HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, January 6, 2014

Islam Adalah Agama Kemanusiaan (Risalah Dakwah 11)


[1]. ISLAM datang membawa RAHMAT UNTUK SEMUA. Terutama kepada ummat manusia yang menjadi subjek utama perbahasan mengenai Islam sebagai cara hidup yang sempurna. Islam memuliakan ummat manusia walau apa latar belakang kaum, bangsa, bahasa dan agama. Islam adalah wahyu dari pencipta sekelian alam untuk menjadi pedoman buat makhluknya melayari kehidupan sempurna dan sejahtera. Firman Allah Taala :

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا
"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan." (Surah Al Isra' ayat 70)

[2]. Penghormatan Islam ini tidak hanya kepada ummat Islam tetapi juga meliputi non muslim. Non muslim bukan musuh Islam sebaliknya musuh Islam ialah mereka yang memusuhi, menentang dan memerangi Islam walau siapa mereka.
  • Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda dalam satu hadis :
من قَتَلَ مُعاهِداً في غَيْرِ كُنْهِهِ حَرَّمَ اللهُ عليه الجَنَّةَ
"Barangsiapa yang membunuh seorang non muslim yang mempunyai perjanjian damai dengan kerajaan Islam (mu'ahid) tanpa sebarang sebab yang dibenarkan oleh syara' maka Allah akan mengharamkan ke atasnya syurga" (Riwayat Abu Dawud : No 2670)
  • Nabi Muhammad s.a.w pernah bangun berdiri menghormati jenazah seorang yahudi.
عن ابن أبي ليلى أنَّ قيسَ بن سعدٍ  و سهْلَ بن حُنيفٍ كانا بالقادِسيّة فمرَّتْ بهما جنازةٌ فقاما فقيل لهما إنها من أهل الأرض فقالا أنَّ رسول اللهِ صلى الله عليه وسلم مرَّتْ به جنازةٌ فقامَ فقيل إنه يهوديٌّ فقال صلى الله عليه وسلم أليْستْ نَفْساً ؟
"Dri Ibnu Abi Laila bahawa Qais bin Sa'd dan Sahl bin Hunaif sedang berada di al Qadisiyyah. Kemudian sekujur jenazah diusung berdekatan dengan mereka lalu mereka berdua berdiri. Lalu dikatakan kepada mereka, " Janazah itu merupakan jenazah salah seorang penduduk tempatan disini" maka mereka berdua pun menjawab " sesungguhnya Rasulullah saw pernah diusung berdekatan dengan baginda satu jenazah lalu baginda bangun , dikatakan kepada baginda "itu adalah jenazah Yahudi" maka Nabi saw menjawab " Bukankah ia juga seorang manusia?" (Riwayat Imam Muslim : No 961)

[3]. Justeru itu Islam tidak membenarkan sebarang bentuk penindasan dan kezaliman ke atas ummat manusia termasuklah ke atas Non Muslim. Dalam satu Hadis Qudsi dari Abu Dzar di mana Rasulullah s.a.w telah meriwayatkan daripada Allah yang telah berfirman :

يا عبادي! إنّي حَرَّمْتُ الظُلْمَ على نَفْسِيْ و جَعَلْتُهُ  بَيْنَكُمْ مُحَرَّماً فَلا تَظَالَمُوا
"Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya Aku mengharamkan sebarang bentuk kezaliman ke atas diriKu dan Aku juga mengharamkannya ke atas setiap kamu. Oleh itu janganlah kamu berlaku zalim antara satu sama lain." (Riwayat Muslim : No 2577)

[4]. Andai timbul sebarang masaalah antara Islam dan Non Muslim, sebagai contoh dalam isu Kalimah Allah yang hangat diperkatakan dalam negara kita dewasa ini, ummat Islam dan terutamanya pihak berkuasa ummat Islam mestilah cermat dan berhemah dalam mengambil sebarang tindakan. Tentu sahaja tindakan itu adalah untuk menyelesaikan pertikaian bukan memburukkan keadaan. Suatu tindakan yang mesti seimbang antara memelihara kesucian Islam dan menghormati hak Non Muslim.

[5]. Sepintas lalu, kalau dengan "pengganas Lahad Datu" kerajaan boleh ambik masa berbulan lamanya untuk berunding, kenapa dalam isu Kalimah Allah ini pihak berkuasa agama tidak ambil pendekatan berhemah seperti menganjurkan Dialog Nasional atau Rundingan Ekslusif untuk mencari jalan penyelesaian yang pastinya sebagaimana yang saya katakan tadi, iaitu mempertahankan kesucian Islam dan dalam masa yang sama menghormati hak mereka sebagai Non Muslim. 

Saya memahami hasrat pihak berkuasa agama yang mahu memelihara kesucian Islam namun tindakan janganlah kasar sebaliknya pamerkan akhlak tinggi Islam sebagai mana yang diajar oleh Nabi Junjungan, Muhammad s.a.w. Sementara pihak Non Muslim juga mestilah peka terhadap sensitiviti ummat Islam agar tidak mengambil tindakan mencetus gusar dan keliru dikalangan ummat Islam.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat.
Mencorak Masa Depan
Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 018 590 8890
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive