HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, November 21, 2010

Ayuh Pemudaku Bangkit ! Kini waktu bekerja .

1. Mendepani iklim politik baru , pemuda PAS mesti lebih bersedia menghadapinya dengan mempertingkatkan penguasaan ilmu agama dan ilmu politik semasa serta memberikan  komitmen yang tinggi terhadap gerakkerja berorganisasi . Demikian juga tumpuan wajib diberikan kepada usaha memantapkan nilai peribadi yang soleh bagi setiap anggota pemuda PAS.

2. Pemuda PAS tidak harus leka dengan pelangi kemenangan sebaliknya meneruskan kerja gigih memperkasakan parti khasnya Dewan Pemuda di semua peringkat melalui pengukuhan Unit Kerja Jamaah [ UKJ ] . Kemenangan adalah suatu yang pasti dan ianya adalah janji Allah swt yang pasti tiba saat dan detik yang akan ditentukan oleh Allah swt. Persoalan yang penting ialah kerja dan tugas yang digalas sebagai tanggungjawab serta amanah mesti ditunai sebaik mungkin .

3. Turunlah ke padang ! lalu santuni anak muda . Terjunlah ke lapangan ! lalu didik dan bimbinglah anak muda . Lepaskan selimut anda dan bebaskan diri dari kilauan fatamorgana . Justeru kemenangan yang diidamkan tidak mungkin dapat dicapai semudah yang dijangka.

4. Kita mesti bina kekuatan sendiri ! bukankah ini telah menjadi amanah Dato' Seri Presiden ? Jangan hanya mengharapkan kelemahan musuh sementara kita mengelamun membina track menuju Putrajaya . Ingat , kini lawan politik kita  telah menyedari kelemahan mereka dan mereka bekerja keras memperbaiki kelemahan tersebut . Andai kita terus leka , kita bakal kecundang wali'yazubillah .

5. Masa tidak banyak dan pastinya ia pantas berlalu . Pilihanraya kian hampir . Laksanakan segala pengarahan parti serta pro aktif menggerakkan jentera parti . Kreatif dalam dalam penganjuran gerakkerja agar ia efektif dan menepati sasaran dengan hikmah dan bistari .

4 comments:

Unknown said...

apa ko merepek ni labu..

PAS mana ada buat kerja...mangsa bajir pun tak terurus...

Anonymous said...

assalamualaikum ust.

teruskan perjuangan! PAS mampu memacu perubahan dengan dasar Islam yg dijulang.

Ust Din Tantawi adalah ikon pemuda PAS yg intelek, berwawasan dan bersemangat tinggi.

ISLAM ITU TINGGI DAN TIADA YANG LEBIH TINGGI DARIPADANYA~

Anonymous said...

Salam...sy dari taman selayang bt. caves. cuma nk tanye mcm mane nak join jd ahli PAS?
-ali-

Anonymous said...

haji nizar...syoooh..syoooh..pegi men jauh2...

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive