HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, October 16, 2010

Gaji Minimum Menurut Perspektif Islam. Bil 1

-->
Muqaddimah
Gaji minimum merujuk kepada gaji yang diberikan oleh majikan pada tahap minimum tanpa mengira mana-mana sektor, tanpa mengira pelbagai faktor termasuk jantina, kelulusan, bidang dan sebagainya. Pertama kali diperkenalkan di Australia dan New Zealand pada akhir abad ke-19[1], undang-undang gaji minimum kini terdapat di lebih 90% negara di seluruh dunia.
Fakta kes tuntutan gaji minimum
1. Pada 30 April 2008, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengadakan demonstrasi di depan bangunan Parlimen Malaysia mengenai isu gaji minimum RM1,200. MTUC merupakan kesatuan sekerja bagi pekerja di sektor swasta. Sementara CUEPACS merupakan kesatuan sekerja di sektor awam / kerajaan.

MTUC telah lama menuntut gaji minimum RM1200.00 sebulan kerana jumlah itu sahaja yang cukup menampung perbelanjaan sebuah keluarga seramai 5 orang. Gaji minimum ini dikemukakan sejak 5 tahun yang lalu berikutan kenaikan harga barang dan tol yang sentiasa naik.

2.   Pada 27 Mei 2010 Datuk Zaid Ibrahim minta agar gaji minimum RM1200.00 di kalangan pekerja ladang diberi keutamaan[2].

3. 19 Ogos 2010 Pengerusi Parti Sosialis Dr Nasir Hashim mendesak agar kerajaan memperkenalkan Akta Gaji Minimum dengan segera kerana cadangan pindaan Akta Pekerja 1955 hanya akan menguntungkan majikan[3].

4. 5 Ogos 2010 Satu cadangan daripada Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam dan beliau akan membentangkan cadangan Kementerian Sumber Manusia berhubung gaji minimum nasional kepada kabinet hujung Oktober ini[4].

5. 13 Oktober 2010 Resolusi daripada Forum Gaji Minimum anjuran Pemuda Barisan Nasional bersama Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) bersetuju dengan tuntutan gaji minimum kepada pekerja.[5]

6.  Kadar gaji minimum yang berdasarkan fakta kes di atas menunjukkan tuntutan gaji minimum untuk pekerja adalah sebanyak RM 1200.00. Ini adalah jumlah keseluruhan daripada RM 900 daripada gaji pekerja dan elaun RM 300 untuk pekerja. Ini adalah tuntutan yang dibuat sejak tahun 2008 sehingga kini.[6]
Punca utama kepada tuntutan Gaji Minimum[7]
Mengikut apa yang telah dikaji oleh Kementerian Sumber Manusia,Y.B Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam menegaskan di dalam satu laman rasmi Kementerian Sumber Manusia, punca utama kepada tuntutan dan perlunya kajian gaji minimum ini adalah :
1. Masih terdapat segelintir rakyat yang hidup di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI), malahan ramai pekerja yang menerima upah kurang daripada RM750 sebulan. Sebagai contoh, analisis gaji yang ditawarkan oleh majikan dalam program Fast Track KSM bagi bulan Oktober - Disember 2009, menunjukkan gaji purata pekerja tempatan adalah seperti berikut :

 Fast Track: Gaji dan Elaun Purata Pekerja Tempatan mengikut[8]
 
Sub-Industri Sektor Pembuatan SUB-INDUSTRI
GAJI POKOK (RM)
ELAUN TETAP (RM)
GAJI KASAR (RM)
Elektrik & Elektronik
547.82
202.16
749.98
Perabot
679.12
94.80
773.98
Plastik
636.19
136.55
772.74
Sarung Tangan Getah
565.14

169.96
735.10
Tekstil
613.99
116.53
730.52
JUMLAH PURATA
626.76
135.46
762.20

Berdasarkan kiraan gaji purata bagi lima sub-sektor berkenaan iaitu Elektrik & Elektronik, Perabot, Plastik, Sarung Tangan Getah dan Tekstil, gaji pokok purata adalah RM626.76 sebulan manakala gaji kasar purata termasuk elaun-elaun tetap adalah RM762.20 sebulan.
2.   Peningkatan kos sara hidup terutamanya harga barang keperluan harian yang semakin meningkat, golongan berpendapatan rendah ini menghadapi kesulitan untuk memenuhi keperluan hidup mereka terutamanya di kawasan bandar. Cadangan penetapan gaji minimum kebangsaan sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan permasalahan ini.

Tindak balas dari kerajaan mengenai isu tuntutan Gaji Minimum ini
1.       Memberikan Alasan
Pelbagai alasan telah diberikan oleh kerajaan. Gaji minimum antara swasta dan kerajaan tidak dapat diselaraskan kerana faktor kelulusan, penilaian produktiviti berbeza, sasaran keuntungan kerajaan dan swasta berbeza dan sebagainya. Gaji minimum dikatakan akan menyebabkan kerajaan bangkrap kerana tidak mampu membayar gaji sebanyak itu.[9] Majikan tentu akan membayar gaji lebih jika mahu mengekalkan pekerja terbaiknya.
Apa yang berlaku, majikan akan membuang pekerjanya kerana ramai lagi menanti di luar. Malah pekerja asing boleh dibawa dari negara jiran. Kebanyakan kerja tidak memerlukan kelayakan tinggi, cukup sekadar tahu membaca. Contohnya operator pengeluaran, pekerja stor, bahagian pembungkusan dan mandur.

2.      Kenyataan Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi

Pada 3 Mei 2008 pula, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan MTUC tidak boleh mendesak jika kemampuan kerajaan tidak ada. Kerajaan bukan tidak hendak menjaga kebajikan pekerja tetapi pelbagai pertimbangan harus dilakukan. Kerajaan tidaklah terlalu bebal untuk tidak menaikkan gaji tetapi fikirkanlah baik dan buruknya gaji minimum RM1200.[10]

3.      Masih di dalam kajian

Bayangkan sahajalah betapa lambatnya kerajaan bertindak dalam menyelesaikan isu ini sehinggakan isu yang dibangkitkan pada tahun 2008 masih lagi di dalam proses kajian walaupun pada akhir tahun 2010.[11] Sehingga kini Kementerian Sumber Manusia masih tidak boleh memberikan kata putus walaupun mereka telah membuat analisis dan mengetahui bahawa masih ramai dari kalangan rakyat yang menerima gaji di tahap Pendapatan Garis Kemiskinan.



[1] American Academy of Political and Social Science. "The Cost of Living." Philadelphia, 1913.
[2] http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26802:najib-diminta-selesai-gaji-minimum-pekerja-ladang&catid=1:utama&Itemid=50
[4] http://malaysiakini.com/news/139256
[5] http://umno-online.com/?p=22563
[6] http://ms.wikipedia.org/wiki/Gaji_minimum
[7] http://blog.mohr.gov.my/2010/02/minimum-wages.html
[8] http://www.mohr.gov.my/blog/jadual1.pdf
[9] http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0505&pub=utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_18.htm&arc=hive
[10] http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0503&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm
[11] http://blog.mohr.gov.my/2010/02/minimum-wages.html
Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 018 590 8890
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive