HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, November 13, 2010

2011 : Masa Untuk Berubah

1.  Seluruh pimpinan PAS dari semua peringkat organnya berhimpun hari ini di Auditorium MBSA untuk menyertai Seminar "PAS Sedia Ganti UMNO".

2. Selain untuk menyatakan kesediaan PAS mengambil alih teraju pemerintahan negara , ia juga adalah suatu gambaran jelas bahawa kini PAS begitu optimis untuk memenangi pilihanraya umum akan datang bersama gandingan rakan - rakan parti dalam Pakatan Rakyat.

3. Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia terlebih awal meletakkan tahun 2011 [ jangkaan pilihanraya umum ] sebagai Masa Untuk Berubah .

4. Perubahan yang dimaksudkan ialah pada 2 kategori utama .


Pertama : Perubahan Dalaman
Kedua : Perubahan Luaran .

Perubahan Dalaman .

5. Dato' Seri Presiden Tuan Guru Hj Abdul Hadi telah menegaskan bahawa  "PAS mesti menang  dengan kekuatan sendiri tanpa mengharapkan kelemahan yang dialami oleh musuh" . Sementara kelemahan musuh hanya bonus dan ianya tidak boleh dijadikan asas strategik untuk PAS mencapai kemenangan dalam semua kerusi yang ditandingi oleh PAS disamping kerjasama politik yang telah dimeterai bersama rakan - rakan parti komponen Pakatan rakyat yang lain .

6. Terma "Kekuatan sendiri" ini perlu diberi perhatian oleh setiap organ parti khasnya pemuda. Saya melihat kekuatan sendiri yang dimaksudkan , selain merujuk kepada:

- kewujudan dan keaktifan cawangan - cawangan PAS diseluruh negara serta
- usaha gigih menguasai arus pendaftaran pengundi baru ,  juga 
- memerlukan performance saf pemimpinnya di semua peringkat.

Pemimpin PAS perlu bergerak seiring dengan slogan [ PAS For All ] dan keperluan rakyat yang memerlukan pemimpin yang berwibawa serta mampu membimbing mereka keluar dari belenggu pemerintahan UMNO dan BN yang korup .

Tentunya pemimpin yang berupaya turun padang , menyantuni masyarakat dan menjuarai isu rakyat sangat diperlukan. Jangan hanya mengharapkan Presiden atau pimpinan tertinggi untuk berbuat demikian tetapi selain mereka , seluruh saf pimpinan disemua peringkat seperti pimpinan dewan - dewan diperingkat pusat , negeri dan kawasan , pimpinan diperingkat perhubungan negeri , kawasan , DUN dan cawangan juga dikehendaki pro aktif dan kreatif dalam membawa risalah perjuangan ini .

Perubahan Luaran [ nak jatuhkan UMNO jangan ikut cara hidup UMNO ]

7. Sementara perubahan luaran pula melibatkan penampilan , pendekatan dan gerakkerja parti. Saya percaya setiap peringkat parti telah mempunyai plan tindakan strategik mereka masing - masing . Cuma apa yang saya nak tekankan di sini ialah budaya kerja dan sikap kita mendepani sasaran dakwah atau pengundi .

8. Kesediaan menggantikan UMNO adalah satu langkah yang sangat ditunggu - tunggu oleh masyarakat yang telah kehilangan daya sabar untuk terus bertahan di bawah kepimpinan UMNO dan BN . Namun begitu , PAS mesti insaf dan sedar bahawa , PAS sekali - kali tidak boleh mengamalkan cara hidup UMNO jika mahu menjatuhkan UMNO . Jika cara hidup UMNO selama inilah yang membuatkan rakyat menolak mereka , maka bagaimana kita pula boleh mengamalkan cara hidup UMNO dalam kehidupan kita .

9. PAS adalah sebuah Gerakan Islam yang kaya dengan akhlak dan disiplin .peribadi dan jamaahnya.  Pertahankan kemuliaan tersebut tanpa perlu bersikap apologatik berdepan dengan perubahan iklim sosial hari ini .

10.  Insyaallah 2011 adalah Masa Untuk Berubah . Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan roadshow ke seluruh negara untuk memberi penjelasan dan penegasan betapa PAS telah sedia menggantikan UMNO dan 2011 yang dijangka akan berlangsungnya pilihanraya umum adalah masa yang tepat untuk melakukan perubahan .  Roadshow ini akan disempurnakan dalam tempoh 3 bulan ini [ Dec - Jan - Feb ] Ayuh , kita tinggalkan UMNO untuk kesejahteraan negara dan seluruh rakyatnya.


6 comments:

Anonymous said...

Pas ganti UMNO ? Ya keputusan atau perancangan yang baik namun langkah pertama PAS haruslah hindarkan PKR dan DAP terlebih dahulu . PAS makin lemah bila bersama PKR dan DAP .

Anonymous said...

Satu cadangan: Letakkan cara mendaftar pengundi baru secara Online di semua portal berita mesra Pas seperti Harakah, Detik, Tranung, dan blog2. Paling kurang pautan (link) utk berbuat demikian. Mari mula dgn blog Ustaz.

sembang haroki said...

maaf ustaz, saya masih kabur tentang perubahan dalaman dan luaran.
apakah sebenarnya maksud kewujudan dan keaktifan cawangan - cawangan PAS diseluruh negara serta
- usaha gigih menguasai arus pendaftaran pengundi baru , juga
- memerlukan performance saf pemimpinnya di semua peringkat.

soalnya bagaimana tiga perkara perubahan dalaman itu boleh dibuat?
tak nampak jalan lagi?
bagaimana pula projek tarbiah ustaz? apakah hanya acara tahunan?

Nasrudin said...

Kekuatan dalam base pada kekuatan organisasi . Ia adalah tanggungjawab semua . khasnya yg memegang amanah di setiap ranting organisasinya .

Wujudkan cawangan jika kawasan itu beluam ada cawangan . Atau cawangan yg ahlinya terlalu ramai boleh rombak dan bentuk 2 atau 3 cawangan baru .

Tidak memadai cawangan diwujudkan , mesti diaktifkan dgn pelbagai gerakkerja dan program.

Projek Tarbiyah berlangsung terus .

Penganjuran Ijtimak tarbawi peringkat pusat menjadi agenda tahunan.

Namun ianya akan dilangsungkan diperingkat kawasan - kawasan di seluruh negara dgn format yg sama sekurangnya - kurang 2 kali penganjuran setahun , jika mampu 3 bulan sekali .

Liqa Fikri dan usrah dijalan saban minggu . Akademi tarbiyah Pemuda akan pantau perkara ini .

Segala kelemahan , kami perlukan bantuan utk memperkasakannya

Ahli PAS Johor said...

Assalamualaikum Ustaz.
Sebelum pergi lebih jauh, izinkan saya bertanya kerana saya keliru kini tentang halatuju perjuangan PAS.
1. Adakah PAS masih Gerakan Islam atau ingin berubah menjadi parti politik sepenuh masa?
2. Jika PAS sebagai Gerakan Islam, apakah langkah yang telah diambil ke arah ini?
3. Jika PAS sebagai parti politik sepenuh masa apakah pula langkah yang telah diambil?
4. Sebagai Ketua DPP Pusat apakah ustaz bersetuju jika saya nyatakan betapa kini PAS kelihatan seperti mahu menjadi parti politik sepenuh masa? Dan dalam masa yang sama PAS mahu jadi juara politik di Malaysia.
5. Jika benar seperti di perkara (3), apakah PAS telah benar-benar bersedia untuk berubah dari Gerakan Islam kepada parti politik sepenuh masa? Bagaimana dengan jentera di peringkat Cawangan dan Kawasan, apakah telah bersedia semuanya?
6. Masih di perkara (3)- Apakah PAS bersedia untuk berubah dengan meletakkan calun yang bertanding dan menang dalam pilihanraya melepaskan jawatan parti supaya dapat menumpukan kepada amanah dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat sepenuh masa dan kembali memegang jawatan parti jika tidak lagi menjadi wakil rakyat?
7. Jika PAS memilih perkara (2), Sebagai contoh, apakah Mursyidul Am perlu bertanding dalam pilihanraya dan dalam masa yang sama terus memegang jawatan PJ Negeri dan Menteri besar? (ini hanya contoh dan bukan tujuan saya mahu merendahkan kemampuan TGNA)
8. Jika PAS terus dengan slogan PAS FOR ALL, adakah ini slogan Gerakan Islam atau parti politik?
9. Jika melihat kepada perkembangan terkini penerbitan HARAKAH (Lidah rasmi PAS), ianya seperti sudah menjadi lidah rasmi PR betulkah begitu? Apakah Lembaga Pengarah dan Ketua Pengarang HARAKAH tidak nampak perkara ini?
10. Kebelakangan ini terdapat Wakil Rakyat PAS yang mengeluarkan pandangan secara peribadi tentang sesuatu isu negara dan yang berkaitan dengan parti komponen PR. Sepatutnya kenyataan perlu keluar dari saluran rasmi parti, mungkin dari Presiden PAS contohnya. Kenapakah ia jadi begitu? Kurang cerdik atau ghairah mahu mencari nama?

Cadangan saya :
1. Jika PAS mahu jadi parti politik sepenuh masa teruskanlah tetapi janganlah ikut format UMNO. Lihatlah apa yang berlaku di Galas. Amat memalukan dan tidak cerdik kerana PAS terikut cara UMNO. Sepatutnya PAS tidak perlu bertandingpun cuma perlu buat rundingan dengan Ku Li sahaja. Bukankah itu lebih strategi politiknya?
2. Jika PAS mahu jadi Gerakan Islam teruskanlah tetapi jadilah sebagai Gerakan Islam yang benar-benar mahu menyelamatkan ummah bukan sekadar retorik.
3. Jika mahu kedua-duanya, PAS perlu menyediakan jentera berasingan yang seimbang ke arah itu supaya program dakwah atau program politik tidak terbantut di tengah jalan.

Mohon maaf atas keterlaluan kata.

loyar tua said...

Maaf Ustaz sekadar ingin bertanya.
1. PAS ini Gerakan Islam atau parti politik sepenuh masa?
2. Jika Gerakan Islam, kenapa usrah seperti tiada?
3. Jika parti politik, kenapa PAS ikut cara UMNO berpolitik? Bolehkah PAS meletakkan calun pilihanraya bukan dari kalangan mereka yang memegang jawatan dalam parti?
4. Jika PAS adalah kedua-duanya, adakah PAS mempunyai jentera yang secukupnya?

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive