HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, February 21, 2011

Memorundum ke Kedutaan Libya

1. Kebangkitan rakyat yang meletus di negara - negara Arab mutaakhir ini yang telah pun menumbangkan regim pemerintahan Tunisia dan Mesir, kini semarak kebangkitan itu terus menjalar deras seperti lahar yang sedang menuruni lurah dari puncak gunung berapi.

2. Suara dan himpunan kebangkitan rakyat itu telah melintasi sempadan Yemen, Bahrain dan Libya. Suatu kebangkitan yang saya sifatkan sebagai "time bomb" setelah mereka selama ini mendekam penuh sengsara dan derita berada di bawah sistem pemerintahan separa diktator.

3. Malangnya, kerajaan Bahrain dan Libya menggunakan kekerasan dalam menangani kebangkitan rakyat dengan menggunakan pihak keselamatan untuk menembak rakyat dan orang ramai yang menyertai rally kebangkitan rakyat tersebut. Sehingga kini saya difahamkan telah ratusan orang ramai yang terdiri dari masyarakat awam yang tidak bersenjata menyertai himpunan kebangkitan itu ditembak mati.

4. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengecam sekeras - kerasnya cara kerajaan Bahrain dan Libya menangani kebangkitan rakyat tanpa senjata dengan kekejaman yang menumpahkan darah dan nyawa rakyat mereka sendiri. Sebaliknya regim yang telah berkuasa dan memerintah sewajarnya mendengar suara rakyat mereka dan bertindak sewajar tanpa pertumpahan darah sekalipun mereka terpaksa berkorban meninggalkan takhta.

5. Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Lajnah Antarabangsa DPP Malaysia akan menyerahkan memorundum membantah kekejaman yang telah mengorbankan rakyat tanpa senjata ke kedutaan Libya pada hari Rabu ini [ 23 hb Feb 2011 ] jam 11 am. [ kumpul dihadapan bangunan Tabung Haji ]



0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive