HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, July 1, 2014

Menuntut Ilmu Sepanjang Zaman

PELAJAR DOKTOR FALSAFAH PENDIDIKAN UNISEL MENINGGAL DUNIA KEMALANGAN JALANRAYA

Datuk Abu Bakar Chik yang merupakan pelajar jurusan Doktor Falsafah Pendidikan di Universiti Selangor (UNISEL) meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuh raya Pantai Timur, Bukit Besi jam 4.30 pagi tadi. Beliau merupakan pelajar universiti bermula sejak 2012 hingga kini.

Pada masa ini, jenazah Allahyarham yang juga bekas Exco Terengganu (1999-2004) itu masih berada di Hospital Hulu Terengganu. Kejadian berlaku apabila kereta dinaikinya melanggar sebuah van jenis Vannete yang dinaiki enam penumpang. Kemalangan tersebut menyebabkan keretanya terbakar sebaik sahaja beliau dan pembantunya Hasmizi Hasan dibawa keluar.

Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Abu Bakar meninggalkan seorang balu, Zaitun Salleh dan lapan anak. Jenazah Abu Bakar akan dibawa balik dari Hospital Hulu Terengganu ke Maahad Tahfiz wal Tarbiyah Darul Iman (MTT) Tok Jiring, Kuala Terengganu untuk disembahyang dan dikebumikan.

Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Bagi pihak universiti, doa serta harapan agar seluruh keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan musibah ini. UNISEL mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa ’afihi wa’fu’anhu. Al-Fatihah.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive