HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, June 30, 2011

Bersihkan Negara Kita

Rasuah berselerak
di laman politik negara

Fitnah membusuk
kelam politik negara

Boros berleluasa
busuk politik negara

Tipu membarah
rosak politik negara

Ketidakadilan
lumpuh politik negara

Keangkuhan
hilang seri politik negara

Rasuah, fitnah, boros, tipu, ketidakadilan, keangkuhan
Semua ini sampah negara

Terganggu kedamaian politik
Tergugat kesejahteraan politik
Terancam ketenangan politik

Kerna .....

Sampah negara dibuang rata
Sampah negara dibiar kotor
Sampah negara dilonggok busuk
Sampah negara dicampak sepah
Sampah negara dilempar jijik

Ke utara sampah
Ke selatan sampah
Ke timur sampah
Ke barat sampah

Tiada kuasa dan upaya mencicip sampah negara
selain rakyat
Ganding tangan
Langkah kaki
Bergotong royong bersihkan negara

Justeru 9 Julai 2011
Hari Gotong Royong Bersihkan Negara

Bersih negara dari rasuah
Bersih negara dari Fitnah
Bersih negara dari penipuan
Bersih negara dari ketidakadilan
Bersih negara dari keangkuhan

Bersihkan Negara Kita
Bersihgkan Negara Kita
Bersihkan Negara Kita

Nukilan :

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
2011 - 2013

Stadium Melawati Shah Alam
29 June 2011

8 comments:

Dr Rita Coolidge said...

bersihkan negara ku dari peliwat dan penzina..
bersihkan negaraku dari pengkhianat bangsa, agama dan negara..
bersihkan negaraku dari perosak masyarakat..
bersihkan negaraku dari org munafik yng menggunakan agama ku utk politik duniawi..

AMIIIN.

Matt said...

bersih nk demokrasi

67% rakyat malaysia tk mau demo bersih!

so, demokrasi - batalkan bersih!

tungkaran hati said...

Pas hanya memperjuangkan parti, bukan Islam itu sendiri. Perjuangan Islam telah terpisah sama sekali dari parti Pas.
Cukuplah! jangan menipu kami lagi!

tungkaran hati said...

Pas hanya memperjuangkan parti, bukan Islam itu sendiri. Perjuangan Islam telah terpisah sama sekali dari parti Pas.
Cukuplah! jangan menipu kami lagi!

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Nasrudin,

Rasuah berselerak
di laman politik negara

Fitnah membusuk
kelam politik negara

Boros berleluasa
busuk politik negara

Tipu membarah
rosak politik negara

Ketidakadilan
lumpuh politik negara

Keangkuhan
hilang seri politik negara

SEMUANYA SEBAB PAS

Rasuah, fitnah, boros, tipu, ketidakadilan, keangkuhan
Semua ini sampah negara yang dilakukan oleh PAS

Terganggu kedamaian politik PAS
Tergugat kesejahteraan politik PAS
Terancam ketenangan politik PAS

Kerna .....

Sampah negara dibuang rata
Sampah negara dibiar kotor
Sampah negara dilonggok busuk
Sampah negara dicampak sepah
Sampah negara dilempar jijik

Ke utara sampah
Ke selatan sampah
Ke timur sampah
Ke barat sampah

SAMPAH PAS

Tiada kuasa dan upaya mencicip sampah negara
selain rakyat
Ganding tangan
Langkah kaki
Bergotong royong bersihkan PAS

Justeru 9 Julai 2011
Hari Gotong Royong polis Bersihkan PAS
Bersih negara dari rasuah PAS
Bersih negara dari Fitnah PAS
Bersih negara dari penipuan PAS
Bersih negara dari ketidakadilan PAS
Bersih negara dari keangkuhan PAS

Bersihkan Negara Kita
Bersihgkan Negara Kita
Bersihkan Negara Kita

DARIPADA KEKOTORAN YANG DIBAWA PR DAN PAS

Sekian

Matt said...

Buruknya negara kita ni memang la tk dinafikan, tapi kita kena ingat Rasul berpesan - Seorang Muslim adalah cermin kpd Muslim yg lain..

Tuntutan bersih tu memang ada logiknya dan betulnya

Tetapi berhimpun beratus ribu orang Islam dan mungkin bergaduh sesama Islam nanti tu salah

Bersekongkol dgn peguam pro-murtad tu salah ke tak ustaz?

Seorang manusia pun dh cukup hantar memo kpd Agung, nk bubuh nama ramai senang je - buat petisyen sejuta org

Kepada saudaraku ahli PAS semua, jgn la terpedaya dgn Ambiga tu, nanti menyesal..

Anonymous said...

Salam ustaz...

Demi Allah swt mohon klik link di bawah:

http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/2010/12/kenangan-terindah-haji-1431.html

Anonymous said...

Bukankah bapa segala penipu DSAI. Mengapa PAS masih menuruti?

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive