HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, January 3, 2011

KJ : Sertai Saya dan DPP Malaysia

KJ : Sertai Saya dan DPP untuk terus Berjuang

1. Saya terbaca kenyataan Yb. Sdr Khairy Jamaludin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang menyatakan hasrat untuk berehat dan berundur dari pentas politik negara serta tidak lagi bersedia untuk mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang beliau wakili sekarang. Sebelumnya saya terbaca dari laman twitter beliau yang menyatakan hasrat serupa.

2. Saya terlebih dahulu menghormati hasrat peribadi beliau yang saya kira sebagai satu manifestasi penyisihan beliau dari menganggotai kabinet Datuk Seri Najib Abd Razak sebelum ini sedang beliau adalah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kebangsaan dan Ahli Parlimen Rembau .

3. UMNO di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib jelas tidak mahu menghargai malah tidak menghormati Yb Khairy Jamaludin yang dipilih sebagai pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO sebaliknya mengambil Yb Datuk Razali orang no 2 dalam Pergerakan Pemuda UMNO ke jawatan Timbalan Menteri. Ini juga dilihat satu tamparan hebat buat Yb  Khairy Jamaludin .

4. Yb. Khairy Jamaludin mempunyai potensi  dan bakat kepimpinan yang baik terutama untuk mendekati anak - anak muda negara pada hari ini dan saya kira ia lebih sempurna serta menjadi nilai tambah yang lebih baik jika Yb Khairy melengkapkan diri dengan ilmu dan fikrah Islam yang mantap lalu menyertai Gerakan Islam ini untuk memperjuangkan Islam dan memimpin anak - anak muda menerajui kebangkitan dan perubahan era ini ke arah membina peradaban yang sejahtera dan negara yang aman membangun .

5. Apa yang boleh saya katakan kepada beliau ialah , " Marilah bersama saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS untuk menyertai perjuangan Islam dan mempelopori gerakan anak muda yang bangkit seimbang antara tuntutan Amal Islami dengan keperluan Transformasi Politik dalam negara kita ".

6. Tidak baik mempersiakan bakat kepimpinan yang sedia ada sedang ia masih boleh digilap dan disempurnakan untuk menjadi seorang pemimpin anak muda yang berilmu dan beramal soleh.

7. Jika Yb Khairy sudah berasa letih dan bosan dengan politik lalu memilih untuk berehat , saya jangka ia adalah respon kepada situasi politik dalaman UMNO yang beliau hadapi . Sedang jiwa seorang pejuang mana mungkin boleh berehat dari perjuangannya. Justeru itu saya menghulur tangan mengundang Yb Khairy Jamaludin untuk menyertai perjuangan Islam ini  kerana indahnya perjuangan ini , ia tidak semata - mata berorientasikan gerakan politik sebaliknya diseimbangkan dengan gerakan tarbiyyah untuk membina aqidah yang benar , pemikiran Islam yang jelas dan syakhsiyah yang soleh serta gerakan dakwah untuk menyedarkan ummah agar kembali mengabdikan diri kepada Allah swt.

8. Akhirnya saya mendoakan agar rakan sejawatan saya Yb Sdr Khairy Jamaludin dikurniakan Allah swt akan kesejahteraan serta kekuatan untuk mendepani cabaran dan pentunjuk demi membuat pilihan yang tepat dan benar.

8 comments:

Hijau Aman said...

Saya sokong Ustaz...

pengundi pru13 said...

bguslah ajak die bertaubat.. mase xjadi liabiliti kemain pihak2 kamu melawan.. sekarang nak membela utk kepentingan pihak sndri..
1st thing 1st bleh la saudara check mcm mane harta die byk sgt w/n xberkerja, then siasat plak pasal kes rasuah perwakilan masa pemilihan ketua pemuda umno..
jenis2 menangguk ni mmg xpernah nak berubah klu utk kepentingan pihak sendiri.. bn ke pr ke lebih kurang jek musibat..(yg elok tetap elok)

Anonymous said...

Kalau KJ nak masuk Pas BOLEH AJE...TAPI TAK PERLULAH DIBERI JAWATAN PENTING SEPERTIMANA YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA DR.HASAN ALI... TAK DOK FAEDAH LANGSUNG KALAU SEMUA ORANG UMNO YANG MASUK PAS DAPAT JAWATAN TERTINGGI DALAM PARTI DAN KERAJAAN . GOLONGAN MELOMPAT INI MACAM KATAK

che long said...

ambe pun suka kalau YB Khairy join Pemuda Pas. tapi, jgn malas pulak ikut usrah dan program tarbiyah nanti ye..untuk kebaikan diri sendiri jugak..
Kau ramaikanlah darah2 muda untuk ikhlas berjuang untuk agama-Mu, ya Rabb
amin ya Allah!

Anonymous said...

sertai PAS untuk berjuang? berjuang untuk Islamkah? atau berjuang mempertahankan anwar ibrahim dan lim kit siang?

Anonymous said...

Nie cara Umno nak tawan PRu13, sebab Draf KJ yang banyak mengundi Umno jatuh...dan akan terus jatuh dan di mandi/telkim di Johor nanti.

mail lambong said...

salam

hasrat yang murni tetapi sayang, kerana harimau tidak boleh menjadi rusa.

Re_Hunt83 said...

smoga ALLAH m'beri taufik & hidayahNYA buat KJ n kte suma utk m'p'juangkan ISLAM hingga akhr hayat..aminn...

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive