HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, December 23, 2011

Kembali Kepada Al Quran dan Sunnah

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia mendukung keputusan PAS melalui mesyuarat Lujnah Politiknya yang disokong oleh kenyataan al mursyidul am PAS yang menyusul selepas itu untuk memanggil tiga orang yang terlibat dengan pertikaian yang telah mencetuskan keresahan ahli dan penyokong PAS sejak beberapa hari kebelakangan ini bagi mendapatkan penjelasan 'rasmi' dan tindakan se...terusnya.

2. Kembali kepada mesyuarat atau syura adalah kembali kepada Allah, rasulNya dan ulil amri (syura) sebagaimana diseru oleh al Quran DPPM dengan penuh tawadhu' meyakini bahawa menerima keputusan syura dalam menentukan apa-apa tindakan ke atas mereka yang terlibat adalah satu amal ketaatan kepada Allah dan rasulNya. Ketaatan kepada Allah akan mendekatkan parti PAS kepada janji-janji agung daripada Allah ke atas hamba-hambaNya yang berjuang di jalanNya.

3. Seperti yang dipertegaskan oleh DPPM sebelum ini, setiap perselisihan yang berlaku hendaklah diadili seadilnya oleh hakim yang diberi kuasa oleh ugama. Sebarang penghukuman awal oleh mana-mana pihak, luar dan dalam parti, adalah tertolak kerana ia pasti menambahkan kerosakan. Seperti kata al mursyidul am, ia hanyalah ribut kecil yang dikencangkan oleh pihak yang enggan melihat kesepaduan jamaah Islam.

4. DPPM dengan ini menawarkan kepada pihak yang bertelagah apa yang ditawarkan oleh Allah di dalam al Quran iaitu kembalilah kepada jalanNya yang terbentang luas. Semoga Allah merapatkan kembali talian iman dan ukhuwwah sesama ahli.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive