HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, April 16, 2015

Risalah Dakwah. Siri 105

Risalah Dakwah. Siri 105

Syariat Islam mesti diperjuangkan.

1. Sebagai seorang muslim dan beriman kepada Allah swt. Kita mesti perjuangkan Islam dan syariatnya. Dokong dan bawanya dalam kehidupan kita, sekira - kira dimana sahaja bumi kita berpijak maka disitulah Islam dan syariatnya kita junjung.

2. Memperjuangkan Islam ini adalah ibadah. Satu pengabdian diri kita kepada Allah swt. Membawa Private Members Bill ke Parlimen bagi membolehkan pindaan kepada Akta 355 berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah ke arah membolehkan Syariat Islam dapat dilaksanakan di Malaysia khasnya di Kelantan adalah satu ibadah. 

3. Justeru itu, selayaknya kita yang membentangkan Private Members Bill tersebut kerana ia satu ibadah yang dikurniakan pahala dari Allah swt. Rebutlah pahala itu dan usah serahkan kepada orang lain jauh sekali bergantung harap pada pihak lain. Dokong dan sokonglah perjuangan ini meskipun banyak halangan yang merintang dan rintangan yang menghalang. Firman Allah swt :

فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ

Oleh itu, laksanakanlah apa yang telah diperintah dan usahlah hiraukan bantahan dan tentangan kaum musyrik itu.

إِنَّا كَفَيْنَاكَ الْمُسْتَهْزِئِينَ

Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersenda.

Surah Al Hijr : 94 - 95

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive