HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, February 12, 2016

Perjuangan Islam Itu Indah

Mehnah (karenah) dan Ibtila’ (ujian) di pentas perjuangan ini adalah merupakan sunnatullah. Sepanjang jalannya penuh dengan cabaran dan dugaan yang sengit dan perit. Fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada sang pejuang adalah asam garam perjuangan. Firman Allah;
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّىٰ نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ
“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.” (surah Muhammad ayat 31)
Usahlah gusar dan resah. Jangan gentar dan gundah mendepani segala rona-rona perjuangan tersebut. Melainkan segalanya memulangkan keredhaan dan anugerah pahala dari Allah Azza wa Jalla. Asal sahaja kita sabar dan tabah serta ikhlas dan tawajjuh kepada Allah dalam memikul beban amanah perjuangan ini, maka perit jerih, suka duka dan penat lelah dalam perjuangan ini tidak sia-sia. 
Lihat bagaimana tawaran Allah Jalla Jalaaluh;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”

تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu  mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
“(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga Ad’n. Itulah kemenangan yang besar.” (surah al-Saff ayat 10-12)

Ertinya, perjuangan suci untuk menjulang kalimah Allah telah dijanjikan oleh Allah beberapa perkara, (asal sahaja kita beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta ikhlas dan gigih berjuang di jalan Allah);
  1. Kelepasan api neraka
  2. Keampunan dari dosa
  3. Mendapat keanggotaan syurga
Justeru itu, jangan beralah dengan tekanan yang diterima dan jangan mengah dengan jauhnya jarak perjuangan ini. Banggalah apabila anda telah berjuang. Anda telah jadi orang-orang pilihan Allah meskipun “mereka” membenci anda! Meskipun mereka sinis menggelarkan anda lebai-lebai kampungan.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive