HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, December 25, 2010

PDRM perlu segera Tubuhkan Kor Agama

1. Sebak , sayu , pilu dan geram serba berbaur rasa tatkala saya membaca berita mengenai kisah mangsa belasahan pihak polis . Chia Buang Hing mendakwa beliau ditumbuk bertubi - tubi , digari , ditendang dan dipijak semata - mata beliau enggan menyogok pihak polis dengan rasuah ketika ditahan kerana cukai jalan kereta isteri yang dipandunya telah melewati tarikh luput .

2. Beliau turut diugut untuk diletakkan dadah dan parang di dalam keretanya serta keselamatan diri , keluarga dan perniagaannya terancam seandainya beliau membuat laporan polis sebaliknya beliau dipaksa supaya laporan bahawa kecederaan yang beliau alami adalah disebabkan kemalangan jalanraya . Berita lanjut boleh baca di sini [http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=1728]

3. Apa sudah jadi pada anggota keselamatan negara kita ini ? sebelum ini negara gempar dengan kisah adik Aminurrasyid yang ditembak mati oleh pihak polis kerana di dakwa memandu secara merbahaya dan mencurigakan. Malah negara masih belum lupa kes Kugan yang mati dalam tahanan polis sebagaimana Teoh Beng Hock mati dalam siasatan SPRM . Kes Suwandi yang ditembak oleh polis dalam satu himpunan aman di terengganu jua masih menjadi igauan umum dan membentuk persepsi negatif rakyat terhadap pasukan keselamatan

4. Kisah keganasan pihak keselamatan bukan lagi menjadi isu terpencil dalam negara kita sebaliknya  ia telah meninggalkan kesan trauma kepada masyarakat awam walaupun tidak semua pihak polis terlibat dalam melakukan keganasan seperti itu. Sungguhpun demikian , nama baik PDRM kini tercalar teruk ditambah pula dengan perlakuan tanpa belas simpati pihak polis membelasah rakyat dalam siri himpunan aman yang dianjurkan oleh rakyat tatkala mereka memperjuangkan satu - satu isu yang melibatkan kepentingan mereka .

5. Saya mengesyorkan agar PDRM perlu lebih dekat dengan agama dan menghayati agama seperti menubuhkan Kor Agama PDRM agar mereka tidaklah berwatak bengis dan kasar terhadap rakyat sendiri , justeru mereka adalah anggota keselamatan yang bertanggungjawab meletakkan rakyat dalam keadaan aman dan sejahtera buka resah , gelisah dan takut terhadap pasukan keselamatan itu sendiri.

6. Saya yakin melalui pendidikan dan penghayatan agama , pihak PDRM akan jadi lebih bertanggungjawab terhadap tugas dan amanah mereka serta bekerja dengan lebih dedikasi terutama membebaskan diri dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang ada pada mereka.

3 comments:

Anonymous said...

tahniah ustaz ....

bila PAS akan berarak nak bela cian seko nihh ..???

dato sosilawati pas tak rasa nak bela pun ... tahniah tahniah ustaz dan PAS

mikomija said...

dah ada bahagian Agama dan kaunseling(BAKA) Diketuai oleh seorang Timb.Pengarah, Untuk makluman, telah hampir 2 tahun..insyallah ke arah yang lebih disegani dan dihormati...terkadang 2,3 orang yang buat hal, organisasi ini bukan kecil hampir 120,000 staff..tentunya ada cacat celanya namun adakah ia teruk sangat?

Anonymous said...

Telah ada satu jawatan diketuai oleh Tim.Pengarah nama unit Bahagian Agama dan Kaunseling(BAKA) terdiri daripada 95 lantikan awam kelulusan Dip/Ijazah lulusan Agama (bagi bahagian Agama) dan Sarjana Muda Kaunseling bagi kaunseling.Hanya Ketua di jawat oleh Pegawai Kanan Polis tujuan kearah pemantapan organisasi, memang terdapat segelintir pegawai / anggota yang bersikap nagetif..untuk makluman organisasi ini mempunyai keanggotaan hampir 120,000 orang namun insyallah akan terus penambahbaikan..teruslah berikan pandangan yang bernas agar sama-sama menyumbang ke arah pembentukan PDRM yang profesional dan dihormati masyarakat

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive