Bencana Sosial: Kembali Kepada Sunnah
Pagi ini agak tenang dan nyaman menghirup udara segar di kaki bukit Pelindung Beserah, bumi tempat lahirnya Gerakan Islam awal di Tanah Melayu .
Musolla ar-Raudhah yang boleh dikatakan berada hampir dengan kaki bukit Pelindung, suasananya turut tenang dan syahdu ditambah lunak dan merdunya surah al-Sajjadah yang baca oleh Tuan Imam pagi ini.
Menghayati suasana sedemikian, saya seperti biasa menyambung siri kuliah subuh menggunakan kitab al-Waafi karya guru saya Syeikh Dr. Mustafa al-Bugha dan Muhyiddin Misto syarah kepada sebuah kitab yang masyhur Matan al-Arbain al-Nawawiah karangan Muhyiiddin Abu Zakaria Yahya ibn Syaraf rahimahullah. [ wafat 676 Hijriah ]
4. Kebetulannya pada hari ini kami telah sampai pada hadis ke 28 yang menjelaskan mengenai wasiat Nabi saw kepada para sahabat baginda dan seluruh ummatnya yang menghadapi fenomena akhir zaman . Suatu hadis atau wasiat yang cukup terkesan kepada pada saya dan seluruh ahli jamaah Musolla ar Raudhah . malah saya percaya wasiat ini juga turut meninggalkan kesan mendalam kepada setiap ummat islam yang membaca dan menghayatinya . Suatu wasiat yang merentas zaman bahkan inilah masa untuk merealisasikan wasiat baginda Mustafa saw. tersebut.
5. Matan hadis tersebut atau nasnya , sahabat boleh rujuk kepada kitab yang telah saya sebutkan tadi. Saya nukilkan terjemahannya di sini untuk renungan kita bersama .
daripada Abi Najih al Irbaadh bin Saariah rha katanya : Rasulullah saw telah memberikan peringatan kepada kami dengan suatu peringatan yang menggerunkan hati dan mengalirkan air mata , lantas kami berkata :
Wahai Rasulullah , ianya seolah - olah satu peringatan terakhir [ perpisahan ] , maka berilah wasiat kepada kami ! . Lalu Baginda saw bersabda :
Aku wasiatkan kamu agar kamu bertaqwa kepada Allah Azza wa Jalla serta dengar dan taat sekalipun yang menjadi pemimpin ke atas kamu ialah seorang hamba . maka sesungguhnya sesiapa yang hidup [ panjang umur ] dikalangan kamu , pasti ia akan melihat perselisihan [ krisis , konflik dan kemelut ] yang banyak. Justeru itu kamu wajib berpegang [ komited ] dengan sunnahku dan sunnah khulafa' ar Raasyidin yang mendapat petunjuk [ daripada Allah swt ].
Genggamlah sunnah tersebut dengan geraham kamu [ seerat - eratnya ] dan berwaspadalah [ hati - hatilah ] kamu dari perkara - perkara baru [ yang direka cipta dari urusan agama ] . Sesungguhnya semua perkara bidaah [ perbuatan baru yang direka cipta dari urusan agama sedang ia bukan dari Rasulullah saw] adalah sesat .
Hadis Riwayat Imam Abu Daud di dalam Kitabis Sunnah bab melazimi Sunnah No: 4607 dan Imam Turmuzi dalam kitabil Ilmi bab Hadis yang menyuruh berpegang kepada Sunnah dan menjauhi Bidaah . No : 2678
6. Wasiat Rasulullah saw ini adalah merupakan satu formula asas untuk menangani krisis nilai dan konflik kemanusiaan yang dihadapi oleh ummat manusia di sepanjang zaman . Hari ini seluruh masyarakat dalam negara kita sedang menyaksikan betapa krisis dan konflik ini tercetus membabitkan aqidah , akhlak dan pemikiran ummah . Malah ia merupakan krisis yang mampu meruntuhkan peradaban dan tamaddun kemanusiaan .
7. Saya yakin , inilah masanya seluruh ummat Islam bersatu menunaikan wasiat besar Rasulullah saw tatkala berdepan dengan bencana sosial dan musibah mungkar yang melanda negara dan penduduknya. Saat para pemimpin , aktiyis sosial , cendikiawan dan orang perseorangan kelihatan seperti buntu mencari jalan keluar dan kebingungan mencari formula penyelesaian kepada musibah sosial yang semakin parah dan kritikal.

8. Laksanakan wasiat Rasulullah saw. Inilah formula berkesan dan tepat malah sesuai dengan zaman dan keadaan yang sedang dihadapi. Sementara undang - undang dan peraturan manusia ini gagal mengurangkan kadar jenayah , gagal meredakan ketegangan kaum , gagal menjamin keamanan , gagal mendidik anak bangsa , gagal menghapuskan maksiat dan mungkar terbuka , maka kenapa tidak kita laksanakan wasiat ini . Kembalilah kepada syariat dan sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw iaitu Al Quran dan As Sunnah [ al hadis ] .
9. Mungkin sebahagian pihak tertentu merasakan isu perlaksanaan syariat Islam ini tidak perlu diketengahkan buat masa ini kepada masyarakat ekoran pelbagai kebimbangan yang menghantui mereka . Bimbang kalah dalam pilihanraya , bimbang non muslim tidak sokong , bimbang tidak sempat sampai ke Putrajaya , bimbang 1001 bimbang menyelubungi . Tetapi saya tetap yakin bahawa inilah masanya yang paling sesuai untuk kita menggagaskan satu solusi penyelesaian yang bersifat benar dan tepat justeru ia wahyu dari Allah swt Tuhan yang mecipta manusia , iaitu perlaksanaan Syariat Islam .
10. Alasan orang belum bersedia , inilah masanya membina kesediaan itu . Alasan non muslim belum memahami syariat Islam , inilah masanya untuk memahamkan mereka . Alasan kita tidak mampu melaksanakannya , inilah masanya menjana kemampuan tersebut. Jika tidak , sampai bila ? sampai bila kita mahu mendiamkan diri ? sampai bila kita mahu rakyat terus dicengkam rasa tidak selamat ekoran indek jenayah yang semakin tinggi dan meningkat ? sampai bila kita harus menunggu sedang peluang sedang terhidang dihadapan kita untuk kita jelaskan kepada umum kenapa dunia perlukan syariat Islam ?
11. Kita bukan lagi berada di zaman Makkiah . Sebaliknya kita berada pada zaman dimana Islam telah sempurna . Malah Islam pernah membuktikan keupayaan memimpin dan memerintah sebuah negara , ummah dan tamaddunnya. Islam sebagai agama yang dianuti oleh majoriti penduduk dunia termasuk negara kita .
12. Saat kita berhadapan dengan Islamophobia sebagai satu keadaan yang sengaja dicipta oleh musuh dengan pelbagai perencanaan mencetus kemarahan dunia kepada Islam , maka ummat Islam tidak sewajarnya tunduk dan mengalah . Ummat islam tidak sewajarnya apologatik atau rasa bersalah untuk menzahirkan Islam yang benar . Banggalah menjadi seorang muslim yang berjuang untuk menegakkan agamanya walau ia dibenci oleh musuh - musuhnya .
13. Kalaulah dulu para pejuang terdahulu mengambil sikap mendiamkan diri , menunggu dan berhelah atau apologatik terhadap usaha perjuangan Islam , saya tidak tahu agama apakah kita hari ini ?
14. Demikian sikap yang harus kita fikir dan rancang pula untuk generasi kita dan generasi akan datang . Jika musuh tanpa henti mengatur strategi menyerang Islam dengan segenap kaedah dan tindakan halus lagi licik , kenapa kita pula mesti merancang untuk beralah , mengendurkan langkah , memperlahankan rentak malah mempamerkan kepada umum sikap yang tidak konsisten dalam memperjuangkan Islam dan syariatnya.
15. Pemuda tentunya menjadi harapan saya , harapan ummah malah harapan Baginda Rasul saw agar wasiat baginda dapat dilaksanakan . Soal ia menjadi realiti atau tidak , kita mohon kepada Allah agar ia menjadi satu realiti . Tugas utama kita hari ini ialah berjuang , berjihad , berusaha gigih dan merancang untuk melaksanakan islam .

0 comments:
Post a Comment