HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, August 1, 2010

Islam Adil Untuk Semua .

1. Kebelakangan ini negara kita dan sebahagian rakyatnya sedang memerhati isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Yb. Tony Pua berkait dengan diskaun bumiputera dalam pembelian rumah bagi hartanah yang bernilai RM 500,000 ke atas .

2. Ada beberapa perkara yang perlu terlebih dahulu saya tegaskan di sini berkait isu yang timbul sebelum saya mengulas lanjut .

Pertama : Yb. Tony Pua sewajarnya tidak mendahului Majlis Mesyuarat PAKATAN Rakyat dalam membuat kenyataan yang boleh mencetus kontraversi seperti ini sementelah menyentuh kepentingan bumiputera . Sedang Majlis Mesyuarat PAKATAN Rakyat adalah mekanisme terbaik untuk membincang dan membuat keputusan berkait isu seperti ini .

Kedua : Kenyataan Yb. Tony Pua adalah kenyataan peribadi beliau bukanlah mewakili suara atau kenyataan PAKATAN Rakyat . Sama juga seperti kenyataan Yb. Karpal Singh sebelum ini berkait dengan isu negara Islam .

Ketiga : Perkara ini tidak perlu tergesa - gesa melainkan ianya perlu kepada kajian yang mendalam dengan mengambil kira soal hak , keadilan dan kepentingan termasuk mengambil kira soal untung rugi sesuatu tindakan itu dari aspek politik dan masyarakat [ rakyat ] .

3. Sekali lagi saya melihat betapa Islam adalah agama yang indah malah menjadi penyelesai kepada masaalah yang sedang dihadapi oleh ummat manusia termasuk isu tanah dan pemilikan rumah kediaman. Tepat sekali tema ucapan dasar Yb. Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS baru - baru ini ialah Islam Adil Untuk Semua .

4. Selama mana sistem negara masih menerima pakai sistem kapitalis dan menolak sistem Islam, maka selama itulah sebenarnya negara akan terperangkap dalam satu kaedah yang sukar dan dilihat tidak adil kepada semua .

5. Islam mempunyai hukum dan pendekatan tersendiri dalam menyelesaikan masaalah pemilikan hartanah dan ianya tidak menzalimi bangsa , agama dan keturunan seperti

hukum Ihya' al mawat [ memberi hak kepada mereka yang menghidupkan tanah terbiar ] , Iqta' [ memberi hak milik kepada yang tiada kediaman ] dan
garis panduan Hima [ pemiliki tanah secara kuasa ] .

6. Penyelesaian secara cantas atau mengambil perkara cabang sahaja tanpa melihat kepada perubahan secara pokok [ iaitu perubahan dasar dan sistem ] , ianya dilihat tidak akan menyelesaikan masaalah . Sebaliknya mungkin masaalah lain pula akan timbul ekoran masih berpaut pada sistem dan dasar yang salah . Justeru itu , PAS konsisten menyeru masyarakat dalam negara ini khususnya pemimpin agar kembali kepada Islam dan melaksanakan syariatnya.


2 comments:

Asyraf said...

Salam Ustaz, sebagai cadangan, boleh tak kalu Pemuda menjemput SPRM untuk mengadakan pameran dalam program2 besar pemuda.

semoga SPRM dan pemuda dapat merapatkan jurang dengan pemuda.

Boleh juga diusulkan kepada agensi kerajaan yang lain.

Mohd Rejab said...

UStaz saya rasa lebih selesa membaca yang ini daripada tulisan ustaz. Saya sentiasa menjadikan tulisanustaz sebagai tujukan tarbiyyah, tyetapi tatkala tulisan ustaz melibatkan siyasah dan pendekatan politik, ianya tidak saya jadikan sebagai rujukan disebabkan damaging.

http://www.malaysiakini.com/news/139580

TPM didakwa 'batu api' lagakan PAS-DAP

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive