Menyebar Dakwaan Yang Tidak Benar dan Mengelirukan Dilarang Dalam Islam
Islam menentang perbuatan menyebarkan dakwaan yang tidak betul dan boleh mengelirukan orang ramai serta mendatangkan fitnah di kalangan masyarakat. Sekiranya apa yang disebarkan tersebut dinyatakan dalam ucapan atau penulisan yang terbuka, maka ia menjadi lebih parah, lebih-lebih lagi jika diselewengkan dan disebarkan dengan niat jahat.
Islam melarang membangkitkan fitnah serta meyebarluas perkara yang mengelirukan masyarakat dengan tujuan menjatuhkan individu dan pihak tertentu yang tidak berdosa apatah lagi jika ia bersabit dengan sebuah kerajaan yang telah dan sedang mendaulatkan Islam.
Orang yang suka bersumpah dengan kebenaran tetapi perilakunya tidak menunjukkan berada diatas kebenaran apatah lagi suka mempersoalkan kesalahan dan keaiban orang secara terbuka sangat ditegah oleh agama. Allah Taala berfirman dalam surah al-Qalam ayat 10-11;

وَلَا تُطِعْ كُلَّ حَلَّافٍ مَهِينٍ هَمَّازٍ مَشَّاءٍ بِنَمِيم
Maksudnya: Dan janganlah engkau menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya). Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai).
Orang yang menyebarkan dakwaan serta berita tidak benar berkaitan pimpinan dan kerajaan Islam yang utuh melaksanakan tuntutan Islam adalah termasuk dalam kategori namimah.
Orang yang menyebarkan dakwaan serta berita tidak benar berkaitan pimpinan dan kerajaan Islam yang utuh melaksanakan tuntutan Islam adalah termasuk dalam kategori namimah.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda;
وَإِنَّ شِرَارَ عِبَادِ اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأُمَّةِ الْمَشَّاءُونَ بِالنَّمِيمَةِ، الْمُفَرِّقُونَ بَيْنَ الأَحِبَّةِ، الْبَاغُونَ الْبُرَآءَ الْعَنَتَ
Maksudnya: Dan seburuk-buruk hamba Allah adalah mereka yang berjalan ke sana ke mari menyebarkan fitnah, yang memecah-belahkan di antara orang-orang yang saling mengasihi dan orang yang sentiasa berusaha mencari kesalahan orang-orang yang tidak bersalah. (riwayat Imam Ahmad)
Imam al-Ghazali menegaskan di dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin;
Imam al-Ghazali menegaskan di dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin;
الْآفَةُ الثَّانِيَةَ عَشْرَةَ: إِفْشَاءُ السِّرِّ وَهُوَ مَنْهِيٌّ عَنْهُ؛ لِمَا فِيهِ مِنَ الْإِيذَاءِ وَالتَّهَاوُنِ بِحَقِّ الْمَعَارِفِ وَالْأَصْدِقَاءِ، فَإِفْشَاءُ السِّرِّ خِيَانَةٌ، وَهُوَ حَرَامٌ إِذَا كَانَ فِيهِ إِضْرَارٌ، وَلُؤْمٌ إِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ إِضْرَارٌ
Maksudnya: Wabak yang kedua belas: menyebar rahsia. (Menyebar Rahsia) adalah terlarang kerana padanya menyakiti dan memperlekeh hak rakan taulan, maka menyebarkan rahsia adalah khianat. Ia haram jika padanya memudharatkan dan tercela sekalipun ia tidak memudaratkan.
Seseorang Anggota Pentadbir Kerajaan mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri/Dewan Rakyat/Dewan Negara tidak boleh menyebarkan hal-ehwal dalaman kerajaan secara semberono kepada orang ramai. Begitulah juga bagi anggota Jama'ah Islam yang mendaulatkan Islam kerana hal tersebut dikira pecah amanah dan satu pengkhianatan. Setiap pemimpin khasnya sudah berjanji untuk menjaga keutuhan kerajaan juga Jama'ah Islam yang didukungi bersama. Sudah tentu hal pentadbiran dan pengurusan Kerajaan atau Jama'ah mempunyai maklumat serta dokumen yang tidak semuanya boleh didedah bagi mengelak kekeliruan masyarakat.
Bahkan hukum membongkar serta menyebarluas rahsia sesebuah Jama’ah Islam atau Kerajaan Islam ini sangat berat hukumannya dan pembongkarnya adalah munafik. Kisah seorang Sahabat Nabi, Hatib Bin Abi Balta’ah yang membongkarkan rahsia pembukaan Kota Makkah boleh menjadi pengiktibaran. Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam menyuruh Saidina Ali Ibn Abi Thalib, Zubair Ibn Awwam dan Miqdad Ibn Amru agar segera mengejar seorang perempuan yang telah membawa satu surat tertulis padanya rahsia Fathu al-Makkah.

Antara dialog yang berlaku dalam kisah ini setelah perempuan tadi diketemui:
فَقُلْنَا أَخْرِجِي الْكِتَابَ فَقَالَتْ مَا مَعِي كِتَابٌ فَقُلْنَا لَتُخْرِجِنَّ الْكِتَابَ أَوْ لَتُلْقِيَنَّ الثِّيَابَ فَأَخْرَجَتْهُ مِنْ عِقَاصِهَا
Maksudnya: Lalu kami berkata: “Di manakah surat?” Lalu perempuan tersebut menjawab: “Aku tidak bawa apa-apa surat.” Kami berkata: “Kamu keluarkan surat itu atau kamu tanggalkan pakaian!” maka dia terus mengeluarkan surat tersebut dari sanggul rambutnya.
Setelah surat tersebut dibawa kepada Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam ternyata terkandung satu pembongkaraan rahsia Rasulullah;
Setelah surat tersebut dibawa kepada Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam ternyata terkandung satu pembongkaraan rahsia Rasulullah;
فَأَتَيْنَا بِهِ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا فِيهِ مِنْ حَاطِبِ بْنِ أَبِي بَلْتَعَةَ إِلَى نَاسٍ مِنْ الْمُشْرِكِينَ مِنْ أَهْلِ مَكَّةَ يُخْبِرُهُمْ بِبَعْضِ أَمْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Maksudnya: Kami bergegas membawa surat itu kepada Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam. Ternyata kandungan surat itu berbunyi: “Daripada Hatib bin Abi Balta’ah, ditujukan kepada orang-orang musyrik di Mekah, menceritakan tentang sebahagian daripada arahan (yang menjadi rahsia) Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam.
Setelah Hatib dipanggil untuk tindakan disiplin dan ketika beliau memberi penjelasan kepada Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallamterhadap perbuatan yang telah dilakukan, Saidina Umar dengan tegas berkata;

فَقَالَ عُمَرُ دَعْنِي يَا رَسُولَ اللَّهِ أَضْرِبْ عُنُقَ هَذَا الْمُنَافِقِ فَقَالَ إِنَّهُ قَدْ شَهِدَ بَدْرًا وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ اللَّهَ اطَّلَعَ عَلَى أَهْلِ بَدْرٍ فَقَالَ اعْمَلُوا مَا شِئْتُمْ فَقَدْ غَفَرْتُ لَكُمْ
Kata Saidina Umar: “Serahkan urusannya kepadaku wahai Rasulullah, aku penggal sahaja leher si munafik ini!”. Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam menjawab: Sesungguhnya dia terlibat dengan peperangan Badar. Apa yang kamu ketahui wahai Umar (tentang kelebihannya), Mudah-mudahan Allah memberi kelebihan kepada Ahli Badar dengan kataNya “ Lakulah apa sahaja yang kamu suka (wahai Ahli Badar), sesungguhnya Aku telah memaafkan kalian.”
Betapa dahsyatnya hukuman di dunia bagi mereka yang suka membongkar dan merungkai rahsia kekuatan Jama'ah Islam. Begitulah juga keadaannya bagi penagih namimah yang tidak kira setiap ketika hanya suka mencari kesalahan orang lain. Kembalilah!

Biodata Penulis
Ustaz Mohd Asri bin Mat Daud merupakan lulusan M.A Kemahiran Fatwa
Syar'ie, Pusat Fatwa, Mesir. B.A Pengajian Islam dan Bahasa Arab
(Syariah Islamiah) dan Diploma Pengajian Tinggi Islam, Pusat Pengajian
Tinggi Zamalek. Beliau berpengalaman menulis beberapa buah buku yang
telah terjual di seluruh Malaysia, antaranya; Pertentangan Islam dan
Barat, Fenomena Riddah dan penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w,
Kemuliaan al-Quran dan Sejarah Pemalsuannya, Israk Mikraj Menelusuri
Hikmah dan Pengajaran. Beliau turut membentang kertas kerja
akademik/ilmiah dalam bidang muamalat moden atau fiqh semasa atau siasah
syariyyah dalam seminar kebangsaan dan luar negara.
0 comments:
Post a Comment