HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, October 2, 2012

Membina Generasi Berintegriti

Negara Perlu Peruntukan Pembinaan Generasi Berintegriti Demi Masa Depan.


1. Memacu pertumbuhan ekonomi tidak hanya dilihat pada nilai dan jumlah angka yang ditabur kepada rakyat untuk mengembirakan penerimanya tetapi mesti juga memastikan operasi kawal aliran serta kitaran ekonomi yang telus, saksama dan adil. Masalah utama ekonomi negara ialah pada mereka yang menguruskan kewangan negara yang sebati dengan budaya ketirisan, kebocoran, pembaziran dan diancam gelaja rasuah yang berleluasa.

2. Oleh yang demikian, pemacu ekonomi negara perlu diperkaya dengan keutuhan nilai dan spiritual. Jika pengurus dan pemacu ekonomi negara tidak cakna dosa dan pahala dalam mengusahakan pendapatan dan perbelanjaan negara, belanjawan sebaik manapun tiada guna, apatah lagi satu belanjawan yang berPhD dalam berbelanja tapi masih bertadika dalam meningkatkan hasil negara.

3. Berlakunya rasuah, penyalahgunaan dana awam, ketirisan, pembaziran dan pecah amanah adalah berpunca dari rendahnya nilai modal insan yang dimiliki oleh negara. Sebagaimana berlakunya jenayah, salah laku moral dan aneka kemungkaran adalah berpunca juga dari tandusnya agenda atau program membina spiritual sepantas pembinaan material yang mencakar langit. Jangka panjang, segala gejala negatif tersebut akan meruntuhkan peradaban negara dan tamadun kemanusiaan.

4. Belanjawan yang dibuat semata-mata untuk mendapatkan undi adalah sangat tidak sihat dalam pertumbuhan ekonomi negara. Candu hari ini adalah racun pada generasi yang akan datang. Ini mengkhianati Allah swt Tuhan yang menurunkan rezeki. Fenomena ini akan berterusan tanpa pembangunan spiritual yang mantap selari dengan pertumbuhan material. Jesteru, negara terus akan mengalami kepincangan ketara kerana sumber manusia atau modal insan adalah faktor terpenting untuk memastikan pengurusan ekonomi terlaksana dengan baik dan gemilang.

5. Lebih menyedihkan, Belanjawan 2013 terus mengenepikan pertumbuhan spiritual rakyat – yang penting untuk membina benteng kepada menularnya gejala rasuah, penyalahgunaan dana awam, ketirisan, pembaziran dan pecah amanah yang telah menjadi budaya pemerintah masa kini.

6. Sebagai negara yang diterajui oleh pemerintahnya yang majoritinya beragama Islam, perlu ditegaskan institusi membina kefahaman, kesedaran dan penghayatan Islam kepada rakyat harus diberi penekanan mulai sekarang demi pembangunan negara masa hadapan. Negara perlu melahirkan generasi yang berintegriti untuk menggantikan generasi pemerintah kini yang sudah sebati dengan gejala rasuah, penyalahgunaan dana awam, ketirisan, pembaziran dan pecah amanah.

7. Atas sebab itu, sayugia pembangunan Islam mesti dijadikan agenda terpenting sebagai sebahagian dari "mesin" yang berkualiti tinggi untuk menghasilkan sumber manusia yang mempunyai kredibiliti.

8. Sehubungan itu, amat dikesali sehingga kini tiada usaha berkesan dan peruntukan wajar untuk Sekolah Agama Rakyat [SAR] yang bertaburan dalam negara kita untuk membangun minda dan jiwa anak bangsa. SAR terus dianak tirikan dan terus menjadi mangsa dendam politik yang tidak memulangkan kebaikan kepada rakyat khasnya ummat Islam.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive