HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, February 23, 2012

Amerika Bakar Al Quran

Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menyerahkan Memorundum dan Menganjurkan Himpunan Aman di hadapan Kedutaan Amerika bagi mengutuk keras tindakan JAHAT dan CUAI Tentera Amerika Syarikat yang membuang dan membakar Al Quran yang diambil dari perpustakaan penjara di Pangkalan Udara Afghanistan kelmarin.

Maklumat Tindakan :

Perkara : Memo dan Demo
Tempat : Kedutaan Amerika
Tarikh : 24 Feb 2012
Hari : Jumaat
Masa : Selepas Solat Jumaat [ kumpul di Masjid Tabung Haji ]


Sebelum ini tahun 2010, Gereja Florida telah mencetus kemarahan ummat Islam apabila merancang untuk membakar Al Quran pada ulangtahun kesembilan peristiwa 11 September di New York dan Washington.

Rancangan serupa diulang oleh Terry Jones Paderi Amerika Syarikat pada tahun lalu 2011 sempena ulangtahun peristiwa 11 september. malah pembakaran Al Quran telah dilakukan oleh Paderi Wayne Sapp dibawah pengawasan Jones.

Al Quran ada waktu itu telah direndamkan dalam minyak tanah selama sejam dan diletakkan dalam dulang besi di tengah - tengah gereja sebelum ianya dibakar dengan pemetik api barbeku. Al Quran di bakar selama 10 minit dan gambar pembakarannya dirakam.

Semalam timbul lagi isu pembakaran Al Quran, kini dilakukan pula oleh Tentera Amerika Syarikat dan kononnya tindakan mereka tidak disengajakan. Persoalannya berapa kali lagi ia akan berlaku ?

Dewan Pemuda PAS mengutuk sekeras - kerasnya tindakan propaganda yang mencetus kemarahan ummat Islam seluruh dunia. Suatu tindakan yang tidak selayaknya dilakukan oleh insan yang bertamadun justeru ianya mempertajamkan lagi permusuhan antara mereka dengan ummat Islam.

Semoga Allah swt melaknat segala usaha untuk menghina dan memperlekehkan Islam dan memberi kekuatan kepada Ummat Islam untuk terus bangkit mempertahankan maruah agama dan harga diri.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive