HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, November 3, 2010

Hutang Negara Meningkat 2010

1 ] Baki Tunai lwn Pinjaman Tunai :

Walaupun kerajaan berjaya menyimpan baki tunai RM6.32 bilion pada 2009 berbanding hanya RM1.541bilion pada 2008, jumlah pinjaman tunai yang dibuat kerajaan tahun lepas adalah sebanyak RM107.171 bilion berbanding hanya RM75.156  bilion pada tahun sebelumnya

sumber : Laporan Audit yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC).

2 ] Hutang Negara :

2009 berjumlah RM362.39 bilion
  • paras paling tinggi dalam tempoh 5 tahun
  • mencakupi 53.7% daripada KDNK, kali     pertama berlaku dalam sejarah negara
  • PM hanya menyebut hutang RM233.92   bilion (34.3% KDNK) di Parlimen Jun lalu
2008 – RM348.6 bilion

  sumber : Laporan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang

3 ] Hutang Kerajaan dalam Negara :

Hutang kerajaan dalam negara (domestic debt) pada tahun 2009 berjumlah RM348.6 bilion atau 96.2% keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.

 setiap rakyat Malaysia (26 juta)   menanggung hutang RM 14 ribu/org

Kerajaan membazir dan kurang berdisiplin dalam mengendalikan kewangan negara sejak kemelut ekonomi 1997.

Sejak 10 tahun lalu, Kerajaan persekutuan tidak bersungguh-sungguh mengurangkan defisit dan hutang negara, menjurus kepada akibat hari ini, kita berada di saat genting untuk membayar hutang negara dalam 3 tahun ini.

Kerajaan berpeluang capai keseimbangan belanjawan dalam tempoh 10 tahun lalu tetapi memilih untuk kekalkan defisit pada paras 4.3% secara puratanya.

4 ] Janji Perdana Menteri :

Tahap perbelanjaan (Peruntukan Bajet 2011) hampir 3% lebih tinggi daripada 2010.

Daripada peruntukan RM214 bilion,
  • RM163 bilion perbelanjaan operasi
  • RM51 bilion perbelanjaan pembangunan

Realiti :

Dari mana datang lebihan dana tersebut? Negara dalam keadaan defisit. Logiknya, perbelanjaan perlu dipotong jika negara berhutang.

Kerajaan komited kekalkan perkhidmatan awam yang terlalu besar, yg menggunakan 75% daripada peruntukan (perbelanjaan operasi > perbelanjaan pembangunan)

5 ] Kadar Pengembangan Perdagangan :

Dunia : dijangka berkembang pada kadar 11.4% berbanding pengucupan 11% bagi tahun 2009.

Malaysia – dijangka tumbuh 7% bagi tahun 2010
Thailand – 6.5-7.5% (setanding/lebih baik)
Singapura –13-15% (2x ganda lebih pantas)
China – 9.9%
Indonesia – tidak mengalami pengucupan pada 2009, pertumbuhan 6% (lebih besar kerana tidak mengalami pengucupan)

6 ] Kemasukan Pelaburan Asing :

Negara mengalami kemerosotan ketara dalam kemasukan FDI dan peningkatan dalam pengeluaran keluar FDI yang menunjukkan ketidakyakinan pelabur dalam ekonomi negara – World Investment Report 2010

hanya Malaysia dalam kalangan negara ASEAN alami ‘negative inflow

FDI negara merosot 81%, RM4.43 bilion pada tahun 2009 dari RM23.47 bilion pada tahun 2008

Di kalangan negara ASEAN:

  • Malaysia hanya mengatasi Kemboja, Myanmar, Brunei, Laos, Timor-Leste
  • Negara ASEAN lain termasuk Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam mengatasi Malaysia dalam kemasukan FDI.
  • Pertama kali dalam sejarah FDI Filipina mengatasi Malaysia

7 ] Kadar Defisit Negara :

2010 – 5.6%, sudah 13 tahun berturut-turut dalam keadaan defisit sejak 1998.

2009 – defisit mencecah 7.4%

2010 - Hasil kerajaan berjumlah RM162.13 bilion. Daripada  jumlah ini, lebih kurang 36% pendapatan kerajaan datang daripada hasil minyak kerana Petronas menyumbang RM57.6 bilion kepada kerajaan dalam bentuk cukai, duti eksport dan dividen.

10 comments:

Anonymous said...

salam :) nk kongsi blh ye



Wang Kertas & Penguasaan Yahudi Kepada Dunia - Part 1&2 (umum ) di

http://www.almuttaqin.tv

Anonymous said...

salam sahabat,

#2 Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat 2009 berikutan krisis kewangan global, yg memerlukan fiscal injection i.e. stimulus package. Kadar 53.7% KDNK secara relatifnya tidaklah terlalu besar (walaupun dalam nomimal termnya kedengaran besar). Negara2 lain dirantau ini spt Thailand, Vietnam dll berada dalam lingkungan tersebut. Bahkan S'pore (negara idola DAP), hutangnya lebih 100% KDNK. Berkenaan RM233 billion, PM menyebut hutang negara (bukan hutang Kerajaan Persekutuan). Rujuk Laporan Ekonomi, MOF utk mengetahui perbezaannya.

Anonymous said...

#3 ada pro dan con dalam mengekalkan defisit, terutama kepada ekonomi makro. defisit berterusan tidak beerti pengurusan kewangan negara lemah. ini kerana tujuan defisit/surplus adalah bagi mengekalkan kestabilan makro, bukan sebaliknya.

Anonymous said...

#4 perbelanjaan operasi terlalu besar?
harapan saya ust tidak termakan dengan mainan DAP yg sentiasa mencari salah orang Melayu. perbelanjaan operasi perlu untuk complement perbelanjaan pembangunan. cth: sekolah dibina menggunakan perbelanjaan pembangunan. selepas siap dibina, sekolah perlu ada guru. Gaji guru akan dibayar menggunakan peruntukan operasi. dalam erti kata lain, perbelanjaan operasi adalah nadi Kerajaan dan penting utk pembangunan modal insan.

Anonymous said...

#4 perkhidmatan awam besar? sekali lagi, saya minta ust tidak termakan helah DAP.

lihatlah perincian dalam website MOF. lebih 80% gaji yg dibayar Kerajaan adalah untuk 1) guru-guru 2) tentera dan polis 3) doktor.

Kerajaan boleh mengurangkan guru, tentera/polis dan doktor. Kurang guru, kurang kualiti pendidikan. kurang polis/tentera, tidak baik utk keselamatan negara. kurang doktor, kurang kualiti kesihatan. adakah kita mahu perkhidmatan ini diberi oleh private sector atau public sector?

DAP sehabis mungkin mahu peranan public sector dikurangkan kerana ramai Melayu Islam yg mendapat manfaat.

Anonymous said...

#7 36% hasil daripada minyak, good point ust!
next, macammana nak kurangkan kebergantungan pada minyak?
GST is a good option.

kuncisudu said...

pendedahan yang bagus. namun PR juga harus kemukakan penyelesaian kepada masalah hutang negara ini supaya mendapat sokongan rakyat yang berpendidikan.

1cina said...

hutang negara meningkat pasal kerajaan bayar gaji banyak sgt kepada penjawat awam..penjawat awam majoriti melayu..kerajaan perlu buang pekerja-pekerja melayu ini..

n.ajis said...

lihat komen 1cina di atas. inilah mentaliti sebenar majoriti ultrakiasu cina dan DAP. saya harap PAS memikirkan semula kerjasama dengan parti perkauman DAP. kalaupun mahu terus kerjasama, PAS pls be dominant dlm PR. maknanya dasar dan teras utama PR mesti ditentukan oleh PAS dan demi kemaslahatan Islam. Malaysia milik umat Islam sebagai majoriti. maka seharusnya identiti dan acuan pentadbiran Malaysia berasaskan Islam, bukan Buddha atau Hindu atau Kristian.

n.ajis said...

tambahan...GST is a good taxation system utk cekup ultrakiasu yg lari drpd bayar cukai.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive