HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, June 19, 2011

Teknik Takutkan Rakyat untuk Halang BERSIH 2.0

1. Hasrat aspirasi rakyat untuk memastikan proses pelantikan pemimpin negara menerusi lunas demokrasi dan pilihanraya yang adil serta telus sukar diterima oleh sebuah kerajaan yang angkuh. PAS bersama semua parti politik pembangkang serta NGO yang menganggotai koalisi BERSIH, bersiap sedia untuk berhimpun secara aman tanpa senjata untuk menyerahkan memorandum khas kepada Yang Di-Pertuan Agong.   

2. Kerajaan perlu jelas bahawa himpunan yang akan diadakan pada 9 Julai ini ialah satu himpunan AMAN. Ia diambil daripada ruh demokrasi yang diperuntukkan dalam Perkara 10, Perlembagaan Malaysia. Ini bermakna, perlembagaan yang dijunjung oleh seluruh rakyat Malaysia telah menjamin dan membenarkan hak yang diberikan kepada mereka. Oleh yang demikian, BERSIH tidak melakukan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang.

3. Selain daripada mensinonimkan himpunan aman dengan himpunan haram dan himpunan yang boleh mencetuskan kekacauan dan ketidakstabilan, seolah-olah satu lagi teknik yang dicipta untuk menyekat himpunan aman iaitu teknik ‘TAKUTKAN RAKYAT’.

4. Teknik ‘TAKUTKAN RAKYAT’ ini dilihat sebagai satu ugutan untuk menafikan hak berhimpun rakyat. Daripada pemerhatian yang dibuat, kami mendapati;

a)      Pada 13 Jun 2011, PERKASA secara agresif akan turun ke jalan raya bagi membentuk satu kumpulan untuk bertembung dengan kumpulan BERSIH. Ini bertujuan bagi meningkatkan sentimen tidak aman pada 9 Julai nanti.

b)      Pada 15 Jun 2011, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar memberi amaran untuk tidak mengeluarkan permit termasuk membuat tangkapan awal sebagai langkah pencegahan.

c)       Pada 17 Jun 2011, Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) pula mencadangkan kepada pihak polis supaya mengambil tindakan yang lebih tegas dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada perancang himpunan aman BERSIH 2.0.

d)      Pada 18 Jun 2011, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Rais Yatim telah mengaitkan serangan siber atau godam terhadap laman web kerajaan bermotifkan politik dan mempunyai kaitan dengan BERSIH.

e)      Pada 18 Jun 2011 juga, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin pula telah cuba memiripkan himpunan aman BERSIH 2.0 umpama himpunan rakyat yang dilakukan secara besar-besaran pada tahun 1998. Dia bermaksud himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini tidak mustahil boleh berlaku huru hara dan pelbagai ancaman provokasi.

f)       Pada 19 Jun 2011, Timbalan Perdana Menteri mendakwa himpunan BERSIH 2.0 adalah himpunan untuk membangkitkan kemarahan rakyat seterusnya menjatuhkan kerajaan sah hari ini.

g)      Pada 19 Jun 2011 juga, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menuduh bahawa BERSIH 2.0 tidak harus mencontohi perhimpunan rakyat di negara Asia Barat seperti Mesir, Syria dan Libya.

5. Mereka cuba menafikan hak rakyat yang telah diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan. Maka, kedaulatan undang-undang tersebut telah dicemari. Malah, apa yang diamalkan oleh kerajaan adalah undang-undang rimba. Ingat, kerajaan yang angkuh dan menggunakan kuasa fizikal untuk menekan hak rakyat tidak akan selama-lamanya berkuasa. Rakyat tidak boleh disekat kerana akal, budi dan jiwa mereka sebenarnya bebas. 

NASRUDIN HASSAN
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

7 comments:

tungkaran hati said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....!
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat bukannya negara kebajikan seperti yang dikehendaki oleh DAP!

adam said...

Salam, ustaz. Ulasan ustaz amat meyakinkan, tetapi bolahkah ustaz bagi jaminan tidak akan terhasil kacau bilau dan kekecohan oleh peserta peserta himpunan itu nanti? Saya faham ustaz sendiri tidak akan buat kekecohan, tetapi bagaimana dengan anak2 muda yang menyertai perhimpunan ini, bolehkan ustaz kawal emosi mereka? Saya bimbang musibah yang lebih buruk berlaku nanti. Telah banyak sejarah lalu kita pelajari dan alami sendiri, anak2 muda ini akan bertindak aggresif, baling batu, rosakkan hak awam, bakar harta benda awam dan lain-lain.

celaka..celaka..celaka said...

kepada pemimpin pas yang celaka...tolonglah jgn berdemo. Kami semua rakyat malaysia dah jemu...buatlah sesautu yg produktif..

PAS is haram said...

kenapa la BODOH sangat????
kenapa la mahu salhkan kerajaan??
cukup2 la tu..
jangan dikacau ketenteraman awam..
setakat ini sudah 1000 laporan polis dibuat...??
semua org marah..

Dr Rita Coolidge said...

9 julai 2011 tarikh keramat..
segerombolan org2 melayu bodoh berkumpul..berarak sana sini seperti abu jahal dan pengikutnya..
mereka tidak sedar neraka la tempat utk mereka..
mereka pengkhianat negara..
mereka perosak bangsa..
mereka menjahanamkan peniaga2 utk berniaga..
mereka memalukan malaysia di persada dunia..

ya ALLAH yang Tuhanku, hancurkan lah golongan ini..
mereka tiada gunanya di bumi yang tercinta ini..

Matt said...

Salam, Ustaz

Memang mengikut perlembagaan rakyat mempunyai hak utk berdemo.

Namun jika difikirkan ada beberapa perkara yg menyebabkan PAS dan ahlinya tk patut menyokong bersih 2.0, antaranya:

1. Jika penyokong PAS turut sama berdemo kemungkinan akan berlaku perkelahian dgn org Islam perkasa, ngo, dan persatuan silat. Perkelahian sesama Islam adalah berdosa besar.

Memang penganjur bersih kata ini perhimpunan aman, tetapi bila org ramai berkumpul emosi akan bergelora (syaitan pun tumpang sekali).

Perlu diingat Perkasa dh berjanji jika bersih bibatalkan mereka pun akan batal perhimpunan mereka.

2. Jgn bagi muka kepada penganjur iaitu Ambiga. Jgn lupa Ustaz, ambiga ni pro-murtad, pro-lina joy, dan tk suka keistimewaan Islam di negara kita ni.

Kalau kepada umno yg Islam pun kita tk bagi muka, kenapa kita bersekongkol dgn ambiga? Apakah ambiga bagi anak kita biasiswa utk belajar di mesir, jordan etc?

Kita penyokong PAS mesti berlemah lembut sesama Islam tetapi bertegas dgn org kafir.

3. Walaupun kita berhak berdemo jangan kita lupa hak peniaga2 dan org awam sekitar KL yg tk suka demo dilakukan.

Kemungkinan mereka kena tutup kedai dan hilang pendapatan pada 9 julai ni. Dan jika berlaku vandalisma mereka akan mengalami kerugian.

4. Jika pergaduhan berlaku Ustaz pasti mengerti bahawa yg untung ialah parti politik bukan Islam. Jika pergaduhan berlaku umno akan kalah, perkasa akan kalah dan yg penting pas akan kalah. kata org yg menang jadi arang yg kalah jadi abu.

Dari sudut politik, kita umat Islam dh menjadi lemah bila undi org melayu Islam berpecah kpd 3 - umno, pas dan pkr. Bila kita lemah parti kafir akan menangguk di air keruh. Jgn kita menang sorak kampung tergadai Ustaz.

Dgn jawatan yg ada ditangan Ustaz, Ustaz boleh memohon supaya PAS tidak sokong bersih 2.0. Biarlah ambiga dan rakan pro-murtadnya sahaja yg berdemo, ahli PAS boleh buat benda lain yg lebih konstruktif kpd semua umat Islam di Malaysia ni..

Anonymous said...

salam,
maaf le ye,pada pandangan saya tak ada perhimpunan aman pun bila berselindung di sebalik parti politik, semua nya ada alasan tertentu, negara kita okay, aman, ekonomi ok, tak ada yang tak betul, demokrasi pun ok per, tengok le siapa rule Kelantan, Kedah, Penang, Selangor, ini tunjukkan semua ok jer, jadi nape nak huru harakan negara kita ni? tak usah bohongkan rakyat dengan sembunyikan agenda sebenar-benar nya. YANG SEBENARNYA PAS, DAP dan PKR dah tak sabar nak jadi kerajaan, nak tuju PUTRAJAYA, ini yang benar nya, tu sebabnya macam-macam yang di reka rekankan, sayangnya, tak semua rakyat Malaysia sokong PR ni, kalau semua sokong, dah lama dah jadi kerajaan, rasanya ALLAH pun tak beri izin, sebab PAS dah munkir janji, dah hilang ISLAM nya, PERJUANGAN ISLAM? apa yang tinggal kini? ikut DAP dan mempertahankan yang salah dan yang munkar, TAUBAT...TAUBAT....TAUBAT....

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive