Kerajaan BN : Kerajaan Songsang
1. Alasannya adalah untuk menangani kes pembuangan bayi dikalangan gadis - gadis yang hamil luar nikah mutaakhir ini yang begitu meningkat angkanya malah menakutkan. Tetapi malang , cara penyelesaian yang diambil oleh pihak kerajaan agak ganjil dan songsang apabila menganjurkan pendidikan seks kepada pelajar - pelajar seawal usia memasuki alam persekolahan.
2. Gejala buang bayi bukan berpunca dari kejahilan mereka mengenai seks . Sebaliknya kerana kemaruk seks lah akhirnya mereka tidak sabar - sabar lagi mahu melakukannya[ zina ] sebelum mereka diijab qabul. Kesannya ialah sesal , takut , malu dan sebagainya lalu mereka mengambil jalan mudah ialah membuang bayi yang mereka lahirkan .
3. Sepatutnya didikan yang mesti diberi kepada pelajar atau remaja ialah bagaimana mahu membina syakhsiah diri yang soleh\ah , bermoral , tahu batas pergaulan , kenal halal dan haram , takut azab Allah , memahami adab berkomunikasi , adab keluar rumah , mengenali kawan dan sahabat , mentaati ibubapa , menghormati guru , tahu batasan aurat dan sebagainya . Bukan diajar mengenai seks ! sebab isunya ialah kes buang bayi bukan implikasi kepada kejahilan mengenai seks tetapi implikasi dari pergaulan bebas , tidak mengenal dosa dan pahala , tidak takut azab Allah , tidak menutup aurat dan tidak pandai memilih kawan atau sahabat .
4. Memang ganjil dan songsang tindakan sedemikian . Saya tidak nafi di dalam Islam pun ada bab dan fasal mengenai pendidikan seks namun ia bukan lah menjadi subjek yang wajar didedah dan diajar kepada pelajar sekolah seawal usia mereka di alam persekolahan . Sebaliknya mereka dididik agar memahami agama dengan baik dan membina peribadi yang soleh\ah. Justeru itulah benteng mereka agar tidak terjerumus ke lembah maksiat dan mungkar yang akhirnya membuntingkan mereka dan meleret pula kepada jenayah buang bayi .
5. Pemikiran songsang ini wajar ditolak . Sebelum ini mereka mahu menubuhkan bank bayi kononnya jua untuk mengatasi kes pembuangan bayi . Mereka juga menubuhkan sekolah mengandung atau wanita hamil atas alasan yang sama . Seketika dulu mereka mempromosikan penggunaan kondom untuk mengatasi isu buang bayi . Semua ini mengarut . Kerana ia tidak menyelesaikan masaalah pokok atau punca sebenar kepada jenayah yang berlaku .
6. Kelihatan seperti mereka mahu melindungi sesuatu , lalu meracau mengemukakan cadangan yang songsang sebegini agar masyarakat tidak fokus pada isu sebenar iaitu zina , maksiat dan mungkar yang lain . Zina seolah - olah tidak menjadi masaalah kepada kerajaan BN . Berkempen menentang zina ialah PAS , Ngo - ngo Islam dan orang perorangan . Pihak kerajaan seperti mahu menggalakkannya .
7. Sebab itu tidak hairan kalau kerajaan songsang ini mencadangkan usaha melonjak ekonomi negara melalui ETP ialah dengan menjadikan malaysia sebagai Hub Hiburan . Kelab - kelab malam yang menjadi pusat berkumpul dan membiaknya kupu - kupu malam , pelacuran , pil extasy , pil kuda dan arak ini mahu terus disuburkan . Selayaknya kerajaan BN serius membasmi pusat maksiat , kempen anti zina , mengenakan undang - undang selayaknya bagi mereka berzina seperti sebat kepada mereka yang belum berkahwin dan rejam sehingga mati bagi mereka yang telah merasai persetubuhan yang halal .
8. Pendidikan dan penguatkuasaan undang - undang mesti berjalan serentak. Sebelum ini banyak pihak antaranya Karpal Singh turut mempersoalkan kelemahan pelaksanaan undang - undang dalam negara kita membuatkan jenayah buang bayi terus berleluasa. lantas mereka mencadangkan agar hukuman mandatori mesti dikenakan ke atas pesalah atau penjenayah buang bayi tersebut . Inipun sebahagian dari pemikiran songsang apabila mencadangkan hukuman berat ke atas penjenayah buang bayi tetapi tidak bersetuju hukuman sebat kepada penzina yang mengakibatkan hamil , lahir dan buang bayi .
9. Songsang juga cara fikir dan cara tindak apabila hukuman mendahului proses pendidikan dan pencegahan ! Rakyat atau remaja - remaja ini tidak dididik supaya takutkan azab Allah , menutup aurat , menjauhi pergaulan bebas malah mereka juga tidak dicegah dari berpelesaran di pub - pub , kelab - kelab malam sebaliknya digalakkan pula mereka ke arah itu dengan promosi kondom , arak dan konsert hiburan yang meleka dan melalaikan .
10. Saya harap ulama' mesti bangkit menegur kerajaan BN ini . Terutama Ulama' kerajaan seperti mufti - mufti , qadhi - qadhi , imam - imam dan demikian juga Ulama' muda . Sampai bila nak menegur kerajaan secara rahsia dan senyap sedang mungkar dan maksiat ini membingit ke seluruh negara , merosakkan aqal , budi , akhlak dan aqidah mereka ? atau semuanya sudah songsang ? wali'yazubillah . Berilah petunjukMu Ya Allah kepada pemimpin dan ummah yang masih leka dan lalai .
Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa agar kerajaan BN mengkaji semula pendekatan yang diambil dalam membawa pendidikan seks ini kepada pelajar sekolah atau batalkan sahaja hasrat tersebut, jika tidak ianya akan dilihat oleh rakyat tidak lebih sebagai projek mencari keuntungan melalui satu lagi teks pengajian akan dicetak dan diedarkan .
5 comments:
Apakah hukum berzina dalam Islam? Boleh tuah sebutkan?
Apa pula yang PAS buat untuk hindari perkara ini? Apa PAS buat di Kelantan?
Hukum berzina dalam Islam amat berat. Tapi apakan daya. PAS tak mampu berbuat apa2. Sebabnya? DAP menentang penubuhan negara Islam. DAP menentang Hukum Hudud.
Jadi, jika PR menang sekalipun, apa yang mampu PAS lakukan? Ikut telunjuk DAP?
Cermin diri dulu sebelum kata orang lain.
kepada anonymous diatas..
anda kata jika PR menang..PAS tak mampu berbuat apa2..mana anda tahu?
Al Quran adalah kitab suci umat islam,barangsiapa yang menolak walaupun satu alif dalam Al Quran dah dikira keluar dari Islam...semua ibadahnya tertolak..jika dia mati mayatnya tidak layak dikebumikan...Apa lagi jika menolak HUKUM yang jelas tertera didalam Al Quran..negara ISLAM wajib menjalankan HUKUM HUDUD...persoalannya siapakah yang menanggung tanggungjawab ini...tentulah pemerintah yang anda sokong...anda rasa apakah hukumnya menyokong pemerintahan sekular yang jelas menolak ISLAM?
kerajaan Bn tak risau kalau ramai yang buat maksiat..
yan diorang risau ialah macam mana nak kekalkan/panjangkan kedudukan dan jawatan diorang
Anonymous said...
kerajaan Bn tak risau kalau ramai yang buat maksiat..
yan diorang risau ialah macam mana nak kekalkan/panjangkan kedudukan dan jawatan diorang
27 November 2010 22:34
Persoalan saya :
Adakah ini tuduhan kepada semua orang yang menyokong BN ? Adakah anon menuduh semua orang BN buat maksiat ?
Rasa nya terlaku berat tuduhan ini . adakah sudah jadi perinsip semua ahli pas menuduh begitu ?
En Nasruddin, nama saya Ezhan Mohd Yusof dan saya merupakan pelajar undang-undang di sebuah universiti tempatan.
Berkenaan kenyataan encik tentang blog gay, Adam Lambert dan pemantauannya di Malaysiakini; mula mula kita pantau blog mereka, selepas itu kita pantau premis yang dimiliki mereka, selepas itu apa ? kita hantar mereka ke kamunting ? Mungkin juga selepas Pakatan memerintah, Menteri Luar boleh meminjam ketuhar ketuhar zaman Nazi dari Jerman.
Post a Comment