HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, March 16, 2015

Perkongsian dari Parlimen : Siri 13

Perkongsian dari Parlimen : Siri 13

Yang Di Pertua

KESELAMATAN

1. Antara perhatian penting yang terkandung dalam titah di Raja ialah isu keselamatan negara dan penduduknya. Sementara itu, kita juga sering berdoa    

ربِّ اجْعَلْ هذا بلداً ءامِناً وَ ارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَراتِ 

Namun begitu, keamanan negara ini perlu diusahakan dan tentunya semua pihak bertanggungjawab. Kerajaan selaku pemegang amanah negara tidak boleh sambil lewa dan menyapu sampah ke bawah karpet. Realitinya, dari pelbagai sudut negara kita sangat terdedah kepada aktiviti jenayah yang mengancam keselamatan dan keamanan penghuni negara ini. 

2. Saya ambil sample kes jenayah yang berlaku dibeberapa buah  daerah berdekatan.

TAIPING : 2 FEB 2015

Seorang pelajar University Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, Nur Syuhada' Johari telah dikelar lehernya sampai mati. Peristiwa berlaku pukul 12 tengahari di Lebuhraya Utara Selatan dekat Bukit Gantang.

IPOH : 11 FEB 2015

Isteri seorang anggota polis ditikam dileher dalam satu kejadian samun di Taman Tanjung Emas - Tanjung Rambutan, suspek dalam kes ini dipercayai baru berusia 15 - 19 tahun

IPOH : 13 FEB 2015

Seorang kontraktor kelas F mati dijerut dengan kejam di rumah bapanya Jalan Tiong Kg Dato Ahmad Said Tambahan 2 Manjoi.

IPOH 5 MAC 2015

Tiga sekeluarga cedera parah diserang dan ditetak oleh sekumpulan 5 lelaki bersenjata parang di Taman Maju Rapat pada jam 4.40 pagi.

Tan Sri Yang Dipertua

SERANGAN CYBER

3. Malaysia turut berdepan dengan serangan cyber. Malaysia alami kerugian RM1 bilion sekaligus meletakkan negara pada tangga ke Enam mudah diserang jenayah cyber menurut laporan Ancaman Keselamatan Sophos 2013

4. Malaysia juga hadapi ancaman keselamatan dari Organisasi Jenayah Antarabangsa yang menyalahgunakan internet untuk pelbagai aktiviti haram rentas sempadan seperti seludup dadah, seludup manusia, penipuan kewangan, penggubahan wang haram.

5. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari sebut   kes jenayah siber di negara ini meningkat kepada 10,636 tahun lepas, berbanding 9,986 kes, pada tahun sebelumnya

Jenayah di kalangan pelajar meningkat

6. Statistik menunjukkan peningkatan 42 peratus pada tahun lalu berbanding 2013. Ia membabitkan jenayah curi kenderaan, merusuh, pecah rumah, curi dan ugutan jenayah. Meningkat 146 kes melibatkan golongan pelajar dan juvana.
Tetapi .......

Apa yang malang ialah kerajaan selalu menyanyikan lagu "Statistik Jenayah Menurun"

Tan Sri Yang Dipertua

Jenayah di Malaysia meningkat 20,000 kes dalam 60 hari

7. Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) mendakwa dalam 60 hari, kes jenayah di Malaysia telah melonjak secara mendadak sebanyak 20,096 kes sejak Januari 2014. 

8. Pengerusinya, R Sri Sanjeevan menyatakan berkemungkinan pihak PDRM menyembunyi Kecurian motosikal yang merupakan kes jenayah tertinggi direkodkan iaitu sebanyak 6,146 kes dan hampir 334 kes jenayah direkodkan setiap hari dalam tempoh dua bulan.

9. Jenayah bukan indeks tiada dalam pengiraan turun naik kadar jenayah di negara ini. Apabila jenayah bukan indeks tidak diambil kira, kadar jenayah di negara ini dilihat seolah-olah menurun sedangkan jenayah semakin meningkat.

Tan Sri Yang Dipertua 

JENAYAH WARGA ASING

10. Pada 18 Februari 2015 : Seramai 1,302 warga asing ditangkap atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Cantas Khas Utara di beberapa serbuan di kawasan penempatan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur. 

11. Pemeriksaan terbabit polis turut merampas 44 kad pelarian United Nations High Commisioner for Refugees (UNHCR) mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan dokumen palsu sebagai tulen. 

12. Bukit Aman menyatakan kes pecah rumah dimonopoli warga Indonesia, kes pembunuhan dan pergaduhan banyak babitkan warga Myanmar dan Vietnam, kes melibatkan penipuan selalunya didalangi warga Afrika, kes dadah dikuasai warga Afrika dan Afrika Selatan manakala kes gangguan seksual pula dilakukan warga Sri Lanka, Bangladesh atau India.

13. Sebab itu sangat dipertikaikan, bagaimana  tindakan kerajaan memberi IC kepada warga asing dengan begitu mudah?

Sekian

Nasrudin bin Hassan
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
Ahli Parlimen Temerloh
www.perjuanganku.com

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive