Bersatu Hanya Dengan Tali Allah
Seruan ke arah penyatuan ummah adalah seruan al-Quran al-Karim. Umat Islam dari manapun sudut bumi ia berada dan apapun bangsa yang ia wakili, mestilah bersatu atas manhaj Islam demi kekuatan dan kemuliaan umat Islam. Namun al-Quran telahpun menetap dan memuktamadkan bahawa penyatuan itu mestilah ditambat dengan “Tali Allah” iaitu al-Quran dan sebahagian ulama’ menafsirkannya sebagai “Islam” itu sendiri.
وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan lalu Allah menyatukan di antara hati kamu maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara sedang kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.” (surah Aali-Imran: ayat 103)
Seruan pendakwah terkenal Dr. Zakir Naik supaya umat Islam termasuk PAS dan UMNO dengan menjadikan al-Quran sebagai asas penyatuan adalah satu pandangan yang menepati seruan Islam itu sendiri. Inilah juga apa yang telah diseru oleh PAS selama ini bahawa semua umat Islam mesti kembali kepada al-Quran dan Sunnah al-Nabawi. Umat Islam hanya boleh bersatu atas “Manhaj Islam” yang betul. Tidak boleh bersatu atas nama bangsa, warna kulit, wang ringgit, kuasa dan pengaruh politik.

Memahami realiti yang berlaku di Malaysia termasuk kedudukan UMNO hari ini, Majlis Syura Ulamak PAS telah memutus dengan tegas bahawa tiada gabungan antara dua parti ini iaitu PAS dan UMNO.
Saya melihat penegasan Majlis Syura Ulamak PAS tersebut adalah berasaskan nilaian semasa kedudukan UMNO sebagai sebuah parti yang menjadi kerajaan sekian lama tetapi masih bersalut dengan keruntuhan integriti seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya serta dasar perjuangannya yang tidak meletakkan Islam dan syariat sebagai manhaj hidup dan orientasi pemerintahan.
Namun begitu, demi kebaikan Islam dan seluruh rakyat di bumi Malaysia ini, pula membudayakan “Politik Matang dan Sejahtera”, PAS tetap berlapang dada untuk sedia bekerjasama dengan semua pihak, dalam apa jua situasi yang berasaskan kebajikan dan memulangkan kebaikan kepada negara dan rakyat serta taqwa kepada Allah dan sama sekali menolak kerjasama yang menumbuhkan dosa, maksiat dan mungkar serta mencetuskan permusuhan. Sebagaimana yang diajar oleh Allah;

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“Dan hendaklah kamu berkerjasama untuk melakukan kebajikan dan taqwa kepada Allah dan janganlah kamu berkerjasama pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (surah al-Maidah: ayat 2)
Inilah seruan Nabi Muhammad sallallahualaihi wasallam kepada semua pihak di sepanjang zaman termasuk parti politik iaitu “Aslim Taslam” ertinya, “Kamu terima dan kembali kepada Islam maka kamu akan selamat di dunia dan akhirat”.
Kenyataan rasmi PAS juga telah dikeluarkan oleh YB Dato’ Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan bagi memuktamadkan pendirian PAS dalam isu “kesatuan” yang sering timbul di sepanjang zaman.
Semua kepimpinan PAS dan ahlinya konsisten dengan pendirian ini dan ia adalah kebaikan buat semua iaitu agama, rakyat dan negara. Semoga kedudukan PAS dalam situasi ini tidak disalah-erti dan di-“spin” oleh mana-mana pihak yang sentiasa menyimpan dendamnya kepada PAS. PAS berlepas diri dari apa jua bentuk salah faham dan percubaan untuk mengeksploitasi isu ini.
“Beristiqamah Hingga Kemenangan”

0 comments:
Post a Comment