HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, January 3, 2014

Tahun Baru : Detik Untuk Berubah (Risalah Dakwah 1)


[1]. Tahun baru masihi negara kita sering disambut dengan pelbagai aktiviti maksiat dan mungkar. Pergaulan bebas ditaja, pula diadun dengan pesta muzik hingga kelarut malam. Detik 12 tengah malam 31 Disember saban tahun kononnya ditunggu dengan penuh meriah. Namun, tenggelam dalam kealpaaan dan keasyikan yang menjerumus ke lembah dosa dan noda.

[2]. Saya menyarankan agar kerajaan pusat termasuk kerajaan negeri mengambil perhatian perkara ini dengan melakukan perubahan besar terhadap majlis sambutan Tahun Baru disamping memberi perhatian dan kawalan kepada penganjuran pihak swasta agar tidak mengheret negara dan rakyat ke kancah murka Allah Taala.

[3]. Terlalu banyak pendekatan, cara dan kaedah sambutan yang baik boleh dilakukan disamping berpeluang mendidik masyarakat secara positif membina iklim sosial yang solehah dan membentuk budaya positif serta semangat cintakan negara. Pastinya kesan langsung daripada tindakan itu akan membantu negara bebas dari mungkar dan jenayah sosial.

[4]. Perubahan positif ini mesti bermula dari pemimpin dan dasar kerajaan yang dilaksanakan. Jangan hanya mendorong rakyat atau masyarakat melakukan perubahan setiap kali menjelang tahun baru sedang kerajaan tidak pernah berubah dan serik dengan kesan langsung dan tidak langsung dari penganjuran aktiviti maksiat dan mungkar yang kian subur kebelakangan ini.

[5]. Perubahan mesti dilakukan. Jangan biarkan budaya barat dan doktrin mungkar ini terus bersarang dalam masyarakat negara kita. Sungguhpun mahu mengejar kemajuan dan kemodenan, namun janganlah biarkan elemen negatif mempengaruhi pemikiran, keperibadian dan budaya masyarakat kita. Ambillah penegasan atau peringatan Allah Taala sebagai turning point untuk melakukan perubahan besar ini.

Firman Allah Taala :


لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلاَ مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ

Bagi tiap-tiap seorang ada Malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya. (Surah ar Ra'du : Ayat 11)

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat
Mencorak Masa Depan
Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 018 590 8890
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive