HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, February 28, 2012

Star mesti diambil tindakan !

Giliran Star dan MCA diambil tindakan

1. Alhamdulillah, memorundum yang dihantar telah di terima dan konsert Erykah Badu telah dibatalkan kerana tidak menepati garis panduan PUSPAL iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai budaya di Malaysia. Terima kasih kepada pihak berwajib yang mengambil langkah tepat. Terima kasih Datuk Rais Yatim.

2. Namun sebagaimana yang telah saya tegaskan sebelum ini. Isu Erykah Badu bukan sekadar konsert dan hasil karyanya. Tetapi lebih besar daripada itu ialah bagaimana pula tindakan wajar ke atas The Star yang telah mempromosikan Erykah Badu dengan dada terdedah menampakkan tatoo kalimah Allah di dada kiri dan kanannya.

3. Saya telah menekankannya sebelum ini dan sekali lagi saya atas nama Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak agar akhbar Star digantung permitnya selama sebulan paling minima. Justeru ini bukan kesalahan pertama dan tidak mungkin mereka terlepas pandang kerana Star pernah ditegur beberapa kali sebelum ini dalam isu menggugat sensitiviti agama khasnya bagi ummat Islam.

4. Lebih menarik apabila pemilik akhbar ini ialah MCA yang terkenal dengan sikap anti Islamnya. Bermula dengan Presidennya Datuk Chua Soi Lek, semua orang sudah kenal dan tahu sikap permusuhannya terhadap Islam [Islamophobia]. Saya bimbang ini adalah satu perancangan rapi untuk terus konsisten menghina dan menentang Islam secara terbuka. Mereka seperti mahu menguji tahap kesabaran ummat Islam.

5. Lebih parah dan mengelirukan apabila kerajaan UMNO Dan BN memejam sebelah mata terhadap apa yang dilakukan oleh akhbar MCA ini. Apakah kerana mereka tidak berani berhadapan dengan MCA ? Harapan ada tindakan tegas justeru ia berkait dengan maruah ummat Islam. kita tidak mahu lagi akhbar Star hina Islam kemudian mohon maaf, buat lagi dan mohon maaf lagi dan buat lagi lalu mohon maaf lagi. Soalnya sampai bila ?

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive