HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, September 27, 2012

Hak Mahasiswa dicabul

Pilihanraya Kampus  : Pemuda PAS Sokong Kebebasan hak Mahasiswa.

1. Pilihanraya Kampus yang berlangsung semalam telah menyaksikan penyelewengan dan penindasan ke atas hak demokrasi mahasiswa.

2. Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan rasa kesal terhadap kekecohan yang berlaku di dalam Pilihanraya Kampus (PRK) sesi 2012/2013 yang berlaku semalam, khususnya di Universiti Malaya , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

3. Kekecohan, bantahan dan pengundian semula yang berlaku ini berpunca dari pengendalian PRK oleh pihak Hal Ehwal Pelajar yang memang sejak dari dulu lagi dipertikaikan kewibawaan dan keberkecualiannya dilihat mengambil sikap memihak kepada kumpulan pelajar tertentu terutamanya dari kumpulan Pro Aspirasi.

4.  Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) buat kesekian kalinya ingin menegaskan bahawa soal pemilihan kepimpinan mahasiswa seharusnya ditentukan sendiri oleh mereka secara bebas dan terbuka tanpa campurtangan pihak yang berkepentingan. Budaya mengugut dan memaksa mahasiswa untuk hanya mengundi sesuatu kumpulan adalah pencabulan terhadap kedudukan mahasiswa selain dari mencabul hak asasi mereka.

5. Begitu juga sikap memihak yang amat ketara yang ditunjukkan oleh kebanyakan pentadbir universiti samada daripada HEP atau pentadbir Kolej Kediaman yang menyokong kumpulan pro Aspirasi hingga hanya kumpulan tersebut diberi ruang yang luas untuk berkempen dan mendekati pelajar dan pada masa yang sama menafikan hak tersebut kepada kumpulan pro Mahasiswa.

Sehubungan itu, DPPM mendesak supaya:

a]. Semua keputusan PRK di kampus-kampus yang mahasiswanya mempertikaikan proses perjalanan pilihanrayanya digantung buat sementara dan sebuah jawatankuasa bebas ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyiasat segala aduan ketidak adilan dan penipuan yang berlaku dalam PRK sesi ini.

b]. Para mahasiswa yang bertanding hendaklah diberi hak sama rata untuk berkempen serta melantik agen-agen mereka bagi memantau dan mengikuti dari dekat proses pembuangan undi dan pengiraan undi.

c]. Aturan dan Peraturan perjalanan Pilihanraya hendaklah diperkemaskan dan digubal selaras dengan standard universal perjalanan pilihanraya yang adil dan telus.

 e]. Para pegawai universiti, pengetua-pengetua kolej kediaman, felo-felo dan juga para dekan dan pensyarah dilarang sama sekali menggunakan pengaruh dan kedudukan mereka untuk memaksa para mahasiswa menyokong mana-mana calon yang bertanding.

f]. Pemantau pilihanraya dari luar seperti dari SUHAKAM dan Majlis Peguam hendaklah dibenarkan untuk memantau seluruh perjalanan PRK.

g]. Menolak perlaksanaan kaedah pengundian secara online (e-voting) kerana system tersebut membukan ruang kepada penyelewengan lantaran pulak system tersebut sudah tentu dikawal oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).

h].  Pengendaliaan PRK di kampus-kampus tidak diletakkan secara eksklusif pengendaliannya di bawah HEP, tetapi di bawah satu Suruhanjaya Pilihanraya Kampus yang dilantik oleh Senat Universiti.

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive