai.
Tidak berlaku perdamaian apabila terlalu banyak muslihat dan tipu daya.
Apa yang berlaku kini adalah muslihat dan tipudaya musuh. Dan adakah Ust. mencadangkan kita bersama dengan musuh. Setelah kita mengetahui mereka itu musuh. Kemunafikan mereka begitu ketara.
Adakah ust mahu kita bersekongkol dengan para munafik.
Saya terkedu. Jika Hukum ALLAH mereka boleh persenda. ALLAH pun mereka boleh "tipu" di DUNIA ini.
Adakah mereka akan jujur bersama PAS ????....usah bicara lagi soal HIDAYAH......kerana manusia yang dapat hidayah PASTI akan terus meninggalkan UMNO dan sertai PAS.
Bukan isu perpaduan PAS dan UMNO perlu dicanangkan. Tetapi isunya adalah PEMBUBARAN UMNO dan terus menyertai PAS. Atas dasar ISLAM.
Usah terperangkap wahai Ust Nasrudin Hassan At Tantawi.
Kerana PERANGKAP UMNO KIAN MENJERAT PARA PAHLAWAN DAN NAKHODA PAS. Hanya kebijaksanaan yang berpandukan Iman dan Takwa akan menyelamatkan kita SEMUA dari tipu daya.
wassalam
Pemuda rembau dan shah alam.
salam perpaduan.
ana setuju dengan ustaz, kita dok terfikir kenapa orang-orang arab berbalah sesama sendiri, orang arab islam tak bersatulah dan macam-macam dan mangsanya adalah palestin. hamas dan plo pun tak bersatu. pada pendapat kita kenapa ia berlaku. buruk sangat kah perangai orang arab ni... balik kepada bangsa kita, bergini lah jadinya... pun berpecah belah masing-masing nak menang yang untuk orang bukan islam.. dok marahkan sangat yahud kita pun kat sini perangai macam yahut...bersatulah bangsaku... lupakan seketa mari bina harapan baru.. wasalam
salam,
siapa yang harus kita pilih,
kawan yang nak menolong atau kawan yang terang-terang menentang kita.
abang nuar tu kalau betul dia ikhlas dah lama masuk PAS sama juga dengan zaid, kenapa tidak duduk dalam jamaah. Sama juga DAP walaupun TGNA kata pendapat peribadi tetapi itu lah pendapat mereka.Apakah agenda mereka akan membantu perjuangan kita, wasalam
Sure lepas ni Ust akan dicop Balaci UMNO, Barua UMNO, Pencacai UMNO oleh pentaksub yg merasakan merekalah 'Ahli Syurga'.. Kalau Rasullullah seorang pendendam, sudah tentu Abu Suffian tidak akan masuk ke dalam Islam. Padahal namakan apa yg Abu Suffian dan kuncu2nya tak buat untuk menghalang dakwah Rasullullah? Korang ni Parti Islam ke Parti Demokratik? Cerita Sirah Rasul berdegar2, akhlak Rasul tak mau ikut. Atau dah terpesona dgn 'Umar Abd Aziz Penang'..
Sorry dgn kata2 keras ini.. berpijaklah dibumi yg nyata kerana PAS dilihat sbg talibarut DAP sebagaimana UMNO yg tunduk kepada MCA dan MIC.
Antihipokrit
kita patut lihat dari perspektif positif.. sebab musuh2 islam tunggu masa sahaja nak melanyak umat islam dimalaysia ini... bukan ikut dendam kesumat yang hanya merugikan kita semua.. Allah bersama kita.. yang baik itu adalah PERPADUAN... PERPADUAN UNTUK KITA SEMUA UMAT ISLAM DAN TANAH TUMPAH DARAH KITA SEMUA... SIAPA LAGI YANG WAJIB BERKUASA SELAIN KITA UMAT ISLAM DI TANAH TERCINTA INI... bayangkan kalau selain kita.. (cth singapura)
*keindahan kemaafan*
Assalamualaikum wtb..
pada pandangan hamba ini, apalah kiranya wajar diperhalusi akan maksud yang tersirat di warkah AlFazil UST Din ini.. kalu dihalusi ternyata ianya memberi kebaikan kepada PAS...mungkin pada mereka yang meletakkan emosi akan merasakan sebaliknya, tetapi pada mereka yang memikir secara peperangan, hamba rasa ini pelan yang boleh diterima dalam memenangi peperangan, walaupun hakikatnya ini adalah persoalan politik...
Asalamualaikum,
Bagi sy UMNO dan PAS adalah bagai adik-beradik yg selalu bercakaran tentang apa saje. Yg satu kata A, yg satu lagi pasti kata B. Hakikatnya masih adik beradik.
Bila ibu-bapa dah tiada, maka adik beradik ini mencari haluan sendiri.
Jika, ibu-bapa masih hidup, pasti kedua-dua kena balun dgn ape saja yg sempat dicapai - kayu api, pelapah kelapa, selipar getah dan ape saje.
Ape kan daya, ibu-bapa dah tiada, siapakah yg boleh baikkan mereka ini ?
Jika kedua mereka boleh berpakat/bersatu dgn org luar (yg bukan adik-beradik), kenapa mereka sendiri tidak boleh bersatu ?
Hanya mereka sendiri yg boleh buat keputusan samada hendak bersatu sesama adik-beradik.
Jika mereka tidak bersatu, nasib badan sendirilah.
ONLY ALLAH KNOWS BEST.
Nani Cheras
Salam Ustaz
Inilah pegakuan berani dari seorang yang berpegang kepada Tali-Allah. Jangan hiraukan bangkangan atau halangan kerana niat yang murni ini.
Bumi mana yang tidask ditimpa hujan, laut mana yang tak bergelora. PAS akan kata UMNO khianati mereka manakala UMNO akan kata PAS menjahamkan mereka. Bilakah ini akan berakhir melainkan ada satu titik noktah persefahaman.
Demi Allah, semoga niat suci ini mendapat kejayaan. InsyaAllah.
Pohon maaf diatas pandangan tidak baik saya kepada tuan selama ini.
Allah hu Akbar!
salam,
tidak ada salah pandangan ustaz cuma, perkara yang dibincangkan ini tidak patut dikeluarkan pada waktu ini...
pastu bila utusan putar belit fakta, kecewa pulak dgn tindakan mereka... takkan tak boleh baca lagi gerak saraf politik diorang...
ustaz pun tahu politik adalah persepsi...
kajilah cara politik TGNA... kenapa dia beria-ia menolak nya sekarang.... sebab dia ingin membina persepsi masyarakat terhadap PAS & UMNO,
memnag bukan senang memegang jawatan tu, tapi tolong lah jadi alim & mahir dalam politik juga...
"orang jahat yg bijak akan pandai menipu, orang baik tak bijak akan ditpu, so kena la jadi orang baik yg bijak baru tak kena tipu"
Apa pun "Pelan Damai untuk UMNO dan PAS" yang dilontarkan oleh Ketua DPPP ini adalah saharusnya diberi perhatian yang mendalam dan dengan hati terbukan oleh semua pihak samada dari kalangan pemimpin dan ahli PAS dan juga UMNO.
Sejarah silam semasa PAS menyertai Perikatan adalah berdasarkan kapada aginda perpaduan dan pembangunan rakyat, bukan perpaduan Melayu/Islam. Apakah isunya menyebabkan berlaku PAS keluar dari Perikatan, semua pihak telah melupainya. Dalam percakapan, blog, artikal dan kenyataan pemimpin dan juga ahli, tidak ada sesiapa yang pernah menyebut, apakah isu sebenarnya. Malah, yang terbaru, dalam blog Ketua DPPP pun juga tidak menyebut, apakah sebab-sebabnya. Seharusnya pemimpin muda mencari daripada pemimpin-pemimpin PAS yang terdahulu, yang masih lagi hidup. Adalah dipercayai, jika ini diperolehi, jelas kapada semua pihak bahawa apa yang idea yang di lontarkan oleh Ketua DPPP itu boleh diperbincangkan secara lanjut.
Ketua DPPP banyak menyentuh tentang kepentingan Melayu dan Islam yang pada pendapat beliau amat merugikan jika pertelagahan di antara PAS dan UMNO itu berpanjangan, terutamanya dari segi pendidikan anak2 Melayu/Islam, ekonomi Melayu/Islam dan banyak lagi bidang untuk kepentingan Melayu/Islam. Pendapat serupa ini amatlah disanjung, kerana sesiapa pun pejuang Melayu/Islam yang berkecimpung jauh dalam politik masa kini, inilah agenda yang melekat di lubuk hati masing-masing.
Persoalan yang harus di fahami oleh semua pihak bahawa tawaran-menawar yang dilakukan oleh kedua-dua belah pihak ini, adakah berkehendakkan ianya terus berlaku sekelip mata?. Ianya memerlukan perbincangan, bermuzakarah, bermuhasabah, malah beristikharah dalam solat yang sunat supaya satu petunjuk dari Allah SWT di perolehi oleh kedua-dua pihak.
Pelawaan, ada baiknya UMNO menyertai Pakatan Rakyat, tidak timbul. Perkara pokok ialah UMNO dan PAS itu adalah parti Melayu yang sama2 ingin mempertahannya bahawa Melayu/Islam adalah di hadapan yang mana amat jelas kapada pengelihatan semua rakyat, ianya akan berkubur ditelan oleh kekuatan pihak lain yang ingin melihat Melayu/Islam tidak berkuasa ditanah airnya sendiri.
Sdra Ketua DPPP...!!!!, keikhlasan sdra memperkatakan 'Plan Damai untuk PAS da UMNO' adalah dikira satu pendapat yang menjadi catatan sejarah bahawa "PAS ITU MELAYU vs UMNO ITU MELAYU", apa kesudahannya?
Hussin (diatas)=otak kambeng
mengaku pun jahil agama..
ustaz, pedulikan suara sumbang husin yg jahil ni..
btw, sy x setuju lgsung umno masuk pr
Apakah PAS sanggup Menerima UMNO sebagai Rakan dan sahabat sejati..??
•SEJARAH TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA UMNO BERSEKONGKOL DGN YAHUDI SEJAK ZAMAN SEBELUM KEMERDEKAAN NEGARA LAGI…
Bila UMNO kata mereka yg memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita ini.. maka hampir 80% golongan muda dan golongan cerdik pandai dari kalangan bangsa melayu akan bangun berdiri meminta bukti serta fakta yg kukuh siapa dia manusia2 dlm UMNO yg mempertahanankan tanah air kita dahulu..
Orang UMNO mana yg mengangkat senjata menentang penjajah..?? orang UMNO mana yg terpaksa melarikan diri ke dlm hutan dgn meninggalkan anak, isteri / suami semata2 kerana diburu oleh tentera2 british kerana dituduh sbg komunis dan gerakan2 berhaluan kiri..
Tun Mahathir dan Tunku Bedol Raman Kat mana masa tu..??
dibawah naungan British bukan..??
menjadi anak emas Britishkan..!!
Knp para pemimpin melayu yg menentang British ditangkap di bawah ISA, dibunuh dan diburu sehingga ke dlm hutan..??
Siapa yg menjadi dalang dan tali barut British serta pemberi maklumat risikan kpd pihak British tentang gerakan2 pejuang melayu tersebut sehinggakan mereka semua dijejaki dan ditangkap oleh british… ??
Golongan yg menjadi " BARUA " British inilah yg pada waktu dan ketika ini dgn tidak berasa segan silu mengatakan bahawa mereka semualah yg berjuang menuntut kemerdekaan..
Wahai sekalian Mahluk UMNO kalau kalian semua bodoh jangan pula cuba nak memperbodohkan org lain terlebih2 lagi golongan generasi muda melayu..
Semua org tahu yg UMNO ini dululah yg menjadi kakitangan serta mata telinga British dan bekerja dgn kerajaan British untuk mentadbir Malaya..
Huhu..!! kalau dgn Puak2 tak berpelajaran serta sengal bolehlah nak temberang….
Semua org tahu bahawasanya,Orang2 UMNO nilah dahulunya yg mengampu pihak British serta menghasut dan merendah2kan org melayu dgn hasutan yang cukup popular pada masa itu..
” Macam mana org melayu nak perintah negara sendiri kalau nak buat Jarum sebatang pun tak tahu ”
Justeru itu UMNO dgn redha menerima pakai Perlembagaan Negara ciptaan Sir Load Reid ( seorang Yahudi ) hingga ke hari ini dan membakulsampahkan hukum Allah.. - bukti nyata UMNO bersekongkol dgn musuh Allah.
Ketika British memperkenalkan konsep ” Jus Soli ” iaitu menerima dan mengiktiraf semua bangsa yg berada di Malaya ketika itu sebagai warga negara malaysia ( cina dan india ). Siapakah yg bersetuju dgn agenda yahudi tersebut..?? bukankah tangan2 UMNO yang menyambutnya dgn redha..?? walaupun ketika itu semua ulama` yg bercita-cita mendirikan daulah islamiah dalam negara kita menentang agenda Yahudi tersebut..?? Apakah UMNo masih nak menafikan segala kedurjanaan mereka ketika itu..
Tunggulah di makamah Allah dipadang Mahsyar nanti dan saksikan lah bagaimana Allah membentangkan segala2nya berhubung tentang peranan UMNO bersama2 Yahudi dan Nasara bersepakat merencanakan penubuhan negara proxy yahudi di Malaysia ini.
Kami merayu kepada sekelian Penyokong serta Ahli UMNO yang kononnya drpd golongan cerdik pandai melayu, silalah Tuan2 dan Puan2 senaraikan beberapa nama2 Para pejuang UMNO yg telah ditangkap serta dipenjara oleh pihak British dan telah menggadaikan nyawa mereka demi mempertahankan kesucian Agama dan Maruah bangsa Melayu..
Sila nafikan bahawa org yang merangka serta menulis Perlembagaan Negara Malaysia ( Sir Load Reid ) Bukan seorang Yahudi Laknatullah.. sehinggakan dalam frasa2 terakhir Perlembagaan Negara Yahudi sendiri menulis ” Bahawasanya selepas ini tiada sebarang Undang2, akta mahupun peraturan baharu yang boleh mengatasi segala Undang2 yang telah termaktub di dalam perlembagaan Negara baru Malaysia yang merdeka lagi berdaulat.
* Dengan termatrinya frasa2 terakhir tersebut maka segala hukum Allah telah dipijak2 serta diinjak2 di bawah telapak kaki yahudi Laknatulullah hanya dgn kita berpegang kepada Perlembagaan Negara ciptaan yahudi tersebut.
Sila cabar fakta dan sahutlah cabaran Aku wahai panglima dan srikandi ketuanan sekular UMNO..??
salam..
kenapa seruan kepada penyatuan Melayu terdengar pada musim2 tertentu sahaja??
kenapa tidak dari dari sedekat, 2 dekat, 3 dekat, atau dekat-dekat yang lampau pelan damai (kononnya kesatuan melayu) ini dilaungkan??
jelas sekali musuh kita sedang rapi dan bertubi2 memasang jerangkap samar dan sesetengah dari kita juga kelihatan turut joget menari ikut dendang yang dipalu oleh musuh..
dek kerana terpukau oleh sihir dan asakan musuh..
ikhlaskah UMNO mengajak PAS untuk bersatu sedangkan dalam masa yang sama mereka SEDANG melontarkan jerangkap samar di perjalanan??
musuh sanggup lakukan apa saja..
mungkin mereka akan kata yes hari ni, tp lepas mereka dapat apa yg mereka mahu, mereka pasti akan berkata no, dan bergelak sakan karena berjaya menipu kita..
jangan kita terjerat dengan muslihat seni musuh..
salah makan ubat, nanti gering dan berulat..
~ANAK MUDA~
~MASIH MENCARI JALAN~
Ustat2 sekalian...
Tak belajar ke kisah Ikramah (anak Abu Jahal) dan Wahsy (yg bunuh Hamzah)...
Apa pengajaran dari kisah2 tu?
Islam hanya akan menang dengan bantuan Allah...
Allah bantu org yg berdendam, ke bantu org yg memaafkan???
Kaji Al-Quran/Hadith...
Jgn kaji ayat berkait politik je...
Islam bukan hanya politik je..
Islam menyeluruh...
~Umar Mukhtar~
Nampaknya koran tak kenal lagi siapa umno. Pas nak berdamai dengan umno umpama palestin nak berdamai dengan israel yang sampai sekarang tak damai-damai. Kau orang tengoklah nanti. Mati tegak korang kena tipu dengan proksi yahudi tu.
salam,
kurangkan bercakaplah ustaz, banyak lagi isu kenegaraan yg boleh dicakapkan. lagi byk ustaz bercakap, makin terserlah kurang bijak dalam politik. tahun depan bertanding KP lagi ke? harapnya pemuda tukar org lain!
salam,
apabila dengan DAP, mengapa plan damai negara islam dibelakangkan?kononya tukar kepada negara berkebajikan..sanggup mengatakan tiada agenda negara islam di dalam perlembagaan PAS hanya kerana nak ambil hati kafir yang tidur sebantal dengan PAS?
tetapi sesama saudara kenapa tak boleh bertolak ansur dalam berdakwah kepada mereka? kenapa kaum sedaara lebih tegas sesama sedara akidah dan agama tetapi lebih berlembut dengan si kafir? jelas bertentangan dengan apa yang disarankan di dalam quran yakni bertegas dengan kafir dan berlembut sesama islam..
berapa ratus tahun telah Pas cuba berlembut dengan UMno untuk menarik balik mereka ke jalan benar jikalau rasa diri pas itu sudah bagus dan islamik?jikalau hendk bercakap soal perpaduan yang pernah terjadi dahulu, sebagai parti islam, memang tak layak jadi parti islam. kerana apa? kononnya kerana dikhianati lalu hendak berdendam sesama islam sampai kiamat?kenapa parti islam pas ni sungguh tidak sabar sesama islam ha? kenapa suka melenting dan mudah mengambil tindakan bodoh dari dahulu ha? kenapa parti islam ni asyik sibuk berpolitik sampai lalai dalam membantu negara mendidik anak anak islam kita? jangan menunding jari kepada UMNO.bukankan pas mengatakan UMNO tidak bercirikan islam.lantas bukankah tugas parti islam untuk bergerak dan bekerja untuk berdakwah sejak 50 tahun dahulu secara berhikmah dan lembut.tapi selama 50 tahun ni pas asyik berpolitik dan sibuk memburukkan sesama islam.menjatuhkan sesama islam demi kuasa undi .
sejahat jahat UMNO, banyak juga kerja pengiktirafan untuk islam dilakukan. tak bolehkah pas bersabar dan bersama sama sesama sedara islam ini untuk membimbing mereka selangkah demi selangkah???jikalau inilah yg dilakukan PAS sejak 50 tahun dahulu, tidak mustahil kuasa orang islam kuat dan mungkin kita sudah menuju untuk membentuk sebuah negara Islam yang berjaya di rantau ini berteraskan syariat Allah sepenuhnya.
bersama kafir laknatullah tidak bersyarat dan sanggup untuk berlemah lembut.bersama muslim, nak bersyarat pulak..akhir zaman punya orang agama.. mcm nilah.. patutlah dikhabarkan apabila datangnya imam mahdi, orang agama ni lah yg akan dicarinya untuk ditibai dulu..orang agama yang perosak ummat lah tu..
saya harap tuan dapat fikirkan benda yang benar benar dicintai Allah dan rasul.bukan ikut telunjuk si nik aziz tu. tapi benda yg benar benar dicintai Allah dan Rasul. dan ingat, Allah dan rasul itu bersikap rahmah dan pengasih terutama sekali kepada hamba-hambaNya yang bertuhankan Allah dan bernabikan Muhammad SAW.
jangan gentar untuk kerja menyatukan ummat. Jangan ikut jalan toghut bertopengkan agama.buat kerja dengan penuh hikmah dan bijaksana.terutama sekali tatkala umat melayu islam kini yang dahagakan perpaduan..Satukan dahulu orang orang Islam seperti yang dilakukan oleh rasulullah apabila menyatukan dahulu orang orang yang menerima akidah islam.kemudian setelah bersatu, barulah urusan untuk mengimplementasikan syariat Allah sepenuhnya akan menjadi mudah. diwaktu perpaduan itu telah berlaku ,sesiapa yang menolak apa apa agenda berkaitan islam, dia terang terang menjadi pengkhianat Agama dan bangsa dan akan diperangi oleh semua lapisan masyarakat islam kita..
Assalamualaikum,
Kalau mengikut politikus, pandangan ustaz mungkin tidak sesuai buat masa ini kerana ia boleh melemahkan momentum politik PR yang agak kuat sekarang ini. Tetapi bagi kami yang bukan ahli politik ingin sangat melihat PAS-UMNo ini bersatu dari dulu lagi, sekarang kita tau UMNO agak lemah dan perlukan sokongan lebih ramai melayu islam, barulah kuasa tawar-menawarnya lebih tinggi. Dalam keadaan lemah dia terpaksa memberi lebih kepada permintaan kaum-kaum lain. Kalau dengan bukan Islam pun kita boleh berkerjasama, pasai apa sesama islam tak boleh?
Punca masalah pada saya terletak pada pemimpinnya.kalau pemimpin mahu bersatu dia akan cari ayat yang sokong bersatu dan sebaliknya. Orang bawahan cuma ikut saja. Mungkin kita kena tunggu dulu keputusan PRU13, baru bincang semula 'Pelan Damai'.
Apakah PAS sanggup Menerima UMNO sebagai Rakan dan sahabat sejati..??
•SEJARAH TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA UMNO BERSEKONGKOL DGN YAHUDI SEJAK ZAMAN SEBELUM KEMERDEKAAN NEGARA LAGI…
Bila UMNO kata mereka yg memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita ini.. maka hampir 80% golongan muda dan golongan cerdik pandai dari kalangan bangsa melayu akan bangun berdiri meminta bukti serta fakta yg kukuh siapa dia manusia2 dlm UMNO yg mempertahanankan tanah air kita dahulu..
Orang UMNO mana yg mengangkat senjata menentang penjajah..?? orang UMNO mana yg terpaksa melarikan diri ke dlm hutan dgn meninggalkan anak, isteri / suami semata2 kerana diburu oleh tentera2 british kerana dituduh sbg komunis dan gerakan2 berhaluan kiri..
Tun Mahathir dan Tunku Bedol Raman Kat mana masa tu..??
dibawah naungan British bukan..??
menjadi anak emas Britishkan..!!
Knp para pemimpin melayu yg menentang British ditangkap di bawah ISA, dibunuh dan diburu sehingga ke dlm hutan..??
Siapa yg menjadi dalang dan tali barut British serta pemberi maklumat risikan kpd pihak British tentang gerakan2 pejuang melayu tersebut sehinggakan mereka semua dijejaki dan ditangkap oleh british… ??
Golongan yg menjadi " BARUA " British inilah yg pada waktu dan ketika ini dgn tidak berasa segan silu mengatakan bahawa mereka semualah yg berjuang menuntut kemerdekaan..
Wahai sekalian Mahluk UMNO kalau kalian semua bodoh jangan pula cuba nak memperbodohkan org lain terlebih2 lagi golongan generasi muda melayu..
Semua org tahu yg UMNO ini dululah yg menjadi kakitangan serta mata telinga British dan bekerja dgn kerajaan British untuk mentadbir Malaya..
Huhu..!! kalau dgn Puak2 tak berpelajaran serta sengal bolehlah nak temberang….
Semua org tahu bahawasanya,Orang2 UMNO nilah dahulunya yg mengampu pihak British serta menghasut dan merendah2kan org melayu dgn hasutan yang cukup popular pada masa itu..
” Macam mana org melayu nak perintah negara sendiri kalau nak buat Jarum sebatang pun tak tahu ”
Justeru itu UMNO dgn redha menerima pakai Perlembagaan Negara ciptaan Sir Load Reid ( seorang Yahudi ) hingga ke hari ini dan membakulsampahkan hukum Allah.. - bukti nyata UMNO bersekongkol dgn musuh Allah.
Ketika British memperkenalkan konsep ” Jus Soli ” iaitu menerima dan mengiktiraf semua bangsa yg berada di Malaya ketika itu sebagai warga negara malaysia ( cina dan india ). Siapakah yg bersetuju dgn agenda yahudi tersebut..?? bukankah tangan2 UMNO yang menyambutnya dgn redha..?? walaupun ketika itu semua ulama` yg bercita-cita mendirikan daulah islamiah dalam negara kita menentang agenda Yahudi tersebut..?? Apakah UMNo masih nak menafikan segala kedurjanaan mereka ketika itu..
Tunggulah di makamah Allah dipadang Mahsyar nanti dan saksikan lah bagaimana Allah membentangkan segala2nya berhubung tentang peranan UMNO bersama2 Yahudi dan Nasara bersepakat merencanakan penubuhan negara proxy yahudi di Malaysia ini.
Kami merayu kepada sekelian Penyokong serta Ahli UMNO yang kononnya drpd golongan cerdik pandai melayu, silalah Tuan2 dan Puan2 senaraikan beberapa nama2 Para pejuang UMNO yg telah ditangkap serta dipenjara oleh pihak British dan telah menggadaikan nyawa mereka demi mempertahankan kesucian Agama dan Maruah bangsa Melayu..
Sila nafikan bahawa org yang merangka serta menulis Perlembagaan Negara Malaysia ( Sir Load Reid ) Bukan seorang Yahudi Laknatullah.. sehinggakan dalam frasa2 terakhir Perlembagaan Negara Yahudi sendiri menulis ” Bahawasanya selepas ini tiada sebarang Undang2, akta mahupun peraturan baharu yang boleh mengatasi segala Undang2 yang telah termaktub di dalam perlembagaan Negara baru Malaysia yang merdeka lagi berdaulat.
* Dengan termatrinya frasa2 terakhir tersebut maka segala hukum Allah telah dipijak2 serta diinjak2 di bawah telapak kaki yahudi Laknatulullah hanya dgn kita berpegang kepada Perlembagaan Negara ciptaan yahudi tersebut.
Sila cabar fakta dan sahutlah cabaran Aku wahai panglima dan srikandi ketuanan sekular UMNO..??
umno_malaysia@yahudi.com
Salam. subhanaAllah.
Ustaz sungguh berjiwa besar..
Saya terlalu kepingin meihat umat ini bersatu hati..
saya penyokong ustaz 100%
moga ustaz dimurahkan rezeki dan diberi keberkatan sepanjang kehidupan..
teruskan berjuang ustaz... kami kan tetap menyokong mu..
salam.
saya amat kecewa dgn ustaz. mengeluarkan kenyataan di luar jemaah. dan saya amat tidak setuju dgn pelan damai ustaz. ini semua karut. tahukah ustaz bhwa kenytaan ini akan diputar belit oleh musuh? kita ada jemaah. jemaah kita PR. mengapa perlu ambil pendekatan sndiri? kita ada syura. jgn melangkaui jemaah.
ada betulnya apa yg tgna buat. kerana sejarah telah membuktikan yg UMNO ni x kan pernah setia. UMNO ni jenis yg khianat, x kira pada siapa. huluran tgn perdamaian tu hnya retorik apabila dia merasakan yg dia ditolak rakyat. ustaz x nmpk atau buat2 x nmpk, sedang dia hulurkan tgn perdamaian, dia dok tikam kita dari belakang, fitnah x habes2. inikah yg dikakatan ingin bersatu? dlm masa yg sama, judi dibiarkan, khazanah negara tergadai, rasuha menjadi2, mslh sosial semakin kronik. INI MASALAH RAKYAT! INI YG PERLU DIUTAMAKAN! BUKAN MASALAH BERSATU DGN UMNO!
sedarlah wahai ustaz. saya tau ilmu saya tidak setinggi ustaz, tp saya belajar dari sejarah. siapa yg melupakan sejarah, mknanya sejarah itu akan berulang. mahukah pisang berbuah 2 3 kali?
maaf andai terkasar bhsa. sekian.
orang berpuasa tidak mungkin bersama dengan orang tak puasa walaupun mereka itu ahli keluarga, mereka yang tidak mahu berpuasa, mesti diperangi atau dinasihati.....
kita dah tahu mereka tidak makan dengan nasihat agar berpuasa..maka tak perlulah kita bersama mereka...
itu lah peranan kita, mahu bersama dengan orang berpuasa atau mahu bersama dengan orang tidak mahu berpuasa....pilih lah sendiri...
untuk memperjuangkan syariah Allah, keluarga itu boleh diketepikan...
selagi mereka tidak mahu berpuasa dan menentang puasa, selagi itu kita tidak boleh bersama mereka...kerana akidah mereka belum selari denga islam, kelak ia akan membuatkan umat islam semakin keliru...
itulah ibarat mereka yang menolak hudud...
Post a Comment