HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, August 31, 2012

Fokus Depani PRU 13

Fokus Mendepani PRU 13

1. Menyertai pilihanraya ertinya bersaing untuk memenangi hati pengundi. Kegagalan mempengaruhi dan menakluki hati, pemikiran dan minda pengundi membawa maksud kecundang dan tewas dalam saingan pemilihan pemimpin yang diadakan. 

2. Kecuali sistem pengendalian pilihanraya diselia tanpa nilai integriti dan semangat responsibiliti yang tinggi  justeru ia membuka ruang manipulasi dan ketidaktelusan yang ketara, maka pola pemikiran pengundi tidak memberi apa - apa makna kepada keputusan pilihanraya yang bakal diumumkan.

3. Lantaran itu saya melihat isu terpenting mendepani pilihanraya umum ke 13 ialah Transformasi Sistem Pengendalian Pilihanraya. Tanpa jaminan sistem pengendalian pilihanraya yang adil, telus dan saksama, maka pilihanraya umum hanya dilihat sebagai sandiwara di pentas demokrasi.

4. Sebagai analogi, sebelum kita merancang untuk memenangi sesebuah perlawanan bolasepak dengan penyediaan skil, stamina, teknikal dan taktikal permainan, terlebih dahulu  kita mesti memastikan permukaan padang yang kondusif untuk sebuah perlawanan. Begitu juga dengan standard pengadilan yang berkualiti tinggi perlu dipastikan. Tiada makna skil individu atau pasukan yang hebat dan menarik jika padang tidak rata dan pengadil berat sebelah.

5. Kebebasan  media, pemansuhan undi pos,  dakwat kekal dan seumpamanya mestilah menjadi realiti. Inilah isu utama yang mesti diberi fokus oleh semua khasnya parti yang bertanding dalam pilihanraya .

6. Perkara kedua yang mesti diberi tumpuan ialah isu yang berkait dengan kehidupan rakyat seharian seperti masaalah kos hidup, kenaikan harga barang, peluang pekerjaan dan jaminan kesejahteraan hidup mereka yang harmoni.

7. Isu ini boleh dibangkitkan secara seimbang antara bongkar dan dedah masaalah yang sedang dihadapi oleh rakyat dengan tawaran dan perlaksanaan polisi yang akan dilaksanakan jika diberi mandat mentadbir dan memerintah.

8.  Mendedahkan penyelewengan juga wajar apabila penyelewengan itu berkait kepentingan umum seperti negara dan rakyat pula mempunyai bukti kukuh bahawa penyelewengan itu berlaku,  agar rakyat memiliki maklumat jelas, siapakah pemimpin yang wajar diberikan mandat untuk mengurus, mentadbir dan memerintah. Salah pilih membawa risiko besar kepada masa depan negara dan rakyat.

9. Namun apa yang jauh lebih penting selain isu yang dilagang ialah pendidikan politik. Ia menjadi asas utama yang meluruskan sikap dan tindakan agar isu yang dibawa tidak berunsur fitnah dan berniat jahat sebaliknya berasaskan kesedaran yang sempurna untuk membawa kebaikan kepada agama, rakyat dan negara.

10. Politik baru yang memiliki nilai hemah yang tinggi, mampu mengurus isu dengan berkesan. Mengutamakan yang hak dan menolak kebathilan.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 018 590 8890
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive