HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, February 9, 2012

JAMIL KHIR KHIANATI DUIT ZAKAT ?

Mengikut jawapan Menteri Agama Dato’ Jamil Khir mengenai dakwaan salah laku mengunakan wang Yayasan Taqwa untuk program politik beliau di Kedah, beliau menafikan dakwaan tersebut. (http://malaysiakini.com/news/188165)

Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin meminta pihak Menteri Agama Dato Seri Jamil Khir untuk menjawab persoalan ini pula :

Mengikut laporan tahun 2010 MAIWP, pendapatan YAYASAN TAQWA adalah sebanyak RM 7.78 Juta.
Perbelanjaan YAYASAN TAQWA pula adalah RM 6.98 Juta. Sebanyak RM 800 000 tidak dilaporkan didalam laporan tahunan 2010 MAIWP.

Kami juga mendapati sebanyak RM 2 Juta dibelanjakan untuk belanja pengurusan. Kami mendapati RM 2 Juta adalah sangat tinggi bagi menguruskan Yayasan Taqwa yang diketuai oleh seorang Pengurus Besar dan 17 kakitangan.

Mengikut kadar peratusan penyaluran duit zakat yang dilaksanakan oleh Yayasan Taqwa kepada asnaf adalah seperti berikut :

Agihan : RM 4.98 Juta (64%)
Pengurusan : RM 2 Juta (36%)

Kenapakah peratusan penyaluran agihan kepada asnaf hanya 64% sahaja sedangkan asnaf yang memerlukan masih ramai yang tidak mendapat bantuan.

Kami juga mendapati laporan lengkap tahunan Yayasan Taqwa tidak disertakan bersama didalam laporan tahunan MAIWP.

Dengan ini,kami mendesak pihak Menteri Agama :

1. Menjawab kemanakah RM 800 000 yang tidak dilaporkan didalam Laporan Tahunan 2010 itu telah dibelanjakan?
2. Menjelaskan kenapa perbelanjaan pengurusan terlalu tinggi sehingga mencecah RM 2 Juta?
3. Melantik segera satu badan bebas untuk mengaudit perjalanan Yayasan Taqwa secara menyeluruh.


Yang Benar,

Kamaruzaman Mohamad
Pengarah Task Force Zakat
Dewan Pemuda PAS Malaysia

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive