HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, February 12, 2011

Kebangkitan Anak Muda 30K di Kedah

Kebangkitan Anak Muda : 
30K di Kedah Darul Aman
19 Feb 2011 [ Sabtu ]

1. Hanya tinggal  seminggu sahaja lagi masa untuk Pemuda PAS dari seluruh negara berkumpul di Negeri Kedah Darul Aman dalam kekuatan 30 ribu tenaga sebagai persiapan dan pecutan akhir menggalas agenda Kebangkitan Anak Muda Negara menuju perubahan. Tema himpunan 30K Pemuda PAS ini ialah " Masa Untuk Berubah : PAS Sedia Ganti UMNO " .

2. Ironisnya, himpunan ini akan berlangsung seminggu selepas dunia menyaksikan kejayaan kebangkitan generasi muda di bumi Mesir yang membawa kejatuhan Regim Hosni Mubarak yang telah memerintah sejak 30 tahun yang lalu. Pastinya semangat anak - anak muda di negara utara Afrika itu telah menular ke seluruh dunia untuk membangkitkan kesedaran serta keinsafan rakyat menolak regim yang zalim . Saya percaya, semangat dan kesedaran yang sama juga telah sampai ke negara kita dan kini anak - anak muda pula bersedia untuk bangkit menggantikan pemerintahan UMNO dan BN yang telah memerintah negara sejak 50 tahun yang lalu dengan memberi mandat kepada PAS dan PR sebagai pemerintah, pentadbir dan pengurus negara yang baru menjelang PRU yang akan datang.

3. Pemuda PAS akan diberi suntikan semangat pada himpunan tersebut oleh tokoh - tokoh pimpinan PAS dan sebahagiannya adalah mantan ketua - ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Insyaallah, himpunan 30K Pemuda PAS ini akan mendengar ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia [ sessi 2009-2011 ] sebagai "amanah perjuangan" serta "peraturan dan arahan" khas menghadapi gelombang kebangkitan anak muda ke arah memenangi Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

4. Tokoh - tokoh pimpinan yang akan turun memberi suntikan semangat perjuangan fi sabilillah kepada pemuda - pemuda PAS kelak ialah :

Al Fadhil Ustaz Yb Nasharudin bin Mat Isa [ Timbalan Presiden PAS ]
Al Faadhil Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man [ Naib Presiden PAS ]
Al Faadhil al Akh Yb Tuan Hj Salahudin Ayub [ Naib Presiden PAS merangkap mantan Ketua DPP Malaysia ]
Al Faadhil Ustaz Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak [ AJK PAS Pusat merangkap MB Kedah ]
Al Faadhil Ustaz Dato' Abu Bakar Chik [ AJK PAS Pusat merangkap mantan Ketua DPP Malaysia ]
Al Fadhil al Akh Tuan Hj Mohamad bin Sabu [ AJK PAS Pusat merangkap mantan Pemangku Ketua DPPM ]
Al Faadhil Ustaz Hj Hasrudin bin Hassan [ Ketua DPP Malaysia - Ucaptama ]

5. Sebelah petangnya pula Peserta himpunan akan direhatkan seketika dengan selingan persembahan artis - artis terkenal seperti Radhi dari Malissa dan Pak Long yang akan mengiringi seorang tokoh seleberiti terkenal tanahair yang akan menyerahkan borang untuk menyertai PAS pada hari itu. Himpunan ini akan ditutup dengan taklimat khas dan arahan gerakkerja pilihanraya oleh Pengarah Jabatan Piliharaya dan Strategi DPP Malaysia Yb Firdaus Jaafar.

6. Himpunan 30K ini akan disempurnakan dengan penuh gemilang pada jam 8.30 malam dengan Majlis Solat Hajat Perdana di tapak himpunan memohon petunjuk dan pertolongan Allah swt bagi mempertahankan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan pidato Perdana sempena semarak Kebangkitan Anak Muda  menuntut perubahan memburu keadilan dengan tema Masa Untuk Berubah : PAS Sedia ganti UMNO oleh :

Sohibus Samahah Fadhilatus Syeikh al Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat
Sohibus Samahah Fadhilatus Syeikh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Al Fadhil Ustaz Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak
Al Fadhil Ustaz Hj Nasrudin bin Hassan
Al Akh [ Seleberiti Terkenal Tanahair yang akan menyerahkan borang menyertai PAS ] - nantikan kemunculannya.

7. Pastikan anda sebagai Pemuda PAS hadhir ke himpunan ini bagi menyemarakkan gelombang kebangkitan Anak Muda dari seluruh dunia. Dari Tunisia, Yemen, Mesir, Jordan, Bangladesh dan kini Malaysia . Jumpa anda semua pada 19 February 2011 [ sabtu ] bersamaan 16 Rabiul Awal 1432H.

8. Ayuh Pemudaku ... tunaikan amanah perjuanganmu dan capai inspirasimu menuntut sebuah perubahan. kalian adalah Rijaaluttaghyir [ Agen Perubah ]

6 comments:

al-mankaraqi said...

salam ziarah.

Anonymous said...

tak payah nak ganti umno lah.. dengan dap pun tak boleh nak urus...cakap berdegar2..dengan dap slogan negara islam pun dah tak berbunyi lagi...serban di kepala saja yang besar..

Anonymous said...

anon 13 February 2011 09:18...

apalah ko nihh .. sarban DAP lagi besar daa dari serban PAS .. tu yang pas kecut tak berani nak cakap ..

Hadapan penyokong pas bukan main berapi tapi bila berhadapan DAP semua orang tahu kan apa yang berlaku pada PAS ..

inikah yang patut di sokong atau sekadar dengar ceramah hujung telinga sahaja .

lagi pun puak pas apa kerja nya selain dari kutip derma yang kemana pergi pun tak tau derma tersebut .. dari dulu lagi ashik kutip derma tapi kemana agak nya pergi duit tersebut ..

heboh kata UMNO rasuah tapi PAS tak jujur dalam hal derma ini bukan kah lebih teruk dari UMNO yang pas tuduh rasuah . kerana kononnya derma jihat tapi di selewengkan . bukankah itu lebih hina dari rasuah ..

Anonymous said...

ekau yg menuduh tu lg toruk.Janji Allah itu PASti..!!! satu hari nnt samada ko hidup lagi ke or dh mampus ISLAM akn menang!! masa tu menangislah kamu di dlm kuburrrr sbb menolak Islammmmmmmmmmmmm. Org yg tolak apa yg dibawa PAS sbb dorang xphm agama.bila UMNO bedal je 2 3 ayat quran sume percaya walau apa yg diulas tuh salah. tgk r org yg ckp tu mcm mana... yg haq itu jelas, yg batil tu jelas. dh anak bini pon xreti nk imbing jgn ade hati nk pimpin sebuah kerajaan.

Anonymous said...

ehm nmpaknya pnyokong2 umno kcut dgan kebangkitan pas.....anak2 mda inilah yg akn menumbangkan umno satu hri nnti...

Anonymous said...

erkk tolak Islam ? bila aku menolak Islam ? rasa nya tuduhan anon17.52 ni dah keterlaluan . baca ulasan aku dulu jgn main serang ja .

anon 17.52 aku ingin bertanya apa besa Islam di Mesir dengan Islam di Malaysia ?

Dan apa pula perbezaan Islam PAS ?

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive