Malaysia Sambut Tetamu Dengan Arak
1. Saya rakamkan gambar - gambar ini beberapa minggu lalu sejurus memasuki pintu masuk KLIA . Telah lama saya menyedari perkara ini tetapi sering terlepas peluang untuk merakam gambar tersebut sehinggalah baru - baru dalam saya berkesempatan untuk merakam gambar ini dalam perjalanan pulang saya dari kota Kaherah Mesir.
2. Sebagai seorang muslim saya sangat rasa malu dan terhina dengan cara negara Malaysia yang rata - rata pemimpin mereka adalah melayu muslim . Cara ini lebih bermaksud memalukan negara atau hanya untuk memberitahu dunia bahawa malaysia adalah antara destinasi arak terbesar dan terpenting dunia.
2. Sebagai seorang muslim saya sangat rasa malu dan terhina dengan cara negara Malaysia yang rata - rata pemimpin mereka adalah melayu muslim . Cara ini lebih bermaksud memalukan negara atau hanya untuk memberitahu dunia bahawa malaysia adalah antara destinasi arak terbesar dan terpenting dunia.
3. Kerajaan UMNO dan BN selaku pemerintahan negara ini telah menghina dan mencabar kewibawaan ummat Islam selaku penduduk majoriti negara ini apabila mereka menjadikan arak sebagai material untuk menyambut tetamu yang memasuki negara ini . Malangnya fenomena ini tidak mendapat perhatian JAIS dan MAIS begitu juga JAKIM .
4. Mereka panasaran apabila non muslim masuk surau sedang ia jelas tidak bercanggah dengan agama malah telah pun difatwakan oleh majlis Fatwa Kebangsaan bahawa non muslim diharuskan memasuki ruang solat di masjid atau surau asal sahaja mereka memelihara adab kesopanan serta tidak menceroboh tempat suci ummat Islam itu .
4. Mereka panasaran apabila non muslim masuk surau sedang ia jelas tidak bercanggah dengan agama malah telah pun difatwakan oleh majlis Fatwa Kebangsaan bahawa non muslim diharuskan memasuki ruang solat di masjid atau surau asal sahaja mereka memelihara adab kesopanan serta tidak menceroboh tempat suci ummat Islam itu .
5. Sebelum ini Datuk Seri Najib sering menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam dan demikian jugalah kenyataan Yb Khairy Jamaludin . Persoalannya , negara Islam jenis apakah menjadikan arak sebagai minuman menyambut tetamu. Kalau pun ia untuk pelancung non muslim , saya tidak fikir mereka datang ke negara kita mencari dan meminum arak kerana di negara mereka , arak disalur melalui paip ke rumah mereka dan mereka bebas meminum arak beberapa tong sehari . Mereka tidak perlu ke Malaysia untuk mencari arak .
6. Apakah arak yang disusun atur sedemikian rupa untuk mempromosikan negara kepada tetamu tidak menimbulkan sedikitpun rasa jengkel di hati Ibrahim Ali , Khary Jamaludin dan Datuk Seri Jamil Khir . Sehingga mereka mampu diam dan tenang berbanding sikap mereka terhadap kes doa hidayah buat Ketua Menteri Pulau Pinang dan isu MP Serdang memasuki surau .
7. Jelas apa yang berlaku hanyalah menonjolkan sikap hipokrit UMNO dan BN yang hanya mencari kepentingan politik saat terdesak ditolak oleh rakyat tanpa mereka sedari tindakan mereka ini lebih menelanjangkan maruah dan mendedahkan keaiban mereka .
7. Jelas apa yang berlaku hanyalah menonjolkan sikap hipokrit UMNO dan BN yang hanya mencari kepentingan politik saat terdesak ditolak oleh rakyat tanpa mereka sedari tindakan mereka ini lebih menelanjangkan maruah dan mendedahkan keaiban mereka .
8. Jika mereka benar - benar serius dan yakin terhadap masa depan agama dan ummatnya di negara ini , mereka sewajarnya bertindak segera untuk tidak lagi menjadikan minuman keras itu sebagai "juadah" menyambut tetamu . Malangnya mereka hanya mempamerkan kejahilan melampau [yang menimpa mereka] apabila mereka mahu bertindak tegas ke atas khatib yang mendoakan hidayah buat Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut.
9. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak supaya kerajaan Malaysia [ jika mereka sangat prihatian terhadap kesucian agama Islam ] agar tidak lagi menjadikan ibu kepada segala maksiat dan dosa ini [arak] menjadi minuman utama negara yang pula dipromosi dan dihidangkan kepada tetamu .
10. Inilah malang apabila sesuatu tindakan hanya diambil berasaskan perkiraan dan perhitungan politik tanpa mereka mengambil kira asas ilmu Islam dan perlaksanaan syariat Islamiah .
9. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak supaya kerajaan Malaysia [ jika mereka sangat prihatian terhadap kesucian agama Islam ] agar tidak lagi menjadikan ibu kepada segala maksiat dan dosa ini [arak] menjadi minuman utama negara yang pula dipromosi dan dihidangkan kepada tetamu .
10. Inilah malang apabila sesuatu tindakan hanya diambil berasaskan perkiraan dan perhitungan politik tanpa mereka mengambil kira asas ilmu Islam dan perlaksanaan syariat Islamiah .
13 comments:
salam...
kes orang bukan Islam masuk masjid, mereka sibuk pertikaikan,
tapi yang sudah jelas haramnya dalam al-Qur'an terutamanya arak dn judi xde pula mereka ni sibuk nk buat isu di media.
Salam Ustaz,
Adoi USTAZ,
Selamat berpuasa..
Apa punya pemikiran la ustaz..
Penjualan arak tu untuk orang bukan islam. ada ke dia tulis kat situ, "orang islam sila beli". takde kan???
dia tak hidang percuma pun, sape nak kena beli.
pandai pulak skang ni cakap ibu segala maksiat tu arak,masa ni baru nak guna ayat quran, hadis segala bagai. tapi kat kelantan ada jual jugak dengan alasan untuk golongan bukan islam.sama la ngan kes ni. tak ingat lagi ke kes hassan ali ngan ronnie liu pasal arak ni??? tak payah la nak bercakap pasal maruah agama ustaz.PAS ni dah jadi macam melacurkan agama dah. konon-kononya demi islam, tapi mempergunakan islam demi kuasa semata-mata.
tak ingat ke dengan janji2 nak tutup kilang arak kat shah alam tu bila berkuasa???dah 2 tahun lebih, apa tindakan pun tak buat, pergi tanya nak besarkan lagi ada la. padahal lesen operasi PBT boleh ambil balik.
p/s : mamat yang kena tetak berdarah-darah, tapi takde kesan calar, luka langsung masa kat bagan pinang dulu dah sihat ke??bila nak bawak dia gi buat repot polis???
kah kah kah...
Assalamualaikum ust din. Teruskan perjuangan memberi pemahaman Islam yg sebenar kepada rakyat Malaysia.
TAKBIR!!
salam ustaz..
Kata negara Islam tapi separuh dripada pendapatn negara bedasarkan hasil penjualan arak dan judi...negara islam apa ni?islam hadhari?yg mana aurat wanita boleh didedahkan..seorg suami yg membiarkn isterinya mendedahkan aurat adalah dayus dan tergolong dalam golongan yg ditarik ke neraka..ingat perkara enteng ke aurat ni? ingat perkara enteng ke arak ngan judi ni..kerajaan yg berkuasa,kamulah yg btanggungjwb atas sume ni,kamu juga lah yg akn disoal dipdg masyar nnti ats sgla urusnmu yg melanggar syariat Islam..sesungguhnya Allah maha melihat akn segala perbuatan ank adam..
gapodio....
dangkal btol pemikiran....dah berpuluh-puluh tahun pun tak mampu nak tutup, nak banding dgn 2 tahun...
at least, dalam 2 tahun ade gak usaha dr YB Shah Alam...
lagi satu, mmg la xde sign suruh org Islam beli tp sepatotnye letak la kat tempat tertutup...
guna la akal fikiran tuu...jgn ckp x tentu arah je...
dasar penyokong UMNO yg nak pupus..
salam...
gapodio: hurm, tapi kt situ adeke tulis non muslim only?
it's nonsense ble kate arak tu dijual untuk non muslim, so, ape y diord provide untuk kita?
mase Nabi Muhammad mmbina negara Islam di madinah dulu pon, bukn smua org mse muslim, bleh je buat, nape kte nk buat alasan?
kita negara Islam sepatutnya ikut undang2 y ade dlm al-Qur'an,
kes kilang arak di S'ngor, kilg tu dibuka masa bila? siapa yg membenarkn? kerajaan pakatan ke? bn ke? jawab sndiri...
nak tutup kilang tu kene gune kuasa kerajaan persekutuan, persoalannya, siapa yg pegg kerajaan M'sia sekarang ni? spe pulk y bgi lesen kt diorg tu, bukn kerajaan persekutuan ke?
pihak pembangkang janji semua tu bila mereka dapat pegg kerajaan persekutuan...
smoga Allah mmbri taufiq dn hidayahNyakpd kita smua...ameen...
Salam,
kepada anon 19:39pm, 14:32pm dan litleantzz.
Kat airport tu ada banyak kedai2 yang bebas cukai.ada jual coklat, minyak wangi, jam, arak dan macam2 lagi. Yang litleantzz dok melalut apa lagi yang provide untuk kita??gua tak faham bro apa yang kau nak cakap. Better ko gi tengok sendiri kat airport.
Korang tak payah la nak sebut zaman rasulullah semua tu. Kalau tak betul2 belajar sirah memang la korang taktau. Nabi tak pernah halang hak2 orang bukan islam.
Aku tak nafikan kilang tu dibukak zaman UMNO memerintah.korang kena tau jugak kerajaan selangor boleh arahkan lesen operasi kilang tu ditarik balik melalui kuasa yang ada pada MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM. Tapi sekarang ni tak nampak pun kerajaan negeri nak ambik tindakan.
Tak ingat lagi kes Hasan Ali ngan Ronnie Liu?? Apa dah jadi??senyap camtu je. pastu bagi alasan arak tu untuk non-muslim. Banyakkan membaca dan wat kajian bai.nak hentam orang memang senang, tapi kalau kita takde ilmu nampak kita ni ikut membabi buta.
Nik Aziz pun bagi arak jual kat kelantan bro, takyah nak bising2. Dia sendiri cakap, back in 1999 kot, i cant remember exactly, yang cukai hasil penjualan arak ni boleh digunakan untuk buat jalan n others. Dia yang murshidul am kata boleh tiba-tiba luorang ilmu tak cukup nak kata tak boleh plak.
aku nak nasihat kat korang, kalau korang tak betul mengikuti sejarah negara tak payah nak berkokok sana-sini. Sesuatu isu tu fahami betul2, tengok fakta sejarah. Baca balik kenapa hadi awang cakap hudud hanya 0.0001(lebih kurang) peratus je dari hukum2 islam.
Kalau orang yang tak betul2 study dia akan percaya je apa orang cakap.
Kalau aku salah harap tegur.
memang Nabi x pernah halang hak untuk non muslim, tp bila isu menyentuh arak, zina, judi tu xde kompromi,
cuba bayangkn ade sorg non muslim mabuk lalu die bunuh sorg muslim, tp die dilepaskan, gara2 die non muslim, adil ke namenye tu?
pk2, Islam haramkan arak sbb kesannya pada masyarakat,
salam....hurm...kalau kerajaan boleh haramkan judi, kenapa xbleh haramkan arak dn judi? kesannya sama, merosakkan akal fikiran dan masyarakat.
lalu apa lagi alasannya?
Litleantzz,
Bai,
Sejak bila pulak ada hukuman untuk orang islam dan orang bukan islam berkenaan salah laku jenayah kat Malaysia ni??? Malaysia hanya praktikkan hukum syariah berkenaan kesalahan2 tertentu je seperti nikah,kahwin,cerai etc.
Bai, kalau lu nak tau,mahathir tak bagi kelantan n terengganu buat hukum hudud sebab tak adil tu la. Sebab hukum hudud yang PAS buat tu tak terpakai kepada non-muslim. Dah jadi 2 undang2, kesalahan sama tapi hukuman berbeza. Tak adil. Mahathir suruh PAS kaji balik, bukak kitab, cari penyelesaian macam mana nak buat hukum supaya sama rata sama rasa.
Lu tau apa PAS buat????PAS canang satu malaysia kata Mahathir n UMNO tolak islam. Bukannya dia nak cari penyelesaian.
Lu kena tau jugak bai, selain hudud, ada qisas dan takzir. Apa yang kerajaan dok buat skang ni ialah kerajaan guna hukum takzir.Kalau lu dok dengar ceramah PAS je memang tak kemana la. Ilmu tak bertambah, dosa lagi banyak.
Kerajaan tak pernah mengharamkan judi untuk orang bukan islam. Itu untuk keperluan mereka yang bukan beragama islam. Sesetengah agama tidak mengharamkan judi untuk penganut-penganutnya. Sebab tu bai, kalau lu lalu depan kedai no ekor dia akan tulis kat depan tu "Judi adalah haram disisi Islam"
Negara ni negara islam, tapi kerajaan tidak pernah menidakkan hak-hak mereka yang bukan beragama islam.
Harap lu clear bai...
Saya rasa tak apa kot jual arak gini. Khalid Samad pun kata ok bukak kilang arak.
knp la manusia suke ckp perkara yg die x tau...dlm islam,hudud hanya utk mukallaf.SIAPA itu mukallaf??org islam yg sudah baligh dan waras...ape org kafir ade dlm ciri2 mukallaf?!!lu dgn mahathir same2 jahil nak kte tok guru..
Post a Comment