HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, September 5, 2011

DPPM sedia Debat Ilmiah dengan Pemuda UMNO

1. Negara mutaakhir ini sedang di"hibur"kan oleh UMNO dan BN dengan isu komunis dan kemerdekaan yang didendang menjelang sambutan AidilFitri ekoran putar belit mereka terhadap kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohamad bin Sabu ketika menegaskan betapa sejarah negara yang telah ditulis "sang pemenang" adalah sejarah yang belot dan tidak adil bahkan ia perlu ditulis semula secara adil dan saksama. Bertanggugjawab terhadap negara dan pejuang - pejuangnya yang ikhlas dan berkorban.

2. Tidak timbul PAS menyokong komunis atau menganggap komunis sebagai hero ketika membuat penegasan betapa sejarah negara perlu ditulis semula tanpa membenarkan UMNO dan BN sekali lagi menodai sejarah gemilang negara dengan para pahlawan dan pejuang yang telah mengorbankan darah dan nyawa untuk menghalau penjajah keluar dari tanahair tercinta ini.

3. Ketua Penerangan PAS Pusat telah menawarkan pentas Debat Ilmiah kepada UMNO dan BN untuk mencari kebenaran sejarah dan penyelesaian ilmiah terhadap fakta sejarah yang sebahagian besarnya telah digelapkan dari penglihatan dan pengetahuan masyarakat awam sejak puluhan tahun lamanya. Sejarah yang ditulis oleh sang pemenang ini mesti dimurnikan kembali.

4. Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia pada bila - bila masa untuk menyertai Debat Ilmiah dengan Pergerakan Pemuda UMNO demi sebuah kebenaran dan masa depan yang diasaskan oleh pembacaan sejarah yang betul dan benar. Debat ini bukan bertujuan untuk mencetus persengketaan walau melibatkan pemuda PAS dan pemuda UMNO, tetapi bermaksud membedah sejarah, mencari ketulenan peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah kemerdekaan negara tercinta.

5. Insyaallah, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menghantar surat rasminya kepada pergerakan Pemuda UMNO dalam masa terdekat dan DPP Malaysia sememangnya mempunyai ramai tokoh pemuda yang boleh mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia  untuk menyertai Debat Ilmiah tersebut. Saya mengharapkan Pergerakan Pemuda UMNO sedia menerima pelawaan kami.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan pemuda PAS Malaysia.
Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 018 590 8890
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive